Terkini
(VIDEO) Dakwah MRM praktikal dan dinamik – Profesor Universiti Agder, Norway
Pendekatan dakwah yang praktikal serta dinamik yang ditonjolkan Pertubuhan Bukan Kerajaan, NGO Multiracial Reverted Muslims (MRM) faktor mengapa 30 pelajar dan pensyarah jurusan agama Universiti Agder, Norway memilih NGO tersebut sebagai lokasi bagi Bengkel Pengenalan Islam kali ini.

KUALA LUMPUR – Pendekatan dakwah yang praktikal serta dinamik yang ditonjolkan Pertubuhan Bukan Kerajaan, NGO Multiracial Reverted Muslims (MRM) faktor mengapa 30 pelajar dan pensyarah jurusan agama Universiti Agder, Norway memilih NGO tersebut sebagai lokasi bagi Bengkel Pengenalan Islam kali ini.
Menurut pensyarah Jabatan Agama, Falsafah, dan Sejarah Universiti Agder, Profesor Trond Frestad, kerjasama ini dijalin rentetan pertemuannya bersama pengasas MRM, Firdaus Wong pada 2019 di Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang yang ketika itu membuat perkongsian bertajuk Islamophobia to Islamodium dengan menekankan bagaimana ketakutan kepada Islam membawa kepada kebencian kepada Islam.
Tertarik dengan perkongsian tersebut yang membawa Profesor Trond dan pelajarnya untuk memahami lebih lanjut apa itu agama, bagaimana agama diamalkan selain mengkaji amalan seorang muslim yang beriman dalam mengamalkan agamanya.
Profesor Trond turut berkongsi pemerhatiannya yang memperlihatkan terdapat perbezaan ketara terhadap amalan Islam yang terhad kepada orang Melayu seperti yang dinyatakan dalam bacaannya berbanding realiti muslim di negara ini.
“Jadi bacaan kita adalah orang Melayu adalah bumiputera dan merekalah orang Islam, dan orang Cina (pula), mereka adalah (pengikut) Buddha dan kita baca juga Hindu dari India, jadi ia seolah-olah sangat dikategorikan.
“Tetapi dalam kehidupan sebenar, bila kita di sini, kita dapat lihat kehidupan yang benar-benar berbeza dan apabila kami bertemu dengan Mualaf, yang kembali kepada kepercayaan Islam, ia pemahaman yang berbeza bagi kami.
“Dan cara saya diperjelaskan bagaimana semua ini disusun, ia satu pendekatan yang menarik kepada agama (berbanding) apa yang dikatakan dalam buku (pelajaran), katanya di Wisma MRM di sini hari ini.
Ini merupakan kunjungan ke-20 rombongan pelajar sarjana muda Norway ke Malaysia kelolaan Profesor Trond bersama rakan sejawatnya.
Bengkel dua hari Pengenalan Islam bersama MRM ini akan berlangsung pada Isnin dan Selasa depan.– The Merdeka Times
View this post on Instagram

You must be logged in to post a comment Login