Connect with us

Terkini

Dakwaan fitnah: Zakir Naik failkan tuntutan balas terhadap Ramasamy

Pendakwah bebas dari India, Dr Zakir Naik memfailkan tuntutan balas terhadap bekas Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Dr P Ramasamy berkenaan tiga kenyataan yang didakwa berunsur fitnah.

Wartawan TMT

Published

on

Dakwaan fitnah: Zakir Naik failkan tuntutan balas terhadap Ramasamy
Foto: Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Dr P Ramasamy (kiri) & Pendakwah bebas dari India, Dr Zakir Naik (kanan).
  • Pendakwah bebas dari India, Dr Zakir Naik memfailkan tuntutan balas terhadap bekas Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Dr P Ramasamy berkenaan tiga kenyataan yang didakwa berunsur fitnah.
  • Tuntutan itu susulan saman fitnah Ramasamy, terhadapnya yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 3 Disember lalu.
  • Saman fitnah Ramasamy terhadap Zakir ketika ini berhubung dakwaan bekas pemimpin DAP itu adalah ‘musuh terbesar Islam’.
  • Menurut tuntutan balas itu yang dipetik Malaysiakini, Zakir mendakwa Ramasamy memfitnahnya dengan tiga kenyataan yang didakwa dikeluarkan pada 2019.
  • Antaranya berkenaan artikel bertajuk ‘Naik should stop his diabolical game of hatred against non-Muslims in M’sia‘ yang disiarkan pada 12 Ogos 2019 dan dua lagi kenyataan didakwa dibuat di Facebook Ramasamy pada 20 dan 21 Ogos tahun sama.

KUALA LUMPUR — Pendakwah bebas dari India, Dr Zakir Naik memfailkan tuntutan balas terhadap bekas Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Dr P Ramasamy berkenaan tiga kenyataan yang didakwa berunsur fitnah.

Tuntutan itu susulan saman fitnah Ramasamy yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, terhadapnya yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 3 Disember lalu.

Mereka sebelum ini pernah berdepan di mahkamah, menyaksikan Ramasamy diarah membayar RM1.52 juta sebagai pampasan atas dakwaan memfitnah pendakwah itu.

Saman fitnah Ramasamy terhadap Zakir ketika ini berhubung dakwaan bekas pemimpin DAP itu adalah ‘musuh terbesar Islam’.

Menurut tuntutan balas itu yang dipetik Malaysiakini, Zakir mendakwa Ramasamy memfitnahnya dengan tiga kenyataan yang didakwa dikeluarkan pada 2019.

Antaranya berkenaan artikel bertajuk ‘Naik should stop his diabolical game of hatred against non-Muslims in M’sia‘ yang disiarkan pada 12 Ogos 2019 dan dua lagi kenyataan didakwa dibuat di Facebook Ramasamy pada 20 dan 21 Ogos tahun sama.

Zakir mendakwa artikel pertama itu mendakwa beliau dengan niat jahat menyebarkan kebencian terhadap individu bukan Islam di Malaysia.

Pendakwah bebas itu mendakwa hantaran Ramasamy di Facebook mendakwa beliau sebagai seorang individu yang tidak akan hadir prosiding di mahkamah memandangkan beliau merupakan individu dikehendaki di India dan beliau didakwa tidak ikhlas memohon maaf berhubung ceramahnya di Kota Bharu, Kelantan.

Zakir antara lain menuntut pampasan, ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk dalam saman difailkan itu.

Beliau juga meminta mahkamah mengeluarkan injunksi supaya Ramasamy memadamkan tiga kenyataan itu dan tidak lagi mengulang kenyataan sama pada masa depan. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Russia haramkan pengambilan anak angkat bagi negara mesra transgender

Penggubal undang-undang Russia meletakkan sentuhan terakhir pada rang undang-undang yang akan menghalang pengambilan anak angkat bagi negara yang membenarkan prosedur penukaran jantina, kata Timbalan Speaker Duma (Parlimen Russia) Vasily Piskarev pada Isnin.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Penggubal undang-undang Russia meletakkan sentuhan terakhir pada rang undang-undang yang akan menghalang pengambilan anak angkat bagi negara yang membenarkan prosedur penukaran jantina, kata Timbalan Speaker Duma (Parlimen Russia) Vasily Piskarev pada Isnin.
  • RT melaporkan Piskarev yang mempengerusikan Jawatankuasa Duma mengenai Keselamatan dan Pembanterasan Rasuah, meneliti larangan itu pada November lalu, menyatakan ia memberi kesan terutamanya kepada negara anggota NATO.
  • Menurutnya, anak angkat perlu membesar “dalam keluarga biasa di mana ada bapa dan ibu,” katanya ketika itu.
  • “Dokumen itu berada di peringkat akhir semakan,” kata Piskarev semasa mesyuarat jawatankuasa parlimen pada Isnin.
  • Beliau berkata semua kementerian dan agensi berkaitan telah memberikan input mereka.
  • Inisiatif itu bertujuan melarang pengambilan kanak-kanak Russia oleh mana-mana negara yang membenarkan perubahan jantina “dalam sebarang format,” sama ada melalui pembedahan atau penggunaan penyekat akil baligh berbentuk kimia.
  • Russia melarang pasangan sejenis daripada mengambil anak angkat pada 2013 dan mengenakan sekatan ketat terhadap perubahan jantina tahun lalu.  

Penggubal undang-undang Russia meletakkan sentuhan terakhir pada rang undang-undang yang akan menghalang pengambilan anak angkat bagi negara yang membenarkan prosedur penukaran jantina, kata Timbalan Speaker Duma (Parlimen Russia) Vasily Piskarev pada Isnin.

RT melaporkan Piskarev yang mempengerusikan Jawatankuasa Duma mengenai Keselamatan dan Pembanterasan Rasuah, meneliti larangan itu pada November lalu, menyatakan ia memberi kesan terutamanya kepada negara anggota NATO.

Menurutnya, anak angkat perlu membesar “dalam keluarga biasa di mana ada bapa dan ibu,” katanya ketika itu.

“Dokumen itu berada di peringkat akhir semakan,” kata Piskarev semasa mesyuarat jawatankuasa parlimen pada Isnin.

Beliau berkata semua kementerian dan agensi berkaitan telah memberikan input mereka.

Inisiatif itu bertujuan melarang pengambilan kanak-kanak Russia oleh mana-mana negara yang membenarkan perubahan jantina “dalam sebarang format,” sama ada melalui pembedahan atau penggunaan penyekat akil baligh berbentuk kimia.

Amerika Syarikat (AS) dan ramai sekutunya menerima prosedur sedemikian beberapa tahun kebelakangan ini dan menggelarnya “pengesahan jantina”.

Ramai pegawai awam di seluruh barat berikrar menyokong perjuangan LGBT pada “Hari Antarabangsa menentang Homophobia, Biphobia & Transphobia” (IDAHOBIT) minggu lalu.

Russia melarang pasangan sejenis daripada mengambil anak angkat pada 2013 dan mengenakan sekatan ketat terhadap perubahan jantina tahun lalu.  

Gereja Ortodoks Russia sejak itu mencadang diharamkan pengambilan anak angkat peringkat antarabangsa oleh negara-negara yang membenarkan prosedur “perubahan jantina,” yang kemudiannya diberi perhatian Ahli Parlimen. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending