Connect with us

Terkini

Batalkan Pesta Muzik Kuantan – Pemuda PAS Pahang

Kerajaan Negeri Pahang digesa membatalkan penganjuran Pesta Muzik Kuantan yang bakal berlangsung pada 24 Februari depan, menjelang Ramadan nanti. 

Avatar

Published

on

Batalkan Pesta Muzik Kuantan – Pemuda PAS Pahang
Foto: Ketua Pemuda PAS Pahang, Mohd Zarimi Abu Zih.
  • Kerajaan Negeri Pahang digesa membatalkan penganjuran Pesta Muzik Kuantan yang bakal berlangsung pada 24 Februari depan, menjelang Ramadan nanti. 
  • Gesaan itu dibuat dengan memetik ucapan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ketika berkempen di PRK Pelangai; ”Apa yang tak Islam nya? Pahang ni lebih (Islam) dari negeri yang mereka (PAS) perintah” pada 28 September 2023.
  • Ketua Pemuda PAS Pahang, Mohd Zarimi Abu Zih meluahkan kekesalannya terhadap penganjuran pesta muzik di Kuantan yang bakal berlangsung pada 24 Februari 2024 bersamaan 14 Syaaban 1445H iaitu 15 hari sebelum bermula ibadah puasa Ramadan.
  • “Penganjuran (Pesta Kuantan Pahang) ini jelas dengan tiada langsung sensitiviti kepada keadaan semasa juga di mana umat Islam di Palestin masih lagi diserang oleh puak zionis dan pakatan ahzab moden laknatullah.
  • “Kita kini baru memasuki bulan Rejab yang jelas berkaitan dengan isu Palestin. Kedatangan Rejab juga dikaitkan dengan satu doa yang diajarkan baginda Rasulullah SAW menunjukkan Ramadan semakin menghampiri kita,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini, semalam.
  • Beliau berkata bulan Rejab dan Syaaban merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan, maka ibadah seperti puasa sunat, sedekah, zikir, membaca Al-Quran dan lain-lain sepatutnya perlu diperbanyakkan. 

KUALA LUMPUR – Kerajaan Negeri Pahang digesa membatalkan penganjuran Pesta Muzik Kuantan yang bakal berlangsung pada 24 Februari depan, menjelang Ramadan nanti. 

Gesaan itu dibuat dengan memetik ucapan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ketika berkempen di PRK Pelangai; ”Apa yang tak Islam nya? Pahang ni lebih (Islam) dari negeri yang mereka (PAS) perintah” pada 28 September 2023.

Ketua Pemuda PAS Pahang, Mohd Zarimi Abu Zih meluahkan kekesalannya terhadap penganjuran pesta muzik di Kuantan yang bakal berlangsung pada 24 Februari 2024 bersamaan 14 Syaaban 1445H iaitu 15 hari sebelum bermula ibadah puasa Ramadan.

“Penganjuran (Pesta Kuantan Pahang) ini jelas dengan tiada langsung sensitiviti kepada keadaan semasa juga di mana umat Islam di Palestin masih lagi diserang oleh puak zionis dan pakatan ahzab moden laknatullah.

“Kita kini baru memasuki bulan Rejab yang jelas berkaitan dengan isu Palestin. Kedatangan Rejab juga dikaitkan dengan satu doa yang diajarkan baginda Rasulullah SAW menunjukkan Ramadan semakin menghampiri kita,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini, semalam.

Beliau berkata bulan Rejab dan Syaaban merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan, maka ibadah seperti puasa sunat, sedekah, zikir, membaca Al-Quran dan lain-lain sepatutnya perlu diperbanyakkan. 

“Kian hari kita semakin jauh dengan agama. Sesetengah pihak ingin mengajak masyarakat dengan hiburan tanpa peduli kepada nasib umat Islam yang sering ditekan, disekat berkuliah dan sebagainya? Cukup!!

“Jika benar Pahang lebih Islam, kita mendesak agar pihak kerajaan negeri membatalkan penganjuran Pesta Muzik Kuantan ini sebelum penganjuran ini benar-benar berlaku nanti di saat hampirnya dengan Ramadan,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Zarimi berkata Pemuda PAS Pahang memandang serius akan hiburan melampau yang kian membarah di negeri Pahang khususnya dan Malaysia amnya. 

Beliau berkata Pemuda PAS Pahang akan terus menerapkan nilai-nilai Islam sesuai dengan matlamat penubuhan PAS seperti termaktub di dalam Perlembagaan Parti Islam Se-Malaysia. — The Merdeka Times

Sumber: Facebook Pemuda PAS Pahang

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

‘Edisi Siasat’ disiasat

Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
  • Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.
  • Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.
  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 
  • “Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.
  • “Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 

“Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.

“Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

Beliau bertegas bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mengganggu perbicaraan kes bagi menegakkan keadilan terhadap kanak-kanak malang itu serta memberi implikasi kepada semua pihak termasuk pihak pendakwaan, pembelaan dan juga keluarga mangsa.

Mengulas mengenai kenyataan peguam Fahmi Abd Moin yang mendakwa siasatan di bawah Seksyen 302  Kanun Keseksaan masih dijalankan sehingga pelaku sebenar ditahan, beliau berkata siasatan telah selesai selepas pendakwaan terhadap ibu bapa mangsa di mahkamah semalam.

“Seperti yang saya katakan semalam, bahagian kita dalam menyiasat kes itu telah diakhiri dengan pendakwaan ibu bapa Zayn Rayyan.

“Sekiranya ada pendedahan baharu semasa prosiding perbicaraan dan Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan kami menyiasat lebih lanjut, kami akan berbuat demikian,” tambahnya.

Mengenai tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor yang kini menjaga adik Zayn Rayyan, beliau berkata ia adalah tanggungjawab undang-undang dan moral untuk berbuat demikian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending