Connect with us

Antarabangsa

Arab Saudi, Amerika Syarikat dan EU kecam pengusiran haram Israel ke atas penduduk Gaza

Arab Saudi, Qatar, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Kuwait, Amerika Syarikat (AS), Perancis dan Kesatuan Eropah (EU) mengecam kenyataan dua menteri pelampau Israel yang mendesak rakyat Palestin dipaksa keluar dari Gaza.

Wartawan TMT

Published

on

Arab Saudi, Amerika Syarikat dan EU kecam pengusiran haram Israel ke atas penduduk Gaza
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Arab Saudi, Qatar, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Kuwait, Amerika Syarikat (AS), Perancis dan Kesatuan Eropah (EU) mengecam kenyataan dua menteri pelampau Israel yang mendesak rakyat Palestin dipaksa keluar dari Gaza.
  • Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir menggesa “penyelesaian untuk menggalakkan penghijrahan penduduk Gaza” dan penubuhan semula penempatan haram Israel di kawasan Palestin.
  • Perkara itu dikatakannya sehari selepas Menteri Kewangan, Bezalel Smotrich membuat kenyataan yang sama.
  • Arab Saudi “mengutuk dan menolak komen kedua-dua menteri itu secara mutlak,” kata Kementerian Luar Arab Saudi dipetik Arab News pada Khamis.
  • Kerajaan Saudi turut menyeru masyarakat antarabangsa untuk bertindak menghadapi “kegigihan (Israel) melanggar undang-undang antarabangsa.”

Arab Saudi, Qatar, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Kuwait, Amerika Syarikat (AS), Perancis dan Kesatuan Eropah (EU) mengecam kenyataan dua menteri pelampau Israel yang mendesak rakyat Palestin dipaksa keluar dari Gaza.

Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir menggesa “penyelesaian untuk menggalakkan penghijrahan penduduk Gaza” dan penubuhan semula penempatan haram Israel di kawasan Palestin.

Perkara itu dikatakannya sehari selepas Menteri Kewangan, Bezalel Smotrich membuat kenyataan yang sama.

Arab Saudi “mengutuk dan menolak komen kedua-dua menteri itu secara mutlak,” kata Kementerian Luar Arab Saudi dipetik Arab News pada Khamis.

Kerajaan Saudi turut menyeru masyarakat antarabangsa untuk bertindak menghadapi “kegigihan (rejim zionis Israel) melanggar undang-undang antarabangsa.”

Selain Arab Saudi, Qatar, Kuwait dan UAE, negara bukan Arab iaitu AS, Perancis, dan blok EU turut mengecam komen kedua-dua menteri rejim zionis itu.

Ben-Gvir mempunyai sabitan jenayah kerana menyokong keganasan dan berdepan pertuduhan kerana ucapan kebencian dan Smotrich yang tinggal di penempatan haram di Tebing Barat yang diduduki terkenal dengan sentimen anti-Palestin. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) NATO perlu elak “double-standard” dalam isu Gaza, Ukraine – PM Sepanyol

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Sanchez berkata perkara itu penting untuk menyampaikan kepada semua pihak bahawa apa dipertahankan NATO bukan hanya undang-undang antarabangsa, tetapi pendirian yang konsisten.

Beliau juga menggesa gencatan senjata kekal dilakukan di Gaza supaya “malapetaka kemanusiaan” yang disaksikan di wilayah Palestin itu dapat dihentikan.

“Ia sangat penting untuk rakyat kita fahami bahawa apa yang kita pertahankan di Gaza dan di Ukraine bukan sahaja (berkenaan) undang-undang antarabangsa, tetapi kita (sendiri) ada kedudukan yang konsisten.

“Kedudukan konsisten politik jelas bahawa kita tidak mengamalkan dwistandard. 

“Jadi jika kita memberitahu rakyat kita bahawa kita menyokong Ukraine kerana kita mempertahankan undang-undang antarabangsa, ia sama dengan apa yang kita perlu lakukan terhadap Gaza,” kata Sanchez dalam klip video disiarkan Al Jazeera ketika berucap di Sidang Kemuncak NATO di Washington, Amerika Syarikat, semalam.

Media melaporkan Ketua NATO, Jens Stoltenberg dalam ucapan akhirnya di sidang sama langsung tidak menyebut mengenai serangan rejim Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Insiden itu berlaku ketika beberapa pemimpin memberi amaran bahawa berdiam diri mengenai situasi di Gaza boleh menjejaskan komitmen perikatan ketenteraan itu terhadap hak asasi manusia. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending