Connect with us

Antarabangsa

64,000 kehamilan berpunca kes rogol di negeri-negeri AS haramkan pengguguran – Kajian

Penyelidik pro-kehidupan Amerika Syarikat (AS) mempersoalkan kajian menunjukkan lebih 64,000 kehamilan berpunca daripada kes rogol di negeri AS yang mengharamkan pengguguran.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Penyelidik pro-kehidupan Amerika Syarikat (AS) mempersoalkan kajian menunjukkan lebih 64,000 kehamilan berpunca daripada kes rogol di negeri AS yang mengharamkan pengguguran.
  • Berdasarkan analisis kajian diterbitkan National Review, ahli sarjana kanan Institute Charlotte Lozier, Michael New, memberitahu terdapat isu dalam metodologi penulis kajian itu.
  • Kajian di antara 1 Julai 2022 dan 1 Januari 2024 yang diterbitkan dalam jurnal akademik JAMA Internal Medicine pada Rabu lalu menunjukkan lebih 500,000 kes rogol berlaku di negeri-negeri AS yang menguatkuasakan pengharaman pengguguran kandungan.
  • Menurut kajian itu, perkara ini menyebabkan 64,565 bayi dikandung disebabkan kes rogol tersebut. 
  • “(Kadar) itu empat kali lebih tinggi daripada anggaran yang disediakan Department of Justice’s National Crime Victimization Survey
  • “Dan 10 kali lebih tinggi daripada data Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dalam jumlah rogol yang dilaporkan kepada penguatkuasa undang-undang,” kata New dipetik Christian Post pada Isnin.

Penyelidik pro-kehidupan Amerika Syarikat (AS) mempersoalkan kajian menunjukkan lebih 64,000 kehamilan berpunca daripada kes rogol di negeri AS yang mengharamkan pengguguran.

Berdasarkan analisis kajian diterbitkan National Review, ahli sarjana kanan Institute Charlotte Lozier, Michael New, memberitahu terdapat isu dalam metodologi penulis kajian itu.

Kajian di antara 1 Julai 2022 dan 1 Januari 2024 yang diterbitkan dalam jurnal akademik JAMA Internal Medicine pada Rabu lalu menunjukkan lebih 500,000 kes rogol berlaku di negeri-negeri AS yang menguatkuasakan pengharaman pengguguran kandungan.

Menurut kajian itu, perkara ini menyebabkan 64,565 bayi dikandung disebabkan kes rogol tersebut. 

“(Kadar) itu empat kali lebih tinggi daripada anggaran yang disediakan Department of Justice’s National Crime Victimization Survey

“Dan 10 kali lebih tinggi daripada data Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dalam jumlah rogol yang dilaporkan kepada penguatkuasa undang-undang,” kata New dipetik Christian Post pada Isnin.

Terdahulu, pengharaman pengguguran kandungan berkuat kuasa di 14 negeri AS berikutan keputusan Mahkamah Agung AS membatalkan keputusan Roe vs Wade pada Jun 2022 yang membenarkan warga AS menggugurkan kandungan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Remaja ketagih vape rebah, berubah ‘biru’ dan hampir mati

Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Kyla Blight yang menghisap vape menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.
  • Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.
  • Daily Mail melaporkan paru-paru remaja itu ‘pecah’ disebabkan rutinnya menghisap vape yang menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.
  • Pada awal pagi 11 Mei, Mark Blight yang menetap di Egremont, Cumbria, England, membawa anaknya, Kyla Blight, 17, ke hospital selepas menerima panggilan telefon memberitahu anaknya rebah dan berubah ‘biru’ ketika bermalam di rumah rakannya.
  • Selepas jantungnya hampir berhenti berdegup, remaja berusia 17 tahun itu menjalani pembedahan selama lima setengah jam untuk membuang sebahagian paru-parunya.
  • Pakar perubatan menemui lepuh udara kecil dikenali sebagai  pulmonary bleb, berkembang di bahagian atas paru-parunya. Vape berlebihan dipercayai menjadi penyebab lepuh ini pecah dan paru-parunya gagal berfungsi.

Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.

Daily Mail melaporkan paru-paru remaja itu ‘pecah’ disebabkan rutinnya menghisap vape yang menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.

Pada awal pagi 11 Mei, Mark Blight yang menetap di Egremont, Cumbria, England, membawa anaknya, Kyla Blight, 17, ke hospital selepas menerima panggilan telefon memberitahu anaknya rebah dan berubah ‘biru’ ketika bermalam di rumah rakannya.

Selepas jantungnya hampir berhenti berdegup, remaja berusia 17 tahun itu menjalani pembedahan selama lima setengah jam untuk membuang sebahagian paru-parunya.

Pakar perubatan menemui lepuh udara kecil dikenali sebagai  pulmonary bleb yang berkembang di bahagian atas paru-parunya. 

Vape berlebihan dipercayai menjadi penyebab lepuh itu pecah dan paru-parunya gagal berfungsi.

Kyla yang mula menghisap vape pada usia 15 tahun percaya tabiat itu ‘tidak berbahaya’ dan melakukan 4,000 sedutan vape seminggu menyamai nikotin 400 batang rokok.

Selepas pembedahan, Kyla menghabiskan dua minggu di hospital sebelum dibenarkan pulang ke rumah sepenuhnya.

“Saya bercakap dengan pakar bedah dan dia menyebut tentang lepuh yang boleh terbentuk pada paru-paru. 

“Mereka fikir bahawa vape pakai buanglah yang memecahkan lepuh ini dan menusuk lubang pada paru-paru anda.

“Nampaknya ia perkara yang diketahui sekarang. Dia telah melakukan banyak operasi seperti ini,” kata Blight.

Walaupun vape secara meluas dilihat lebih selamat daripada merokok, kesan jangka panjang vape masih kekal misteri.

Doktor menyatakan kebimbangan adanya gelombang penyakit paru-paru, masalah pergigian dan kanser dalam beberapa dekad yang akan datang pada mereka yang memulakan tabiat itu.

Tahun lalu, pakar pediatrik terkemuka memberi amaran bahawa kanak-kanak dimasukkan ke hospital dengan kesukaran bernafas akibat vape, di tengah-tengah wabak vape golongan belia pada tahap ‘mengganggu.’ – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending