Connect with us

Terkini

‘10 kali disoal siasat polis hanya kerana saya suarakan pendirian sendiri’ – Tun M

Hanya kerana menyuarakan pendapatnya berhubung isu agama, bangsa dan institusi diraja (3R),  mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan dirinya kini diperlakukan seperti seorang penjenayah oleh pihak berkuasa.

Wartawan TMT

Published

on

‘10 kali disoal siasat polis hanya kerana saya suarakan pendirian sendiri’ – Tun M
Foto: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
  • Hanya kerana menyuarakan pendapatnya berhubung isu agama, bangsa dan institusi diraja (3R), mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan, dirinya kini diperlakukan seperti seorang penjenayah oleh pihak berkuasa.
  • “Saya sudah beri keterangan kepada polis lebih 10 kali, nampak cukup mudah nak siasat Tun. Bila dah jadi Tun ni, banyak pula kena siasat, yang tak jadi Tun semua terlepas,” jelas beliau.
  • Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan Tun Dr Mahathir dalam satu temu bual eksklusif secara dalam talian dengan saluran TV satelit dari India, mendakwa masyarakat India di Malaysia, masih tidak setia sepenuhnya kepada negara ini kerana masih ‘terikat’ dengan negara asal mereka.

PUTRAJAYA – Hanya kerana menyuarakan pendapatnya berhubung isu agama, bangsa dan institusi diraja (3R),  mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan dirinya kini diperlakukan seperti seorang penjenayah oleh pihak berkuasa.

Beliau berkata, sehingga kini beliau sudah disoal siasat lebih 10 kali oleh pihak polis.

“Sekejap-sekejap saya disoal siasat oleh polis, macam saya ini penjenayah. Ada laporan je, polis dok tanya saya (minta beri keterangan).

“Saya sudah beri keterangan kepada polis lebih 10 kali, nampak cukup mudah nak siasat Tun. Bila dah jadi Tun ni, banyak pula kena siasat, yang tak jadi Tun semua terlepas,” jelas beliau.

Tun Mahathir turut mempersoalkan mengapa hanya dirinya disiasat saat banyak lagi pihak yang membuat kenyataan rasis dan 3R.

“Takkan saya tidak boleh buat kenyataan, nama saya tidak ada dalam Pandora’s Papers, Panama Papers, (tapi) saya disiasat oleh polis. Saya nak tanya, saya boleh cakap atau tidak, itu pendapat saya. Kalau saya buat kenyataan sahaja, saya kena soal siasat oleh polis,” katanya kepada media selepas disoal siasat oleh polis di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini hari ini.

Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan Tun Dr Mahathir dalam satu temu bual eksklusif secara dalam talian dengan saluran TV satelit dari India, mendakwa masyarakat India di Malaysia, masih tidak setia sepenuhnya kepada negara ini kerana masih ‘terikat’ dengan negara asal mereka.

Kenyataan Tun Dr Mahathir itu dikritik beberapa pihak termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan aktivis di Malaysia.

“Beliau (Dr Mahathir) diketahui mengeluarkan kenyataan sedemikian, baginya, semua orang Melayu malas, kecuali dirinya sendiri dan orang India dan Cina Malaysia tidak setia melainkan jika mereka adalah kroninya,” kata Anwar seperti dilaporkan.- The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Ridhuan Tee persoal NGO Islam hanya membisu ketika Firdaus Wong ‘diserang’

Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
  • Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.
  • Tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.
  • “Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?
  • “Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

KUALA LUMPUR — Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Ridhuan Tee berkata tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.

“Beliau nampak begitu keseorangannya. Kita hanya melihat dan menyokong dalam hati sahaja.  Golongan asatizah pun senyap, NGO-NGO Islam senyap. Bila berjumpa atau terserempak, baharulah berkata, “berani sungguh kamu, dan bagus sungguh kamu”. 

“Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?

“Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Sebelum ini, beberapa pihak bukan Islam, termasuk Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) menggesa kerajaan bertindak terhadap pempengaruh dan pendakwah bebas itu.

Ini susulan tindakan Firdaus Wong memuat naik video di TikTok yang memaparkan beliau menjawab pertanyaan seorang penulis, Adnin Roslan tentang cara menangani permintaan remaja bawah umur yang bukan beragama Islam ingin memeluk Islam.

Firdaus Wong antaranya menjelaskan dari sudut Islam tiada masalah untuk individu tersebut ingin memeluk agama Islam tidak kira berapa umurnya kerana beliau boleh diislamkan. 

Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

Beliau mempersoalkan dalam Islam siapa yang boleh menahan atau mahu menahan sekiranya ada individu, termasuk kanak-kanak bawah umur atau pelajar sekolah rendah mahupun menengah yang ingin memeluk Islam.

Katanya, hanya undang-undang Malaysia atau perlembagaan sahaja tidak membenarkan kelompok bawah umur memeluk Islam tanpa kebenaran ibu bapa melainkan mereka sudah mencapai umur 18 tahun dan ke atas.

“Proses pengIslaman tidak perlu kepada pendaftaran. Syahadahkan dia dahulu. Takkan strategi sebegini pun kita takut. Ini bumi siapa asal usulnya? Agama Islam berada dalam kedudukan di mana mengikut perlembagaan Persekutuan? 

“Apakah selepas ini kita menjadi tidak berani untuk berdakwah kepada pelajar bukan Islam di bawah umur? 

“Orang Kristian atau misionari Kristian relaks sahaja berdakwah kepada pelajar bawah umur, boleh pula. 

“Bila kena pada kita, berkaitan dengan Islam, semua tidak boleh, termasuk berdakwah kepada mereka di bawah umur,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending