Terkini
Tokong sambut Hari Krismas dikecam netizen
Tindakan sebuah tokong Cina dipercayai di negara jiran, Singapura, mempermainkan dewa dengan mengadakan sambutan Hari Krismas di rumah ibadat itu dikecam netizen.
- Tindakan sebuah tokong Cina dipercayai di negara jiran, Singapura, mempermainkan dewa dengan mengadakan sambutan Hari Krismas di rumah ibadat itu dikecam netizen.
- Netizen, Ang Bao Kelvin berkongsi beberapa gambar menunjukkan seorang ahli upacara yang menjadi perantara roh (Ji Tong) sedang menyambut Krismas bersama penganutnya.
- “Dialah dewa, dialah manusia, dialah hantu. Lambat laun jadi syaitan,” kata Kelvin dalam hantarannya di Kumpulan Facebook Melaka pada 27 Disember lalu.
KUALA LUMPUR – Tindakan sebuah tokong Cina dipercayai di negara jiran, Singapura, mempermainkan dewa dengan mengadakan sambutan Hari Krismas di rumah ibadat itu dikecam netizen.
Netizen, Ang Bao Kelvin berkongsi beberapa gambar menunjukkan seorang ahli upacara yang menjadi perantara roh (Ji Tong) sedang menyambut Krismas bersama penganutnya.
Ji Tong itu dilihat memakai topi ‘Santa Claus’ dan menerima hadiah daripada penganut yang hadir.
“Umur saya lebih 60 tahun, ini kali pertama saya nampak tokong ini suka hati.
“Dialah dewa, dialah manusia, dialah hantu. Lambat laun jadi syaitan,” kata Kelvin dalam hantarannya di Kumpulan Facebook Melaka pada 27 Disember lalu.
Kelvin mempersoalkan tindakan pihak tokong mempermainkan reputasi nama dewa.
“Adakah dewa juga akan bertukar-tukar hadiah pada Krismas dan makan ayam belanda atau kamu sendiri yang nak makan?” katanya. – The Merdeka Times
Sumber: Kumpulan Facebook Melaka
Terkini
Bertenang, warga Palestin tetamu kita – Menteri Agama
Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
- “Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
- “Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
- Terdahulu, tular di media sosial sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
- Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan.
KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
“Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
“Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
Mohd Na’im turut mengajak semua rakyat berdoa supaya rakyat Palestin diberikan kekuatan, kesabaran dan ketenangan.
Katanya, kerajaan akan terus berusaha dan memberi perhatian khusus terhadap perkara itu supaya insiden sedemikian tidak berulang.
Terdahulu, tular di media sosial tindakan sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan anggota pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan. — The Merdeka Times
-
Antarabangsa3 days ago
Arab Saudi, Qatar, UAE, Bahrain dan Kuwait tidak benar AS guna pangkalan udara serang Iran
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Saham MAHB: BlackRock sah miliki GIP – ARMADA BERSATU
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Profesor Iran ‘sekolahkan’ wartawan Sky News
-
Antarabangsa3 days ago
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia