Antarabangsa
Tentera penjajah Israel diancam kemandulan
Hospital di Israel menyaksikan situasi di mana ramai tentera Israel yang cedera terdedah kepada masalah saluran kencing, demikian lapor akhbar Yedioth Ahronoth.
- Hospital di Israel menyaksikan situasi di mana ramai tentera Israel yang cedera terdedah kepada masalah saluran kencing, demikian lapor akhbar Yedioth Ahronoth.
- Hospital Besar Assuta di Ashdod berkata 80 peratus dari mereka yang cedera memerlukan bantuan rawatan saluran kencing dan pembedahan kecil pemulihan sperma.
- Seorang tentera yang cedera teruk di bahagian kaki dan sistem urinari dikatakan berpotensi terhalang kemampuannya untuk mendapat anak pada masa depan.
KUALA LUMPUR – Hospital di Israel menyaksikan situasi di mana ramai tentera Israel yang cedera terdedah kepada masalah saluran kencing, demikian lapor akhbar Yedioth Ahronoth.
Ia turut dilaporkan Al Jazeera Arab di Instagram yang menyatakan situasi itu menyebabkan mereka lebih panik berbanding kecederaan yang boleh membunuh mereka.
Hospital Besar Assuta di Ashdod berkata 80 peratus dari mereka yang cedera memerlukan bantuan rawatan saluran kencing dan pembedahan kecil pemulihan sperma.
Seorang profesor di Rambam Health Care Campus di Israel menjalankan kajian khas memberitahu kepimpinan tentera rejim Israel tidak berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan isu itu.
Seorang tentera yang cedera teruk di bahagian kaki dan sistem urinari dikatakan berpotensi terhalang kemampuannya untuk mendapat anak pada masa depan.
Kecederaan seksual juga dilaporkan antara kecederaan paling ditakuti tentera rejim pengganas Israel. – The Merdeka Times
Antarabangsa
Iran keluarkan ‘amaran rahsia’ kepada sekutu AS – WSJ
Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
- Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
- Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
- Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
- Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
- Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.
Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.
Pegawai beberapa negara yang menempatkan tentera AS memberitahu WSJ bahawa negara mereka telah memaklumkan kepada pentadbiran Presiden AS, Joe Biden bahawa mereka tidak mahu infrastruktur ketenteraan atau ruang udara mereka digunakan untuk sebarang operasi ofensif terhadap Iran.
Dalam laporan berasingan pada Khamis, Reuters memetik tiga sumber yang menyatakan Arab Saudi, Qatar dan UAE semuanya memberitahu Washington bahawa mereka tidak akan membenarkan jet Israel menggunakan ruang udara mereka untuk melakukan serangan.
Pegawai pertahanan AS mengakui beberapa rakan serantau menyuarakan kebimbangan mereka kepada Pentagon, tetapi permintaan itu “masih tidak rasmi,” lapor WSJ. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
PM hapuskan RM83 juta tunggakan cukai, denda UTAR – Laporan
-
Terkini2 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini23 hours ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Serbuan, rampasan jam tangan LGBT “keterlaluan” – Anwar