Connect with us

Terkini

Tayang adegan ‘Nativiti’ berunsur LGBT, Gereja Katolik dikecam

Sebuah gereja Roman Katolik di Itali mencetuskan kemarahan orang ramai ekoran memaparkan adegan ‘Nativiti’ (kelahiran Nabi Isa A.S) yang mengandungi unsur LGBT.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Tayang adegan ‘Nativiti’ berunsur LGBT, Gereja Katolik dikecam
Foto: Tangkap layar ciapan orang ramai, terutama netizen Kristian di platform X.
  • Sebuah gereja Roman Katolik di Itali mencetuskan kemarahan orang ramai ekoran memaparkan adegan ‘Nativiti’ (kelahiran Nabi Isa A.S) yang mengandungi unsur LGBT.
  • Menerusi adegan itu, patung karakter Joseph yang menurut kepercayaan Kristian merupakan ayah kepada Nabi Isa A.S digantikan dengan watak seorang perempuan berpakaian berwarna pelangi.
  • “Saya ingin menunjukkan bahawa menerusi adegan ini, keluarga tidak terbatas menurut pemahaman tradisional,” kata Paderi Vitaliano Della Sala dari Church of Saints Peter and Paul dipetik Christian Post, semalam.
  • Della Sala berkata pihaknya ketika ini melihat terdapat ramai kanak-kanak yang datang daripada pelbagai latar belakang keluarga, termasuk pasangan gay.
  • Tindakan gereja itu bagaimanapun mendapat bantahan orang ramai, terutama netizen Kristian di platform X.

Sebuah gereja Roman Katolik di Itali mencetuskan kemarahan orang ramai ekoran memaparkan adegan ‘Nativiti’ (kelahiran Nabi Isa A.S) yang mengandungi unsur LGBT.

Menerusi adegan itu, patung karakter Joseph yang menurut kepercayaan Kristian merupakan ayah kepada Nabi Isa A.S digantikan dengan watak seorang perempuan berpakaian berwarna pelangi.

“Saya ingin menunjukkan bahawa menerusi adegan ini, keluarga tidak terbatas menurut pemahaman tradisional,” kata Paderi Vitaliano Della Sala dari Church of Saints Peter and Paul dipetik Christian Post, semalam.

Della Sala berkata pihaknya ketika ini melihat terdapat ramai kanak-kanak yang datang daripada pelbagai latar belakang keluarga, termasuk pasangan gay.

Tindakan gereja itu bagaimanapun mendapat bantahan orang ramai, terutama netizen Kristian di platform X.

“Pecat paderi ini,” kata netizen, Pinter Signage di X

“Ini merupakan kesalahan Pope Francis. Saya seorang Katolik dan saya malu dengan manusia begini yang mengaku mereka sebagai Katolik,” kata Doni Juarez.

“Biar dia menikmati detik keangkuhan inklusifnya itu. Suatu hari nanti dia akan berdiri di hadapan Tuhan dan bertanggungjawab terhadap penodaan ini,” kata Naughton Marilyn.

Adegan nativity merupakan model kelahiran Nabi Isa A.S menurut kepercayaan Kristian yang memaparkan baginda sewaktu kelahiran dengan watak ibu bapanya iaitu Mariam dan Joseph.

Sumber: Christian Post

Author