Connect with us

Terkini

Tarik balik tauliah jika penceramah cenderung politik kepartian – JAIPk

Tauliah kebenaran mengajar agama semua penceramah atau pendakwah di masjid dan surau di Perak boleh ditarik balik sekiranya mereka mempamerkan kecenderungan ideologi politik kepartian dalam penyampaian mereka.

Wartawan TMT

Published

on

Tarik balik tauliah jika penceramah cenderung politik kepartian - JAIPk
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tauliah kebenaran mengajar agama semua penceramah atau pendakwah di masjid dan surau di Perak boleh ditarik balik sekiranya mereka mempamerkan kecenderungan ideologi politik kepartian dalam penyampaian mereka.
  • Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Harith Fadzilah Abdul Halim berkata larangan masjid atau surau dijadikan tempat berpolitik bukan hanya terpakai kepada wakil rakyat atau ‘orang politik’, tetapi kepada sesiapa juga yang menunjukkan kecenderungan berkaitan dengannya dalam penyampaian.
  • “(Mereka yang punyai kecenderungan) pun tidak boleh. Kalau terlepas (dapat tauliah) dan dia mempamerkan kecenderungan maka kita akan ‘mark’ (tanda) dia supaya untuk seterusnya nanti tauliahnya akan ditarik balik.
  • “Tak boleh buat apa kerana ini adalah arahan yang kita muliakan daripada Sultan Perak (Sultan Nazrin Muizzuddin Shah) bagi menjaga keharmonian masyarakat dengan menyemai kasih-sayang, dan bukannya sikap berkelompok yang boleh merosak dan memecah belahkan perpaduan masyarakat negeri ini,” katanya dipetik Harian Metro, hari ini. 

KUALA LUMPUR – Tauliah kebenaran mengajar agama semua penceramah atau pendakwah di masjid dan surau di Perak boleh ditarik balik sekiranya mereka mempamerkan kecenderungan ideologi politik kepartian dalam penyampaian mereka.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Harith Fadzilah Abdul Halim berkata larangan masjid atau surau dijadikan tempat berpolitik bukan hanya terpakai kepada wakil rakyat atau ‘orang politik’, tetapi kepada sesiapa juga yang menunjukkan kecenderungan berkaitan dengannya dalam penyampaian.

“(Mereka yang punyai kecenderungan) pun tidak boleh. Kalau terlepas (dapat tauliah) dan dia mempamerkan kecenderungan maka kita akan ‘mark’ (tanda) dia supaya untuk seterusnya nanti tauliahnya akan ditarik balik.

“Tak boleh buat apa kerana ini adalah arahan yang kita muliakan daripada Sultan Perak (Sultan Nazrin Muizzuddin Shah) bagi menjaga keharmonian masyarakat dengan menyemai kasih-sayang, dan bukannya sikap berkelompok yang boleh merosak dan memecah belahkan perpaduan masyarakat negeri ini,” katanya dipetik Harian Metro hari ini. 

Pada 7 Mac lalu, Harith dalam satu kenyataan dilaporkan berkata selain wakil rakyat dan Ahli Dewan Negara, individu memegang jawatan dalam parti politik dilarang mengambil bahagian dalam aktiviti mengajar atau bersyarah di masjid dan surau berdaftar di bawah JAIPk.

Selain itu, calon bertanding dalam mana-mana pilihan raya, serta individu yang bersara sebagai Ahli Dewan Negara dan wakil rakyat namun masih aktif dalam kegiatan politik juga dilarang berbuat demikian

Kata Harith, ia selaras ketetapan Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam Negeri Perak menerusi pekeliling berhubung garis panduan bertarikh 6 Mac 2023 yang diedarkan kepada semua Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid seluruh Perak. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Ridhuan Tee persoal NGO Islam hanya membisu ketika Firdaus Wong ‘diserang’

Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
  • Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.
  • Tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.
  • “Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?
  • “Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

KUALA LUMPUR — Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Ridhuan Tee berkata tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.

“Beliau nampak begitu keseorangannya. Kita hanya melihat dan menyokong dalam hati sahaja.  Golongan asatizah pun senyap, NGO-NGO Islam senyap. Bila berjumpa atau terserempak, baharulah berkata, “berani sungguh kamu, dan bagus sungguh kamu”. 

“Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?

“Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Sebelum ini, beberapa pihak bukan Islam, termasuk Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) menggesa kerajaan bertindak terhadap pempengaruh dan pendakwah bebas itu.

Ini susulan tindakan Firdaus Wong memuat naik video di TikTok yang memaparkan beliau menjawab pertanyaan seorang penulis, Adnin Roslan tentang cara menangani permintaan remaja bawah umur yang bukan beragama Islam ingin memeluk Islam.

Firdaus Wong antaranya menjelaskan dari sudut Islam tiada masalah untuk individu tersebut ingin memeluk agama Islam tidak kira berapa umurnya kerana beliau boleh diislamkan. 

Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

Beliau mempersoalkan dalam Islam siapa yang boleh menahan atau mahu menahan sekiranya ada individu, termasuk kanak-kanak bawah umur atau pelajar sekolah rendah mahupun menengah yang ingin memeluk Islam.

Katanya, hanya undang-undang Malaysia atau perlembagaan sahaja tidak membenarkan kelompok bawah umur memeluk Islam tanpa kebenaran ibu bapa melainkan mereka sudah mencapai umur 18 tahun dan ke atas.

“Proses pengIslaman tidak perlu kepada pendaftaran. Syahadahkan dia dahulu. Takkan strategi sebegini pun kita takut. Ini bumi siapa asal usulnya? Agama Islam berada dalam kedudukan di mana mengikut perlembagaan Persekutuan? 

“Apakah selepas ini kita menjadi tidak berani untuk berdakwah kepada pelajar bukan Islam di bawah umur? 

“Orang Kristian atau misionari Kristian relaks sahaja berdakwah kepada pelajar bawah umur, boleh pula. 

“Bila kena pada kita, berkaitan dengan Islam, semua tidak boleh, termasuk berdakwah kepada mereka di bawah umur,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending