Connect with us

Antarabangsa

Senat AS undi sekat bantuan RM64 bilion kepada rejim penjajah Israel

Dewan Senat Amerika Syarikat (AS) mengundi untuk menyekat pakej bantuan perang White House termasuk kepada Israel bernilai AS$14 bilion (RM64 bilion).

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ahli Dewan Senat Amerika Syarikat (AS), Bernie Sanders.
  • Dewan Senat Amerika Syarikat (AS) undi sekat pakej bantuan perang White House termasuk kepada Israel bernilai AS$14 bilion (RM64 bilion).
  • Dana tersebut terangkum bantuan berjumlah AS$106 (RM487 bilion) yang turut diagihkan kepada Ukraine dan Taiwan.
  • Semua Ahli Senat Republikan mengundi tidak meneruskan langkah itu kerana mereka menyeru supaya peruntukan keselamatan sempadan dimasukkan.
  • Undian itu menyaksikan 49 menyokong berbanding 51 menentang yang kurang daripada ambang 60 undi Senat untuk kelulusan.
  • “Saya percaya bahawa adalah tidak bertanggungjawab bagi kami untuk memberikan tambahan $10.1 bilion dalam bantuan ketenteraan tanpa syarat yang akan membolehkan kerajaan Netanyahu meneruskan pendekatan ketenteraan,” kata Bernie Sanders di X.

WASHINGTON – Dewan Senat Amerika Syarikat (AS) mengundi untuk menyekat pakej bantuan perang White House termasuk kepada Israel bernilai AS$14 bilion (RM64 bilion).

Dana tersebut terangkum dalam bantuan berjumlah AS$106 (RM487 bilion) yang turut diagihkan kepada Ukraine dan Taiwan.

Semua Ahli Senat Republikan mengundi untuk tidak meneruskan langkah itu kerana mereka menyeru supaya peruntukan keselamatan sempadan dimasukkan.

Undian itu menyaksikan 49 menyokong berbanding 51 menentang yang kurang daripada ambang 60 undi Senat untuk kelulusan.

Bernie Sanders juga mengundi menentang rang undang-undang itu, mengatakan awal minggu ini bahawa dia menentang menyediakan lebih banyak dana kepada kerajaan Netanyahu yang ekstremis.

“Saya percaya bahawa adalah tidak bertanggungjawab bagi kami untuk memberikan tambahan $10.1 bilion dalam bantuan ketenteraan tanpa syarat yang akan membolehkan kerajaan Netanyahu meneruskan pendekatan ketenteraan,” katanya di X.

Penyokong hak asasi telah meminta pentadbiran Biden untuk mensyaratkan bantuan AS kepada Israel – yang berjumlah $3.8 bilion (RM17 bilion) setiap tahun.

Mereka berhujah bahawa pembiayaan itu menyumbang kepada penderaan Israel terhadap rakyat Palestin dan pelanggaran undang-undang antarabangsa. – Agensi

Sumber: MalaysiaGazette

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia

Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov.
  • Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
  • Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.
  • “Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.
  • Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.
  • Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.

Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.

Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.

“Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.

Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.

Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.

Taliban berada di bawah sekatan Barat selama lebih dua dekad dan pada awalnya dikenakan sekatan pembiayaan kepada al-Qaeda dan kumpulan lain yang dilabelkan sebagai “pengganas”.

Beberapa pegawai Russia menyeru Moscow mengeluarkan Taliban dari senarai “organisasi pengganas dan ekstremis” bagi meningkatkan kerjasama lebih lanjut.

Menteri Luar Afghanistan, Amir Khan Muttaqi dilaporkan berada di Moscow untuk perbincangan itu.

Lavrov juga dilaporkan berkata Russia tidak akan menerima “negara ketiga” menempatkan pangkalan tentera di Afghanistan atau menubuhkan kemudahan tentera baru di negara-negara jirannya “atas apa jua alasan”.

Russia mempunyai pangkalan tentera besar di Tajikistan yang bersempadan dengan Afghanistan. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending