Connect with us

Antarabangsa

Sebar pornografi melalui Telegram, Penulis blog transgender dipenjara tiga tahun

Penulis blog transgender Russia, Hilmi Forks dijatuhi hukuman penjara tiga tahun kerana menghasilkan dan mengedarkan pornografi secara haram di internet, demikian menurut Perkhidmatan Media Pejabat Pendakwa Raya Moscow.

Wartawan TMT

Published

on

Sebar pornografi melalui Telegram, Penulis blog transgender dipenjara tiga tahun
Foto: Penulis blog transgender Russia, Hilmi Forks.
  • Penulis blog transgender Russia, Hilmi Forks dijatuhi hukuman penjara tiga tahun kerana menghasilkan dan mengedarkan pornografi secara haram di internet, demikian menurut Perkhidmatan Media Pejabat Pendakwa Raya Moscow.
  • Forks, 29, yang mempunyai lebih 400,000 pengikut di Instagram ditahan pada Julai lalu selepas kes jenayah dibuka terhadapnya berhubung perkongsian video seksual di saluran Telegram pada 2022.
  • Peguam tertuduh, Konstantin Erokhin pada November lalu menyatakan anak guamnya mengaku bersalah menyebarkan bahan lucah melalui internet dan telah bekerjasama dalam siasatan mengharapkan “hukuman paling ringan”. 
  • Erokhin berkata Forks telah mengambil bahagian dalam pemindahan dana kepada pertubuhan kebajikan yang menangani isu-isu moral dan menekankan bahawa pada masa siasatan dilakukan, saluran Telegram di mana beliau didakwa menyebarkan bahan lucah, telah dipadamkan.

Penulis blog transgender Russia, Hilmi Forks dijatuhi hukuman penjara tiga tahun kerana menghasilkan dan mengedarkan pornografi secara haram di internet, demikian menurut Perkhidmatan Media Pejabat Pendakwa Raya Moscow.

Forks, 29, yang mempunyai lebih 400,000 pengikut di Instagram ditahan pada Julai lalu selepas kes jenayah dibuka terhadapnya berhubung perkongsian video seksual di saluran Telegram pada 2022.

Siasatan terhadap dakwaan itu pertama kali diumumkan Ketua Liga Internet Selamat Rusia, Ekaterina Mizulina bahawa Forks diletakkan di bawah tahanan rumah semasa siasatan sedang dijalankan. 

Jika disabitkan kesalahan, Forks berdepan hukuman penjara maksimum enam tahun, lapor RT.

Peguam tertuduh, Konstantin Erokhin pada November lalu menyatakan anak guamnya mengaku bersalah menyebarkan bahan lucah melalui internet dan telah bekerjasama dalam siasatan mengharapkan “hukuman paling ringan”. 

Erokhin berkata Forks telah mengambil bahagian dalam pemindahan dana kepada pertubuhan kebajikan yang menangani isu-isu moral dan menekankan bahawa pada masa siasatan dilakukan, saluran Telegram di mana beliau didakwa menyebarkan bahan lucah, telah dipadamkan.

Awal tahun ini, penulis blog transgender itu turut menarik perhatian polis dengan dakwaan menyebarkan “propaganda LGBT,” iaitu perbuatan yang dilarang di Russia sejak 2022.

Sebelum prosiding jenayah itu dibuat, Forks melarikan diri dari Russia dan menetap di Armenia selama beberapa bulan.

Beliau memutuskan untuk kembali ke Russia pada Julai lalu, tetapi serta-merta terlibat dalam skandal lain selepas dirakam bergaduh dengan seorang lelaki di sebuah restoran makanan segera di Moscow. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

Jururawat bantu Gaza selepas 7 Oktober ditahan pihak berkuasa Perancis

Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi.
  • Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.
  • Agensi berita Anadolu melaporkan pengasas platform atas talian Islamophobia, peguam Rafik Chekkat berkata Maarifi ditahan pada waktu pagi ketika berada di rumahnya.
  • Beliau mengkritik penahanan itu dan berkata ia berlaku ketika tentera Perancis yang bertempur di Gaza “menikmati kekebalan penuh”.
  • Maarifi dikenali sebagai salah seorang warga negara Perancis pertama yang memasuki Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu, berkhidmat selama 15 hari di Hospital Eropah di Khan Younis.

Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.

Agensi berita Anadolu melaporkan pengasas platform atas talian Islamophobia, peguam Rafik Chekkat berkata Maarifi ditahan pada waktu pagi ketika berada di rumahnya.

Beliau mengkritik penahanan itu dan berkata ia berlaku ketika tentera Perancis yang bertempur di Gaza “menikmati kekebalan penuh”.

Seorang Ahli Parlimen dari parti La France Insoumise (LFI), Thomas Portes memaklumkan bahawa Maarifi telah dibebaskan daripada tahanan.

“Penggeledahan rumah di hadapan keluarganya tidak meragukan niat menakut-nakutkan suara yang bangkit menyokong rakyat Palestin dan tuntutan segera gencatan senjata,” tulis ahli parlimen itu di platform X.

Maarifi sebelum ini hadir di perhimpunan pro-Palestin di Perancis untuk berkongsi pengalaman tentang keadaan kritikal disaksikannya di Gaza.

Dia juga menyatakan tuntutan gencatan senjata segera di Gaza dan pemboikotan ke atas syarikat-syarikat menyokong Israel.

Maarifi dikenali sebagai salah seorang warga negara Perancis pertama yang memasuki Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu, berkhidmat selama 15 hari di Hospital Eropah di Khan Younis.

Lebih 40,800 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dibunuh rejim zionis Israel dan hampir 94,300 cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending