Connect with us

Antarabangsa

Rejim penjajah Israel dakwa berjaya kepung Khan Younis

Tentera Israel mendakwa berjaya mengukuhkan kedudukan di sekitar Bandar Utama Selatan Gaza, Khan Younis pada Selasa.

Wartawan TMT

Published

on

Rejim penjajah Israel dakwa berjaya kepung Khan Younis
Foto: Ketua Turus Am Israel, Leftenan Jeneral Herzi Halevi.
  • Tentera Israel dakwa berjaya mengukuhkan kedudukan di sekitar Bandar Utama Selatan Gaza, Khan Younis pada Selasa.
  • Israel menyifatkan ia sebagai hari pertempuran paling sengit dalam lima minggu operasi darat terhadap pejuang Hamas.
  • Menurut Ketua Turus Am Israel, Leftenan Jeneral Herzi Halevi, tenteranya yang disokong pesawat perang, telah sampai ke tengah-tengah Khan Younis dan juga di sekeliling bandar itu.
  • “Pada masa yang sama, kami terus memastikan pencapaian kami di utara Semenanjung Gaza. Kami telah berpindah ke fasa ketiga operasi darat. Kami telah mendapatkan banyak kubu kuat Hamas di utara Semenanjung Gaza, dan kini kami beroperasi menentang kubu kuatnya di selatan,” katanya dalam satu sidang media.

TEL AVIV: Tentera Israel mendakwa berjaya mengukuhkan kedudukan di sekitar Bandar Utama Selatan Gaza, Khan Younis pada Selasa.

Israel juga menyifatkan ia sebagai hari pertempuran paling sengit dalam lima minggu operasi darat terhadap pejuang Hamas.

Menurut Ketua Turus Am Israel, Leftenan Jeneral Herzi Halevi, tenteranya yang disokong oleh pesawat perang, telah sampai ke tengah-tengah Khan Younis dan juga di sekeliling bandar itu.

“Enam puluh hari selepas perang bermula, tentera kita kini mengepung kawasan Khan Younis di selatan Semenanjung Gaza.

“Pada masa yang sama, kami terus memastikan pencapaian kami di utara Semenanjung Gaza. Kami telah berpindah ke fasa ketiga operasi darat. Kami telah mendapatkan banyak kubu kuat Hamas di utara Semenanjung Gaza, dan kini kami beroperasi menentang kubu kuatnya di selatan,” katanya dalam satu sidang media.

Selepas beberapa hari mengarahkan penduduk melarikan diri dari kawasan itu, tentera Israel menurunkan risalah baharu pada Selasa dengan mengarahkan penduduk untuk tinggal di dalam tempat perlindungan dan hospital semasa serangan berlaku.

Risalah itu ditujukan kepada penduduk di enam daerah berjumlah sekitar satu perempat daripada Khan Younis.

Tentera Israel turut bertempur di Jabalia, sebuah kem pelarian bandar yang besar dan sarang Hamas di utara Gaza di Shuja’iyya, timur bandar. – Agensi

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

14 negara gesa tindakan terhadap krisis makanan kritikal di Sudan

Jordan, UAE, Maghribi, Mauritania, Chad, Comoros, Guinea-Bissau, Seychelles, Senegal, Benin, Kenya, Sierra Leone Uganda, Mozambique dan Nigeria pada Selasa bersama-sama menyuarakan situasi keterjaminan makanan membimbangkan dan risiko berlakunya kebuluran di Sudan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • 14 negara termasuk Jordan, UAE, Maghribi dan Mauritania pada Selasa bersama-sama menyuarakan situasi jaminan makanan membimbangkan dan risiko berlakunya kebuluran di Sudan.
  • Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respons kepada laporan Klasifikasi Fasa Keselamatan Makanan Bersepadu (IPC) pada 27 Jun yang menyatakan kebimbangan terhadap tahap ketakjaminan makanan paling teruk di Sudan yang pernah dicatatkan, diperburukkan lagi dengan konflik dalaman empat belas bulan negara itu.
  • Menurut laporan itu, Sudan kini berdepan krisis yang belum pernah berlaku sebelum ini dengan 25.6 juta orang mengalami tahap ketakjaminan makanan yang tinggi, dan 14 kawasan berisiko kebuluran, lapor agensi berita Jordan, Petra.
  • Mereka turut menekankan kesan teruk yang bakal menimpa orang awam yang bakal memberi kesan kepada ribuan kanak-kanak yang mengalami kekurangan zat makanan (malnutrisi) akut yang kritikal.

Jordan, UAE, Maghribi, Mauritania, Chad, Comoros, Guinea-Bissau, Seychelles, Senegal, Benin, Kenya, Sierra Leone Uganda, Mozambique dan Nigeria pada Selasa bersama-sama menyuarakan situasi keterjaminan makanan membimbangkan dan risiko berlakunya kebuluran di Sudan.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respons kepada laporan Klasifikasi Fasa Keselamatan Makanan Bersepadu (IPC) pada 27 Jun yang menyatakan kebimbangan terhadap tahap ketidak jaminan makanan paling teruk di Sudan yang pernah dicatatkan, diburukkan lagi dengan konflik dalaman empat belas bulan negara itu.

Menurut laporan tersebut, Sudan kini berdepan krisis yang belum pernah berlaku sebelum ini dengan 25.6 juta orang mengalami tahap ketidak jaminan makanan yang tinggi, dan 14 kawasan berisiko kebuluran, lapor agensi berita Jordan, Petra.

Negara-negara tersebut menyatakan kegusaran terhadap penemuan laporan IPC, memetik “kemerosotan teruk” keterjaminan makanan. 

Mereka menekankan kesan teruk yang bakal menimpa orang awam, termasuk ribuan kanak-kanak yang mengalami kekurangan zat makanan (malnutrisi) akut yang kritikal.

Kenyataan itu menggariskan cabaran kemanusiaan yang disebabkan peningkatan ketidak jaminan makanan, dengan menekankan potensi berlakunya perpindahan, aliran pelarian, dan corak penghijrahan di Sudan dan sekitar negara jiran.

Mereka juga mengulangi gesaan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kepada pihak yang berperang supaya membenarkan dan memudahkan penyampaian bantuan kemanusiaan yang cepat, selamat dan berterusan kepada orang awam yang memerlukan termasuk dihapuskan birokrasi dan halangan lain-lain.

Pengeluaran visa dan permit perjalanan yang diperlukan pekerja kemanusiaan dan bekalan penting, juga harus dipermudahkan, selaras dengan resolusi 2736 yang diterima pakai pada 13 Jun 2024.

Negara-negara tersebut juga menggesa pihak yang bertelagah di Sudan supaya segera menghentikan keganasan, menegakkan undang-undang kemanusiaan antarabangsa, dan mematuhi resolusi Majlis Keselamatan PBB yang berkaitan.

Mereka juga menyeru semua pihak luar mengelak daripada memberikan sokongan ketenteraan atau material kepada kumpulan berkonflik, sebaliknya menyokong tindakan yang mengurangkan ketegangan kepada usaha perdamaian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending