Connect with us

Antarabangsa

Rakyat Afrika Selatan sertai tentera Israel boleh didakwa

Rakyat Afrika Selatan yang menyertai tentera rejim Israel di Gaza boleh didakwa selepas mereka pulang ke tanah air kelak, demikian amaran Kementerian Luar Afrika Selatan.

Wartawan TMT

Published

on

Rakyat Afrika Selatan sertai tentera Israel boleh didakwa
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Rakyat Afrika Selatan yang menyertai tentera rejim Israel di Gaza boleh didakwa selepas mereka pulang ke tanah air kelak, demikian amaran Kementerian Luar Afrika Selatan.
  • “Kerajaan Afrika Selatan amat prihatin dengan laporan beberapa rakyat Afrika Selatan dan penduduk tetap telah menyertai atau sedang mempertimbangkan untuk menyertai Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dalam perang di Gaza dan di Wilayah Pendudukan Palestin yang lain,” kata kementerian berkenaan dalam kenyataan pada Isnin lalu.
  • “Tindakan sedemikian berpotensi menyumbang kepada pelanggaran undang-undang antarabangsa dan perlakuan jenayah antarabangsa, sekali gus menjadikan mereka bertanggungjawab untuk pendakwaan di Afrika Selatan,” kata kenyataan itu dipetik agensi berita Anadolu.

Rakyat Afrika Selatan yang menyertai tentera rejim Israel di Gaza boleh didakwa selepas mereka pulang ke tanah air kelak, demikian amaran Kementerian Luar Afrika Selatan.

“Kerajaan Afrika Selatan amat prihatin dengan laporan beberapa rakyat Afrika Selatan dan penduduk tetap telah menyertai atau sedang mempertimbangkan untuk menyertai Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dalam perang di Gaza dan di Wilayah Pendudukan Palestin yang lain,” kata kementerian berkenaan dalam kenyataan pada Isnin lalu.

“Tindakan sedemikian berpotensi menyumbang kepada pelanggaran undang-undang antarabangsa dan perlakuan jenayah antarabangsa, sekali gus menjadikan mereka bertanggungjawab untuk pendakwaan di Afrika Selatan,” kata kenyataan itu dipetik agensi berita Anadolu.

Kementerian itu berkata mana-mana rakyat Afrika Selatan yang ingin berkhidmat dalam angkatan tentera bersenjata dari negara lain harus memohon kepada Jawatankuasa Kawalan Senjata Konvensional Kebangsaan (NCACC) yang membuat “usul kepada Menteri Pertahanan dan Veteran Tentera untuk menyetujui atau menolak permohonan tersebut”.

Mereka yang menyertai tentera rejim Israel tanpa kebenaran NCACC adalah “melanggar undang-undang dan boleh didakwa,” kata kenyataan Kementerian Luar Afrika Selatan. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

Lubnan haramkan alat kelui dari pesawat

Lubnan mengharamkan alat kelui dan walkie-talkie dari penerbangan ke dan dari Beirut, lapor Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA).

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Lubnan mengharamkan alat kelui dan walkie-talkie dari penerbangan ke dan dari Beirut, lapor Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA).
  • Sekatan itu dilakukan selepas 37 individu terbunuh dan kira-kira 3,000 cedera apabila peranti komunikasi tanpa wayar (alat kelui) digunakan anggota Hizbullah meletup di seluruh Lubnan sepanjang Selasa dan Rabu, dipercayai didalangi Israel.
  • “Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut Rafic Hariri pada Rabu mengeluarkan arahan baharu melarang penumpang membawa alat kelui dan walkie-talkie di dalam mana-mana pesawat,” kata Ketua Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Lubnan, Faid El Hassan dipetik NNA pada Khamis.
  • Larangan baharu itu terpakai kepada semua jenis bagasi dan kargo.
  • Setakat ini, Israel tidak mengesahkan atau menafikan penglibatannya, namun beberapa media melaporkan agensi pengintip Israel Mossad bertanggungjawab dalam insiden letupan alat komunikasi di Lubnan itu.
  • The New York Times yang memetik sumber berkata Mossad menubuhkan firma palsu di Hungary untuk menghasilkan alat kelui yang dikompromi di bawah perjanjian pelesenan dengan syarikat Taiwan.

Lubnan mengharamkan alat kelui dan walkie-talkie dari penerbangan ke dan dari Beirut, lapor Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA).

Sekatan itu dilakukan selepas 37 individu terbunuh dan kira-kira 3,000 cedera apabila peranti komunikasi tanpa wayar (alat kelui) digunakan anggota Hizbullah meletup di seluruh Lubnan sepanjang Selasa dan Rabu, dipercayai didalangi Israel.

“Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut Rafic Hariri pada Rabu mengeluarkan arahan baharu melarang penumpang membawa alat kelui dan walkie-talkie di dalam mana-mana pesawat,” kata Ketua Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Lubnan, Faid El Hassan dipetik NNA pada Khamis.

Larangan baharu itu terpakai kepada semua jenis bagasi dan kargo.

Media antarabangsa melaporkan Hizbullah memilih menggunakan alat kelui sebagai kaedah komunikasi berteknologi rendah yang dikatakan ‘selamat’ kerana bimbang Israel menggodam telefon pintar mereka dan menggunakannya untuk pengawasan.

Setakat ini, Israel tidak mengesahkan atau menafikan penglibatannya, namun beberapa media melaporkan agensi pengintip Israel Mossad bertanggungjawab dalam insiden letupan alat komunikasi di Lubnan itu.

The New York Times yang memetik sumber berkata Mossad menubuhkan firma palsu di Hungary untuk menghasilkan alat kelui yang dikompromi di bawah perjanjian pelesenan dengan syarikat Taiwan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending