Terkini
Pope Francis kecam zionis Israel bunuh dua wanita Kristian di Gaza
Pope Francis mengecam tindakan rejim penjajah Israel menembak mati dua wanita Kristian di pekarangan Gereja Holy Family Parish di Gaza City dan menyifatkannya sebagai satu bentuk keganasan.
- Pope Francis mengecam tindakan rejim penjajah Israel menembak mati dua wanita Kristian di pekarangan Gereja Holy Family Parish di Gaza City dan menyifatkannya sebagai satu bentuk keganasan.
- Beliau menzahirkan rasa duka terhadap insiden itu yang mana orang awam tidak bersenjata telah menjadi mangsa serangan rejim Israel.
- Katanya, ketika insiden di gereja Katolik itu, “tiada langsung pengganas melainkan keluarga, kanak-kanak, orang sakit dan kurang upaya serta biarawati”.
- “Ada yang berkata ini merupakan keganasan dan perang. Ya, ia merupakan perang dan keganasan,” katanya dipetik Vatican News pada Ahad.
- Terdahulu, media melaporkan dua wanita Kristian – seorang ibu tua dan anak perempuannya – ditembak mati penembak tepat rejim Israel.
KUALA LUMPUR – Pope Francis mengecam tindakan rejim penjajah Israel menembak mati dua wanita Kristian di pekarangan Gereja Holy Family Parish di Gaza City dan menyifatkannya sebagai satu bentuk keganasan.
Beliau menzahirkan rasa duka terhadap insiden itu yang mana orang awam tidak bersenjata telah menjadi mangsa serangan rejim Israel.
Katanya, ketika insiden di gereja Katolik itu, “tiada langsung pengganas melainkan keluarga, kanak-kanak, orang sakit dan kurang upaya serta biarawati”.
“Ada yang berkata ini merupakan keganasan dan perang. Ya, ia merupakan perang dan keganasan,” katanya dipetik Vatican News pada Ahad.
Pope Francis juga menyeru orang ramai untuk tidak melupakan penderitaan warga Palestin ketika ini.
“Jangan lupakan saudara kita yang sedang menderita kerana peperangan di Ukraine, Palestin, Israel dan zon konflik.
“Semoga Krismas ini memperkukuh komitmen untuk membuka ruang terhadap keamanan,” kata ketua agama Kristian Katolik itu.
Terdahulu, media melaporkan dua wanita Kristian – seorang ibu tua dan anak perempuannya – ditembak mati penembak tepat rejim Israel.
Mangsa, Nahida dan anak perempuannya, Samar ditembak mati ketika kedua-duanya sedang berjalan masuk ke biara perempuan itu.
Tujuh lagi mangsa di gereja Katolik itu dilaporkan tercedera ketika insiden serangan berkenaan. – The Merdeka Times
Terkini
Bertenang, warga Palestin tetamu kita – Menteri Agama
Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
- “Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
- “Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
- Terdahulu, tular di media sosial sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
- Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan.
KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
“Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
“Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
Mohd Na’im turut mengajak semua rakyat berdoa supaya rakyat Palestin diberikan kekuatan, kesabaran dan ketenangan.
Katanya, kerajaan akan terus berusaha dan memberi perhatian khusus terhadap perkara itu supaya insiden sedemikian tidak berulang.
Terdahulu, tular di media sosial tindakan sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan anggota pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan. — The Merdeka Times
-
Antarabangsa3 days ago
Arab Saudi, Qatar, UAE, Bahrain dan Kuwait tidak benar AS guna pangkalan udara serang Iran
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Saham MAHB: BlackRock sah miliki GIP – ARMADA BERSATU
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Profesor Iran ‘sekolahkan’ wartawan Sky News
-
Antarabangsa2 days ago
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia