Connect with us

Terkini

Pilihan raya PBT wujudkan kelestarian hanya retorik – Isham Jalil

Cadangan Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tan Kok Wai yang meminta pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) dilaksanakan di peringkat bandar raya Kuala Lumpur untuk kelestarian dan memberi pilihan kepada penduduknya memilih ahli majlis tempatan disifatkan sebagai hanya retorik.

Avatar

Published

on

Pilihan raya PBT wujudkan kelestarian hanya retorik - Isham Jalil
Foto: Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tan Kok Wai (kiri) & Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil (kanan).
  • Cadangan Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tan Kok Wai yang meminta pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) dilaksanakan di peringkat bandar raya Kuala Lumpur untuk kelestarian dan memberi pilihan kepada penduduknya memilih ahli majlis tempatan disifatkan sebagai hanya retorik.
  • Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil berkata ini kerana Kok Wai yakin beliau dan ahli partinya akan memenangi kerusi dipertandingkan sekiranya pilihan raya itu dilaksanakan. 
  • Isham berkata situasi itu boleh menyebabkan ketidakstabilan sosioekonomi kaum kerana parti DAP didominasi satu kaum di mana parti itu juga dominan di Kuala Lumpur.  
  • “Kalau berlaku ketidakseimbangan dan tragedi, dia akan memberi kesan negatif kepada satu negara. 
  • “Sebab macam dulu, tragedi 13 Mei berlaku di Kuala Lumpur, tetapi satu negara dapat kesan daripada kejadian itu,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini, semalam.
  • Beliau mengulas kenyataan Kok Wai yang menyatakan pelaksanaan pilihan raya PBT bertujuan untuk kelestarian dan memberi pilihan kepada penduduk bagi memilih ahli majlis tempatan. 

KUALA LUMPUR – Cadangan Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tan Kok Wai yang meminta pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) dilaksanakan di peringkat bandar raya Kuala Lumpur untuk kelestarian dan memberi pilihan kepada penduduknya memilih ahli majlis tempatan disifatkan sebagai hanya retorik.

Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil berkata ini kerana Kok Wai yakin beliau dan ahli partinya akan memenangi kerusi dipertandingkan sekiranya pilihan raya itu dilaksanakan. 

Isham berkata situasi itu boleh menyebabkan ketidakstabilan sosioekonomi kaum kerana parti DAP didominasi satu kaum di mana parti itu juga dominan di Kuala Lumpur.  

“Kesan dia kawasan-kawasan bandar besar ni, akan dikuasai parti-parti tertentu. Parti-parti tertentu tu kaum-kaum tertentu yang dominan. 

“Kalau berlaku ketidakseimbangan dan tragedi, dia akan memberi kesan negatif kepada satu negara. 

“Sebab macam dulu, tragedi 13 Mei berlaku di Kuala Lumpur, tetapi satu negara dapat kesan daripada kejadian itu,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Kok Wai yang menyatakan pelaksanaan pilihan raya PBT bertujuan untuk kelestarian dan memberi pilihan kepada penduduk bagi memilih ahli majlis tempatan. 

Pada Ahad lalu, DAP menggesa Kerajaan Madani mengadakan semula pilihan raya PBT di peringkat bandar raya Kuala Lumpur susulan rombakan Kabinet baru-baru ini, yang menyaksikan pelantikan menteri bagi portfolio khusus untuk Wilayah Persekutuan.

Kok Wai dilaporkan berkata, cadangan dikemukakan itu bertujuan untuk memperkukuhkan demokrasi di Wilayah Persekutuan.

Mengulas lanjut, Isham Jalil berkata di Wilayah Persekutuan ketika ini masih mempunyai keseimbangan kaum daripada Kerajaan Persekutuan walaupun ia di bawah Pakatan Harapan.  — The Merdeka Times

Author

Terkini

Kerajaan terbuka bangunkan tanah wakaf asalkan tepati hukum syarak

Kerajaan dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) bersifat terbuka dalam apa jua langkah bagi membangunkan tanah wakaf di Malaysia, asalkan ia memberi manfaat kepada seluruh masyarakat dan menepati hukum syarak termasuk memenuhi niat pewakaf.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.
  • Kerajaan dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) bersifat terbuka dalam apa jua langkah bagi membangunkan tanah wakaf di Malaysia, asalkan memberi manfaat kepada seluruh masyarakat dan menepati hukum syarak, termasuk memenuhi niat pewakaf.
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata selain itu, semua pembangunan tanah wakaf perlu mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang sedang berkuat kuasa seperti Kanun Tanah Negara.
  • Mohd Na’im menjawab soalan Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya yang ingin tahu langkah kerajaan mengawal selia pembangunan tanah wakaf dalam memacu ekonomi Islam serta statistik hasil wakaf harta dan wakaf tunai sepanjang 2022 hingga 2024.
  • Berdasarkan statistik, kutipan wakaf tunai meningkat daripada RM67.19 juta pada 2020 kepada RM106 juta pada 2022, menunjukkan pembangunan wakaf semakin mendapat perhatian umum, khususnya dalam aspek pembangunan hartanah wakaf dan pengenalan produk-produk wakaf.

KUALA LUMPUR — Kerajaan dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) bersifat terbuka dalam apa jua langkah bagi membangunkan tanah wakaf di Malaysia, asalkan ia memberi manfaat kepada seluruh masyarakat dan menepati hukum syarak termasuk memenuhi niat pewakaf.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata selain itu, semua pembangunan tanah wakaf perlu mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang sedang berkuat kuasa seperti Kanun Tanah Negara.

Katanya dalam urusan mengawal selia pembangunan tanah wakaf di Malaysia bagi memacu ekonomi Islam, kerajaan sentiasa menunjukkan komitmen menerusi penyediaan peruntukan pembangunan dalam setiap Rancangan Malaysia.

“Di samping itu, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) selaku agensi Persekutuan yang membantu MAIN dalam urusan pembangunan wakaf turut menyediakan garis panduan dan manual tadbir urus wakaf seperti Manual Pengurusan Model Perundangan Wakaf.

“Kerjasama dan kolaborasi strategik turut digalakkan antara sektor awam dan swasta. Agensi Persekutuan seperti JAWHAR dan YWM (Yayasan Waqaf Malaysia) giat melaksanakan libat urus bersama semua MAIN dengan penglibatan sektor korporat dan badan bukan Kerajaan (NGO),” katanya dalam jawapan bertulis Dewan Negara pada Isnin.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya yang ingin tahu langkah kerajaan untuk mengawal selia pembangunan tanah wakaf dalam memacu ekonomi Islam serta statistik hasil wakaf harta dan wakaf tunai sepanjang 2022 hingga 2024.

Mohd Na’im berkata berdasarkan statistik, kutipan wakaf tunai meningkat daripada RM67.19 juta pada 2020 kepada RM106 juta pada 2022, menunjukkan pembangunan wakaf semakin mendapat perhatian umum, khususnya dalam aspek pembangunan hartanah wakaf dan pengenalan produk-produk wakaf.

Bagi kutipan dana Wakaf Tunai Malaysia di bawah YWM pula, beliau berkata ia berjumlah RM12.8 juta sepanjang tempoh 2022 hingga Mei lepas dengan hasil sumbangan adalah daripada masyarakat dan pihak korporat, sama ada melalui potongan gaji atau secara sekali beri (one-off).

Selain itu, menurutnya, kerjasama agensi Persekutuan dan negeri dalam mengurus aset-aset wakaf seperti The Grand Puteri Hotel di Terengganu dan Puteri Bay Hotel Melaka turut berjaya menjanakan pendapatan kasar berjumlah RM22.8 juta, sepanjang tempoh 2022 hingga Mei lepas.

Bagi Wilayah Persekutuan pula, Mohd Na’im berkata sehingga Jun 2024, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menguruskan 89 lot (64.67 ekar) hartanah wakaf yang terdiri dari 64 lot hartanah wakaf khas dan 25 lot hartanah wakaf am.

“Dalam konteks pengurusan hartanah wakaf, MAIWP menguruskan 38 premis hartanah wakaf sedia ada terdiri daripada 23 rumah (bertanah), 1 buah rumah (bukan bertanah), tiga lot kedai dan sebuah bangunan komersial.

“Selain premis, MAIWP juga menguruskan 51 lot tanah terdiri dari 21 lot tanah kosong, 12 lot tapak masjid, sembilan lot tapak surau atau madrasah, lima tapak perkuburan dan empat tapak sekolah,” katanya menambah perancangan pembangunan juga sudah dibuat ke atas 21 lot tanah kosong termasuk di Setiawangsa dan Setapak. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending