Antarabangsa
Peningkatan serangan terhadap aktiviti solidariti Palestin di UK membimbangkan – CAGE International
Organisasi CAGE International (CAGE) mendedahkan peningkatan membimbangkan kes serangan terhadap aktiviti sokongan dan solidariti untuk Palestin di United Kingdom (UK).
- Organisasi CAGE International (CAGE) mendedahkan peningkatan membimbangkan kes serangan terhadap aktiviti sokongan dan solidariti untuk Palestin di United Kingdom (UK).
- Laporan organisasi itu mencatatkan peningkatan sehingga 455 peratus jumlah kes yang dikendalikan berbanding jumlah lonjakan kes terakhir dilaporkan pada 2021.
- Di antara Oktober dan Disember 2023, CAGE mengendalikan 214 kes merangkumi 118 kes di sekolah dan kolej, 35 kes tempat kerja, 35 kes bantahan dan yang berkaitan dengannya, 13 kes universiti dan 13 kes di masjid.
- Menurut CAGE, peningkatan yang jelas dan ketara ini menunjukkan sekatan meluas dan membimbangkan terhadap aktiviti-aktiviti pro-Palestin.
Organisasi CAGE International (CAGE) mendedahkan peningkatan membimbangkan kes serangan terhadap aktiviti sokongan dan solidariti untuk Palestin di United Kingdom (UK).
Laporan organisasi itu mencatatkan peningkatan sehingga 455 peratus jumlah kes yang dikendalikan berbanding jumlah lonjakan kes terakhir dilaporkan pada 2021.
Di antara Oktober dan Disember 2023, CAGE mengendalikan 214 kes merangkumi 118 kes di sekolah dan kolej, 35 kes tempat kerja, 35 kes bantahan dan yang berkaitan dengannya, 13 kes universiti dan 13 kes di masjid.
Menurut CAGE, peningkatan yang jelas dan ketara ini menunjukkan sekatan meluas dan membimbangkan terhadap aktiviti-aktiviti pro-Palestin.
“Pemerhatian kes kami memberikan bukti penuh serangan yang terkoordinasi dicetuskan kepentingan kumpulan sayap kanan, media arus perdana, ahli politik dan kumpulan pelobi.
“Ini mewakili serangan bertalu-talu terhadap Kebebasan Bersuara di bawah Perkara 10, dan Hak Keperibadian di bawah Perkara 8 ECHR,” kata laporan CAGE dipetik 5 Pillars UK.
Laporan itu menggariskan pelbagai taktik agresif penindasan sokongan terhadap Palestin melalui penguatkuasaan penyingkiran simbol atau pakaian Palestin di sekolah dan di tempat kerja selain siasatan jenayah, penggantungan dan penamatan serta-merta di tempat kerja serta banyak lagi.
Antara penemuan utama laporan itu, termasuk tindak balas agresif dan autoritarian kerajaan terhadap aktivisme sah yang menyokong Palestin serta sifat Islamofobik dalam pengekangan di mana 209 dari 214 kes melibatkan penganut agama Islam dan pelbagai lagi. – The Merdeka Times
Antarabangsa
Israel bom depot senjata berdekatan pangkalan udara Russia di Syria
Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
- Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
- Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria.
- Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
- Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.
Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria.
Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
Pertahanan udara Russia dan Syria dilaporkan memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit.
Terdapat dakwaan bahawa pertahanan udara memintas peluru berpandu di luar pantai Jableh, sebuah bandar di barat laut Syria, dengan anggaran 30 peluru berpandu dilancarkan.
Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.
Laporan tempatan lain mencadangkan sebuah pesawat Iran di lapangan terbang mungkin turut menjadi sasaran.
Israel yang sering menjalankan operasi terhadap sasaran berkaitan dengan Iran di Syria belum memberikan sebarang komen mengenai insiden letupan itu. — The Merdeka Times