Connect with us

Terkini

Pemansuhan Seksyen 498 jenayah goda isteri orang, tidak jejaskan peranan agensi agama – Menteri Agama

Pemansuhan Seksyen 498 Kanun Keseksaan oleh Mahkamah Persekutuan baru-baru ini tidak menjejaskan peranan agensi-agensi agama untuk melaksanakan usaha pengukuhan institusi keluarga.

Hidayah Sani

Published

on

Pemansuhan Seksyen 498 jenayah goda isteri orang, tidak jejaskan peranan agensi agama – Menteri Agama
Foto: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata agensi-agensi agama di bawahnya akan terus melaksanakan program pengukuhan institusi keluarga yang menghayati nilai-nilai sakinah, mawaddah dan rahmah.
  • “Pun begitu, jika dilihat daripada aspek hukum syarak, Islam sangat mementingkan keharmonian rumah tangga dan ikatan perkahwinan pasangan suami isteri. Islam melarang perbuatan mengganggu isteri orang atau sebarang usaha meruntuhkan rumah tangga.
  • “Selaras hukum syarak ini, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 559] telah menjadikan perbuatan mengganggu keharmonian rumah tangga sebagai suatu kesalahan.
  • “Sebagaimana diperuntukkan di bawah seksyen 36 mengenai kesalahan memujuk lari perempuan bersuami, seksyen 37 mengenai kesalahan menghalang pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri dan seksyen 38 mengenai kesalahan menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

KUALA LUMPUR —- Pemansuhan Seksyen 498 Kanun Keseksaan oleh Mahkamah Persekutuan baru-baru ini tidak menjejaskan peranan agensi-agensi agama untuk melaksanakan usaha pengukuhan institusi keluarga.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata agensi-agensi agama di bawahnya akan terus melaksanakan program pengukuhan institusi keluarga yang menghayati nilai-nilai sakinah, mawaddah dan rahmah.

Katanya, pemansuhan itu dibuat berdasarkan pengetahuan, pengalaman dan kebijaksanaan Yang Amat Arif Hakim berpandukan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang dalam mencari penyelesaian terbaik, justeru beliau menyeru semua pihak menghormati keputusan terbabit.

“Pun begitu, jika dilihat daripada aspek hukum syarak, Islam sangat mementingkan keharmonian rumah tangga dan ikatan perkahwinan pasangan suami isteri. Islam melarang perbuatan mengganggu isteri orang atau sebarang usaha meruntuhkan rumah tangga.

“Selaras hukum syarak ini, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 559] telah menjadikan perbuatan mengganggu keharmonian rumah tangga sebagai suatu kesalahan.

“Sebagaimana diperuntukkan di bawah seksyen 36 mengenai kesalahan memujuk lari perempuan bersuami, seksyen 37 mengenai kesalahan menghalang pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri dan seksyen 38 mengenai kesalahan menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Na’im berkata peruntukan-peruntukan itu secara tidak langsung dapat menjamin keharmonian rumah tangga selaras kehendak syarak.

Beliau menyeru seluruh umat Islam khususnya para suami dan isteri untuk berganding bahu melaksanakan kewajipan masing-masing dan saling memperkukuh institusi keluarga.

“Masing-masing mempunyai kewajipan tersendiri untuk membangunkan keluarga demi anak-anak dan generasi Al-Falah.

“Selain itu, semua pihak juga adalah dipohon supaya saling meningkatkan akhlak dalam pergaulan seharian agar sentiasa sejajar dengan pedoman ajaran agama Islam,” katanya.

Mahkamah Persekutuan pada 17 Disember lalu, membatalkan Seksyen 498 Kanun Keseksaan berkaitan menjenayahkan perbuatan lelaki menggoda isteri orang, kerana ia tidak berperlembagaan.

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dalam keputusan sebulat suara dilaporkan berkata, panel hakim berpendapat seksyen itu bercanggah perlembagaan kerana ia mendiskriminasi secara tidak sah hanya atas alasan jantina, yang bertentangan dengan Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan. — The Merdeka Times

Sumber : Facebook Dato’ Setia Dr. Naim

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Bertenang, warga Palestin tetamu kita – Menteri Agama

Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
  • Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
  • Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
  • “Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
  • “Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
  • Terdahulu, tular di media sosial sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
  • Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan.

KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.

“Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.

“Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.

Mohd Na’im turut mengajak semua rakyat berdoa supaya rakyat Palestin diberikan kekuatan, kesabaran dan ketenangan.

Katanya, kerajaan akan terus berusaha dan memberi perhatian khusus terhadap perkara itu supaya insiden sedemikian tidak berulang.

Terdahulu, tular di media sosial tindakan sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.

Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan anggota pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending