Connect with us

Terkini

Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor

Kecaman Justice For Sisters (JFS) terhadap hasrat Kerajaan Johor menubuhkan pusat pemulihan untuk kelompok akidah terpesong dan LGBT merupakan kecaman salah dan melanggar konsep keluhuran Perlembagaan Persekutuan, kata peguam kanan, Haniff Khatri Abdulla.

Hidayah Sani

Published

on

Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
Foto: Peguam Kanan, Haniff Khatri Abdulla.
  • Kecaman Justice For Sisters (JFS) terhadap hasrat Kerajaan Johor menubuhkan pusat pemulihan untuk kelompok akidah terpesong dan LGBT merupakan kecaman salah dan melanggar konsep keluhuran Perlembagaan Persekutuan, kata peguam kanan, Haniff Khatri Abdulla.
  • “Pengumuman Kerajaan Johor tentang pusat pemulihan akidah terpesong dan juga pengamalan hubungan sesama jenis tersebut adalah secara khusus berkaitan umat Islam di Johor, ia bukan berkaitan mana-mana komuniti lain yang bukan beragama Islam.
  • “Justeru kenyataan JFS dalam Malaysiakini pada hari ini bertajuk ‘Penyeksaan’ – NGO hak asasi selar cadangan pusat pemulihan LGBT di Johor’, secara jujur dan objektif saya mengatakan adalah satu kenyataan yang tidak ada hak untuk dikeluarkan JFS tersebut.
  • “Malahan satu kenyataan yang tidak betul, tidak tepat dan tidak mematuhi serta tidak menghormati peruntukan Perlembagaan Persekutuan,” katanya menerusi klip video dimuat naik menerusi Facebooknya hari ini.

KUALA LUMPUR — Kecaman Justice For Sisters (JFS) terhadap hasrat Kerajaan Johor menubuhkan pusat pemulihan untuk kelompok akidah terpesong dan LGBT merupakan kecaman salah dan melanggar konsep keluhuran Perlembagaan Persekutuan, kata peguam kanan, Haniff Khatri Abdulla.

Haniff berkata kenyataan songsang JFS itu akan menyebabkan timbulnya ketidakpuasan hati dan membangkitkan kemarahan kelompok Muslim kerana dilihat mencampuri urusan agama Islam yang tiada kaitan dengan individu bukan Islam.

“Pengumuman Kerajaan Johor tentang pusat pemulihan akidah terpesong dan juga pengamalan hubungan sesama jenis tersebut adalah secara khusus berkaitan umat Islam di Johor, ia bukan berkaitan mana-mana komuniti lain yang bukan beragama Islam.

“Justeru kenyataan JFS dalam Malaysiakini pada hari ini bertajuk ‘Penyeksaan’ – NGO hak asasi selar cadangan pusat pemulihan LGBT di Johor’, secara jujur dan objektif saya mengatakan adalah satu kenyataan yang tidak ada hak untuk dikeluarkan JFS tersebut.

“Malahan satu kenyataan yang tidak betul, tidak tepat dan tidak mematuhi serta tidak menghormati peruntukan Perlembagaan Persekutuan,” katanya menerusi klip video dimuat naik menerusi Facebooknya hari ini.

Haniff berkata sepatutnya rakyat Malaysia wajar memahami di bawah peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Islam merupakan agama persekutuan yang menentukan  wujudnya dua jenis undang-undang buat Muslim di negara ini iaitu undang-undang Malaysia (sivil) dan undang-undang syariah.

Katanya, sebarang perkara menjadi bidang kuasa syariah yang terpakai kepada individu Muslim tidak mengganggu gugat, malah tidak boleh dicampuri dengan kenyataan daripada pihak bukan beragama Islam yang tidak memahami perundangan Islam.

“Yang kedua JFS juga secara salah mengatakan kononnya pengadaan pusat pemulihan itu bercanggah dengan Perkara 5 dan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan. 

“Mereka perlu mendapatkan nasihat undang-undang yang tepat — hak kerajaan-kerajaan negeri untuk menyelia dan menggubal peruntukan perundangan syariah tidak menjadikan dia berlawanan kepada Perkara 5 ataupun Perkara 8 (di mana) Perlembagaan cukup jelas dengan perkara ini,” kata Haniff membidas kenyataan JFS.

Semalam,  pengasas bersama JFS, Thilaga S berkata menahan individu atas alasan menukar orientasi seksual, identiti jantina dan ekspresi mereka adalah sama dengan penyeksaan.

Thilaga S berkata pusat seumpama itu mencabuli hak asasi manusia dan melanggar Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan, yang melindungi kebebasan individu, privasi dan maruah rakyat Malaysia.

Peguam bela hak-hak LGBTQ itu menambah pusat berkenaan juga melanggar Perkara 8, yang melindungi kesaksamaan di sisi undang-undang dan melarang diskriminasi berdasarkan jantina.

JFS menggesa rancangan itu dibatalkan dan meminta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Kebangsaan (SUHAKAM) melibatkan Kerajaan Johor dan melakukan penilaian hak asasi manusia ke atas pusat yang sama di seluruh negara.

Membidas kenyataan itu, Haniff berkata gesaan JFS yang meminta SUHAKAM untuk mencampuri urusan berkenaan adalah salah.

“Ini kerana Akta SUHAKAM sendiri menyatakan suruhanjaya hak asasi Malaysia berpandukan Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan hak negeri untuk menggubal undang-undang Islam yang terpakai kepada orang Islam.

“Jadi JFS kena terlebih dahulu memahami struktur pentadbiran negara di bawah Perlembagaan Persekutuan, memahami apakah itu bidang kuasa Islam negeri dan memahami apakah itu jurisprudence Islam.

“JFS juga salah dalam mengatakan kononnya pengadaan pemulihan tersebut berlawanan dengan keputusan dibuat dalam kes yang membatalkan Seksyen 28 Enakmen Syariah Negeri Selangor, semestinya Enakmen Syariah Selangor tidak terpakai di Johor,” katanya.

Justeru, Haniff berharap semua pertubuhan bukan kerajaan yang bukan khusus kepada kelompok Islam menghormati struktur pentadbiran negara di bawah Perlembagaan Persekutuan. — The Merdeka Times

Sumber : Facebook Haniff Khatri

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

GISBH: Jumlah kanak-kanak diselamatkan kini 662 orang – Fahmi Fadzil

Jumlah kanak-kanak yang diselamatkan daripada rumah amal yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) melalui beberapa operasi pihak berkuasa kini berjumlah 662 orang, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
  • Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata jumlah kanak-kanak yang diselamatkan daripada rumah amal yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) melalui beberapa operasi pihak berkuasa kini berjumlah 662 orang.
  • Kesemua mereka juga kini telah mendapat perintah mahkamah untuk perlindungan.
  • Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, perkara itu dimaklumkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang bersidang pada Selasa.
  • Polis melancarkan Op Global awal September lepas dan telah menyerbu rumah amal di seluruh Semenanjung yang dikaitkan dengan GISBH kerana disyaki terlibat dalam kegiatan eksploitasi kanak-kanak serta agama.
  • Seramai 359 pengikut GISBH turut ditahan dalam Op berkenaan, termasuk pengurusan tertinggi syarikat itu, dan Perlis, Selangor serta Pahang mengisytiharkan amalan dan kepercayaan GISBH yang dikaitkan dengan kegiatan eksploitasi kanak-kanak dan dakwaan doktrin ketaasuban agama itu sebagai menyeleweng dan sesat.

PUTRAJAYA — Jumlah kanak-kanak yang diselamatkan daripada rumah amal yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) melalui beberapa operasi pihak berkuasa kini berjumlah 662 orang, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata kesemua mereka juga kini telah mendapat perintah mahkamah untuk perlindungan.

Beliau berkata perkara itu dimaklumkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri dalam mesyuarat Jemaah Menteri.

“…kita tidak bincang perkara lain seperti isu fatwa di peringkat negeri, sama ada ajaran dibawa kumpulan ini sesat atau tidak. Boleh rujuk kepada fatwa daripada mufti,” katanya pada sidang media pasca mesyuarat Jemaah Menteri di sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada isu berkaitan GISBH Holdings Sdn Bhd dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri.

Polis melancarkan Op Global awal September lepas dan telah menyerbu rumah amal di seluruh Semenanjung yang dikaitkan dengan GISBH kerana disyaki terlibat dalam kegiatan eksploitasi kanak-kanak serta agama.

Seramai 359 pengikut GISBH turut ditahan dalam Op berkenaan, termasuk pengurusan tertinggi syarikat itu, dan Perlis, Selangor serta Pahang mengisytiharkan amalan dan kepercayaan GISBH yang dikaitkan dengan kegiatan eksploitasi kanak-kanak dan dakwaan doktrin ketaasuban agama itu sebagai menyeleweng dan sesat. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending