Connect with us

Antarabangsa

PBB lapor penularan wabak hepatitis di Gaza

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Sabtu melaporkan penularan wabak hepatitis dalam kalangan penduduk Palestin di pusat perlindungan di Gaza.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Wabak hepatitis dilaporkan di pusat-pusat perlindungan yang dikendalikan oleh Agensi Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA)
  • Penduduk masih menghadapi masalah untuk mendapatkan bekalan air minuman di Bandaraya Gaza dan di wilayah utara kerana kebanyakan kemudahan pengeluaran air masih ditutup akibat kekurangan bahan api manakala sebahagiannya rosak.

GAZA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Sabtu melaporkan penularan wabak hepatitis dalam kalangan penduduk Palestin di pusat perlindungan di Gaza.

Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam satu kenyataan berkata wabak hepatitis dilaporkan di pusat-pusat perlindungan yang dikendalikan oleh Agensi Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA), lapor Agensi Berita Xinhua.

Menurut kenyataan itu, penduduk masih menghadapi masalah untuk mendapatkan bekalan air minuman di Bandaraya Gaza dan di wilayah utara kerana kebanyakan kemudahan pengeluaran air masih ditutup akibat kekurangan bahan api manakala sebahagiannya rosak.

Air digunakan penduduk ketika ini diambil daripada telaga persendirian dan telaga UNRWA yang menimbulkan kebimbangan serius mengenai penyakit bawaan air akibat penggunaan air daripada sumber tidak selamat.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia juga menekankan keperluan segera untuk perlindungan, makanan, air bersih, tempat tinggal, sanitasi dan perubatan untuk orang awam di Gaza dengan memberi amaran kesesakan akibat pemindahan besar-besaran dan keadaan hidup yang tidak selamat meningkatkan risiko penyakit.

Seorang pegawai Kementerian Kesihatan yang berpangkalan di Gaza Munir al-Bursh berkata sistem penjagaan kesihatan di Semenanjung Gaza lumpuh sepenuhnya akibat kekurangan serius sumber perubatan dan peralatan menyelamatkan nyawa.

Menurut beliau, sebanyak 26 hospital dan 55 pusat kesihatan di Semenanjung Gaza telah ditutup akibat serangan Israel.

Seramai 15,207 rakyat Palestin telah terbunuh akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt.

Bilangan mereka yang dilaporkan hilang telah meningkat kepada lebih 7,500 orang sama ada terperangkap di bawah runtuhan atau nasib mereka tidak diketahui, manakala jumlah kecederaan mencecah 40,650 orang.

Pengarah Pegawai Media Kerajaan di Gaza Ismael Al-Thawabteh pada sidang media pada Sabtu berkata Israel menyerang wilayah terkepung itu dengan kira-kira 100,000 bom dan roket sejak konflik bermula.

Beliau berkata terdapat beberapa bom seberat 2,000 paun digugurkan untuk menyasarkan orang awam.

Al-Thawabteh juga mengecam dasar sekatan yang menghalang kemasukan bantuan kemanusiaan, menggesa kemasukan harian sebanyak seribu trak yang membawa bantuan dan bekalan selain satu juta liter bahan api untuk menyelamatkan apa sahaja yang boleh diselamatkan daripada konflik itu, menurut Xinhua.

Beliau menggesa kemasukan ratusan peralatan dan jentera untuk bantuan, pasukan tindak balas kecemasan dan pertahanan awam untuk mengeluarkan ratusan mayat yang masih tertimbus di bawah runtuhan.

“Penghantaran ini perlu untuk membersihkan sisa runtuhan akibat pengeboman dan kemusnahan ratusan ribu rumah, sekolah, hospital, jalan raya, dan kemudahan kritikal,” tegas Al-Thawabteh.

Sumber : BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) NATO perlu elak “double-standard” dalam isu Gaza, Ukraine – PM Sepanyol

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Sanchez berkata perkara itu penting untuk menyampaikan kepada semua pihak bahawa apa dipertahankan NATO bukan hanya undang-undang antarabangsa, tetapi pendirian yang konsisten.

Beliau juga menggesa gencatan senjata kekal dilakukan di Gaza supaya “malapetaka kemanusiaan” yang disaksikan di wilayah Palestin itu dapat dihentikan.

“Ia sangat penting untuk rakyat kita fahami bahawa apa yang kita pertahankan di Gaza dan di Ukraine bukan sahaja (berkenaan) undang-undang antarabangsa, tetapi kita (sendiri) ada kedudukan yang konsisten.

“Kedudukan konsisten politik jelas bahawa kita tidak mengamalkan dwistandard. 

“Jadi jika kita memberitahu rakyat kita bahawa kita menyokong Ukraine kerana kita mempertahankan undang-undang antarabangsa, ia sama dengan apa yang kita perlu lakukan terhadap Gaza,” kata Sanchez dalam klip video disiarkan Al Jazeera ketika berucap di Sidang Kemuncak NATO di Washington, Amerika Syarikat, semalam.

Media melaporkan Ketua NATO, Jens Stoltenberg dalam ucapan akhirnya di sidang sama langsung tidak menyebut mengenai serangan rejim Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Insiden itu berlaku ketika beberapa pemimpin memberi amaran bahawa berdiam diri mengenai situasi di Gaza boleh menjejaskan komitmen perikatan ketenteraan itu terhadap hak asasi manusia. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending