Connect with us

Terkini

Paksa pelajar Dalit bersih tangki septik, Kakitangan sekolah ditahan polis

Beberapa kakitangan sekolah di daerah Kolar, Karnataka, India ditahan polis selepas didakwa memaksa pelajar daripada kasta Dalit untuk membersihkan tangki septik.

Wartawan TMT

Published

on

Paksa pelajar Dalit bersih tangki septik, Kakitangan sekolah ditahan polis
Foto: Tangkap layar video pelajar Dalit melakukan kerja pembersihan secara manual itu yang tular di media sosial.
  • Beberapa kakitangan sekolah di daerah Kolar, Karnataka, India ditahan polis selepas didakwa memaksa pelajar daripada kasta Dalit untuk membersihkan tangki septik.
  • Ia susulan video pelajar terbabit melakukan kerja pembersihan secara manual itu yang tular di media sosial.
  • Insiden itu mengundang kecaman pemimpin  Parti Bharatiya Janata (BJP) di Karnataka, Vijayendra Yediyurappa terhadap kerajaan negeri itu kerana dilihat membiarkan golongan minoriti terbabit dieksploitasi.
  • “Ini adalah perkara membimbangkan  kerana mereka yang berasal golongan Dalit berpotensi menjadi mangsa keganasan dan eksploitasi,” katanya dipetik Hindustan Times pada Isnin.
  • Dalit atau Paria dalam sistem kasta masyarakat Hindu di India merujuk kepada individu yang tergolong dalam kelompok paling rendah dalam sistem kasta (malah ada mengatakannya ia di luar sistem kasta) dan diharamkan untuk disentuh atau ‘untouchable’.

Beberapa kakitangan sekolah di daerah Kolar, Karnataka, India ditahan polis selepas didakwa memaksa pelajar daripada kasta Dalit untuk membersihkan tangki septik.

Ia susulan video pelajar terbabit melakukan kerja pembersihan secara manual itu yang tular di media sosial.

Menurut laporan media, pihak polis menahan pengetua sekolah dan guru pendidikan seni serta tiga kakitangan lain.

Insiden itu mengundang kecaman pemimpin Parti Bharatiya Janata (BJP) di Karnataka, Vijayendra Yediyurappa terhadap kerajaan negeri itu kerana dilihat membiarkan golongan minoriti terbabit dieksploitasi.

“Ini adalah perkara membimbangkan  kerana mereka yang berasal golongan Dalit berpotensi menjadi mangsa keganasan dan eksploitasi,” katanya dipetik Hindustan Times pada Isnin.

Ketua Menteri Karnataka, Siddaramaiah memaklumkan akan mengambil tindakan tegas terhadap pelaku dalam kes berkenaan.

Aktiviti kerja pembersihan kumbahan secara manual diharamkan di India sejak tiga dekad lalu, namun ia masih dipraktikkan di beberapa tempat. 

Dalit atau Paria dalam sistem kasta masyarakat Hindu di India merujuk kepada individu yang tergolong dalam kelompok paling rendah dalam sistem kasta (malah ada mengatakannya ia di luar sistem kasta) dan diharamkan untuk disentuh atau ‘untouchable’.

Dalit dilarang melakukan pekerjaan, kecuali pekerjaan yang dianggap ‘kotor’ atau ‘tidak bermaruah’ bagi masyarakat kasta tinggi seperti kerja pembersihan, kutip sampah dan buruh binaan.

Sistem kasta di India dilaporkan dimansuhkan pada 1950-an tetapi sistem hieraki sosial berusia 2,000 tahun itu, yang menetapkan kedudukan individu berdasarkan keturunan kelahirannya, masih wujud dalam kehidupan harian masyarakat Hindu di India. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Peneroka haram Israel bersenjata rampas biri-biri keluarga Palestin

Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
  • Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
  • Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
  • Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
  • Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur. 
  • Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.

Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.

Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.

Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.

Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.

Pihak berkuasa Israel dikatakan bersikap lembut dengan peneroka haram sebagai sebahagian usaha rasmi rejim untuk mempergiatkan aktiviti penempatan haram di wilayah Palestin yang diduduki.

Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur. 

Penempatan Israel dianggap haram di bawah undang-undang antarabangsa.

Ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat di tengah-tengah serangan Israel di Gaza yang telah membunuh hampir 41,300 warga Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak serangan rentas sempadan kumpulan Palestin Hamas pada 7 Oktober tahun lalu.

Sekurang-kurangnya 710 rakyat Palestin terbunuh dan hampir 5,700 lagi cedera akibat serangan tentera Israel di Tebing Barat sejak tempoh sama, demikian menurut Kementerian Kesihatan.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending