Terkini
Mega Street Dakwah 2023, Lelaki Cina peluk Islam
Program Mega Street Dakwah 2023 anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Multiracial Reverted Muslim (MRM) yang diadakan pada Sabtu lalu menyaksikan seorang lelaki berbangsa Cina dan beragama Kristian memeluk agama Islam.

- Program Mega Street Dakwah 2023 anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Multiracial Reverted Muslim (MRM) yang diadakan pada Sabtu lalu menyaksikan seorang lelaki berbangsa Cina dan beragama Kristian memeluk agama Islam.
- Individu bernama Hong itu mengucap dua kalimah syahadah di hadapan Pengasas MRM yang juga pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung.
- Hong pada mulanya disantuni sukarelawan ketika mengunjungi reruai (booth) program dakwah itu yang berlangsung sekitar Bukit Bintang di sini, sebelum dia bersoal jawab melibatkan perbandingan agama bersama Firdaus Wong.
- Selepas beberapa ketika berbual dengan pendakwah bebas itu, lelaki berbangsa Cina terbabit memutuskan untuk menerima ajaran Islam sebagai pegangan hidupnya.
KUALA LUMPUR — Program Mega Street Dakwah 2023 anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Multiracial Reverted Muslim (MRM) yang diadakan pada Sabtu lalu menyaksikan seorang lelaki berbangsa Cina dan beragama Kristian memeluk agama Islam.
Individu bernama Hong itu mengucap dua kalimah syahadah di hadapan Pengasas MRM yang juga pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung.
Hong pada mulanya disantuni sukarelawan ketika mengunjungi reruai (booth) program dakwah itu yang berlangsung sekitar Bukit Bintang di sini, sebelum dia bersoal jawab melibatkan perbandingan agama bersama Firdaus Wong.
Selepas beberapa ketika berbual dengan pendakwah bebas itu, lelaki berbangsa Cina terbabit memutuskan untuk menerima ajaran Islam sebagai pegangan hidupnya.
Program dakwah jalanan itu turut diadakan di Kota Bharu, Kelantan dengan kerjasama International Islamic Information & Dakwah Centre dan Gabungan Dakwah Malaysia dan Darul Fitrah Terengganu di Kuala Terengganu.
Program itu juga mendapat kerjasama Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) di Teluk Bahang, Pulau Pinang dan Dewan Muslimat PAS Negeri Johor di Kluang, Johor
Apa yang lebih menarik, Mega Street Dakwah itu turut diadakan di Filipina berkolaborasi dengan Muslim Cleric Council of Bulacan In.— The Merdeka Times
