Terkini
Lakukan transformasi menyeluruh, elak SPRM dilihat ‘kuda tunggangan’ kerajaan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa melakukan transformasi menyeluruh mengembalikan integriti badan itu supaya tidak dilihat sebagai ‘kuda tunggangan’ kerajaan yang ‘membunuh’ musuh politik dan menjayakan agenda pemimpin tertentu.
- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa melakukan transformasi menyeluruh untuk mengembalikan integriti badan itu supaya tidak dilihat sebagai ‘kuda tunggangan’ kerajaan yang ‘membunuh’ musuh politik dan menjayakan agenda pemimpin tertentu.
- Gesaan itu dibuat Presiden Parti BERJASA Malaysia, Zamani Ibrahim kerana suruhanjaya berkenaan dilihat terpalit kontroversi setiap tahun yang menyebabkan kredibilitinya tercalar dan terus dipertikaikan.
- Zamani berkata terbaharu SPRM mencetuskan tanda tanya apabila membekukan jutaan ringgit wang sumbangan rakyat Malaysia melalui Aman Palestin (AP) yang sepatutnya dihantar ke Palestin ketika berlakunya gencatan senjata selama empat hari.
- “Secara umum, ramai yang melihat SPRM terbeban pelbagai isu integriti dan kontroversi sehingga menjejaskan kredibiliti badan penguatkuasa ini di mata rakyat,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin.
KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa melakukan transformasi menyeluruh mengembalikan integriti badan itu supaya tidak dilihat sebagai ‘kuda tunggangan’ kerajaan yang ‘membunuh’ musuh politik dan menjayakan agenda pemimpin tertentu.
Gesaan itu dibuat Presiden Parti BERJASA Malaysia, Zamani Ibrahim kerana suruhanjaya berkenaan dilihat terpalit kontroversi setiap tahun yang menyebabkan kredibilitinya tercalar dan terus dipertikaikan.
Zamani berkata terbaharu SPRM mencetuskan tanda tanya apabila membekukan jutaan ringgit wang sumbangan rakyat Malaysia melalui Aman Palestin (AP) yang sepatutnya dihantar ke Palestin ketika berlakunya gencatan senjata selama empat hari.
Katanya, sehingga hari ini juga belum terdapat sebarang pertuduhan dibuat SPRM terhadap pertubuhan bukan kerajaan itu.
“Secara umum, ramai yang melihat SPRM terbeban pelbagai isu integriti dan kontroversi sehingga menjejaskan kredibiliti badan penguatkuasa ini di mata rakyat.
“Isu Teoh Beng Hock yang mati ketika disoal siasat di pejabat SPRM pada tahun 2009 masih lagi segar dalam ingatan kita semua. Pada tahun 2016, rakaman video antara DS Najib Razak dan Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika itu berkaitan isu 1MDB yang bocor pula telah menggemparkan negara.
“Seterusnya pada tahun 2019, perlantikan Latheefa Koya yang merupakan ahli PKR secara unilateral sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM oleh bekas PM, Tun M menyebabkan kemarahan orang ramai,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin.
Zamani berkata antara kontroversi lain membabitkan suruhanjaya itu apabila pada tahun lalu pemilikan saham korporat bernilai jutaan ringgit dikatakan milik Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki melalui adiknya menjadi pertikaian.
Beliau berkata sekalipun terdapat banyak pihak meminta Azam Baki melepaskan jawatan, namun beliau tetap kekal memimpin SPRM sehingga hari ini.
Pada Jun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata SPRM perlu sentiasa menjalankan tanggungjawab dan tugas secara bebas dan berkecuali termasuk melibatkan siasatan terhadap tokoh politik dan bekas pemimpin negara.
Anwar berkata ia sejajar dengan peranan SPRM melaksanakan tugas berlandaskan prinsip keadilan dan undang-undang. — The Merdeka Times
Sumber : Facebook BERJASA Malaysia
Antarabangsa
Israel bom depot senjata berdekatan pangkalan udara Russia di Syria
Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
- Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
- Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria.
- Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
- Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.
Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria.
Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
Pertahanan udara Russia dan Syria dilaporkan memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit.
Terdapat dakwaan bahawa pertahanan udara memintas peluru berpandu di luar pantai Jableh, sebuah bandar di barat laut Syria, dengan anggaran 30 peluru berpandu dilancarkan.
Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.
Laporan tempatan lain mencadangkan sebuah pesawat Iran di lapangan terbang mungkin turut menjadi sasaran.
Israel yang sering menjalankan operasi terhadap sasaran berkaitan dengan Iran di Syria belum memberikan sebarang komen mengenai insiden letupan itu. — The Merdeka Times