Connect with us

Terkini

Kes amang seksual PU Azman: Saksi remaja beri keterangan tertutup

Perbicaraan kes amang seksual melibatkan Pencetus Ummah (PU) Azman Syah Alias, 42, di Mahkamah Sesyen Seremban, Negeri Sembilan, hari ini dijalankan secara tertutup. 

Wartawan TMT

Published

on

Kes amang seksual PU Azman: Saksi remaja beri keterangan tertutup
Foto: Pencetus Ummah (PU), Azman Syah Alias.
  • Perbicaraan kes amang seksual melibatkan Pencetus Ummah (PU) Azman Syah Alias, 42, di Mahkamah Sesyen Seremban, Negeri Sembilan, hari ini dijalankan secara tertutup. 
  • Hakim, Datin Surita Budin mengarahkan kesemua individu tidak berkenaan kes itu untuk keluar sebaik sahaja saksi ke-11 iaitu seorang remaja berusia 18 tahun dipanggil memberi keterangan. 
  • Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Hadi Hakimi Harun, Zahida Zakaria dan Goh Hsiao Tung, manakala tertuduh diwakili peguam Mohamad Zahid Ahmad, Fahmi Adilah dan Norman Mohd Nasir. 
  • Mohamad Zahid berkata saksi ke-11 berkenaan merupakan saksi kanak-kanak yang keterangannya tidak boleh didedahkan. 
  • “Saksi ini merupakan pengadu bagi kes pertama dan selepas prosiding hari ini akan terdapat dua lagi saksi dipanggil iaitu pengadu kedua serta pegawai penyiasat. Setakat ini, kes di tiga buah mahkamah berjalan lancar,” katanya dipetik Utusan Malaysia ketika ditemui pemberita selepas prosiding di Mahkamah Sesyen Seremban, hari ini. 

KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes amang seksual melibatkan Pencetus Ummah (PU) Azman Syah Alias, 42, di Mahkamah Sesyen Seremban, Negeri Sembilan, hari ini dijalankan secara tertutup. 

Hakim, Datin Surita Budin mengarahkan kesemua individu tidak berkenaan kes itu untuk keluar sebaik sahaja saksi ke-11 iaitu seorang remaja berusia 18 tahun dipanggil memberi keterangan. 

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Hadi Hakimi Harun, Zahida Zakaria dan Goh Hsiao Tung, manakala tertuduh diwakili peguam Mohamad Zahid Ahmad, Fahmi Adilah dan Norman Mohd Nasir. 

Mohamad Zahid berkata saksi ke-11 berkenaan merupakan saksi kanak-kanak yang keterangannya tidak boleh didedahkan. 

“Saksi ini merupakan pengadu bagi kes pertama dan selepas prosiding hari ini akan terdapat dua lagi saksi dipanggil iaitu pengadu kedua serta pegawai penyiasat. Setakat ini, kes di tiga buah mahkamah berjalan lancar,” katanya dipetik Utusan Malaysia ketika ditemui pemberita selepas prosiding di Mahkamah Sesyen Seremban, hari ini. 

Hakim kemudiannya menetapkan 22 April hingga 26 April tahun hadapan bagi prosiding seterusnya.

Pada 12 Oktober 2022, PU Azman didakwa atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai tahun lalu. 

Berdasarkan pertuduhan, dia dituduh melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa remaja lelaki berusia 16 dan 17 tahun dengan cara melakukan perbuatan kelucahan melampau. 

Kesalahan itu dilakukan di tandas dan ruang tamu sebuah rumah di Taman Tiara Sendayan di Nilai, Seremban pada 6 Julai tahun lalu. 

Selain itu, dia turut berdepan tujuh lagi pertuduhan berhubung kesalahan jenayah seksual yang didakwa dilakukannya terhadap dua kanak-kanak dan seorang remaja di Mahkamah Shah Alam, Klang dan Ampang. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Kerajaan terbuka bangunkan tanah wakaf asalkan tepati hukum syarak

Kerajaan dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) bersifat terbuka dalam apa jua langkah bagi membangunkan tanah wakaf di Malaysia, asalkan ia memberi manfaat kepada seluruh masyarakat dan menepati hukum syarak termasuk memenuhi niat pewakaf.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.
  • Kerajaan dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) bersifat terbuka dalam apa jua langkah bagi membangunkan tanah wakaf di Malaysia, asalkan memberi manfaat kepada seluruh masyarakat dan menepati hukum syarak, termasuk memenuhi niat pewakaf.
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata selain itu, semua pembangunan tanah wakaf perlu mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang sedang berkuat kuasa seperti Kanun Tanah Negara.
  • Mohd Na’im menjawab soalan Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya yang ingin tahu langkah kerajaan mengawal selia pembangunan tanah wakaf dalam memacu ekonomi Islam serta statistik hasil wakaf harta dan wakaf tunai sepanjang 2022 hingga 2024.
  • Berdasarkan statistik, kutipan wakaf tunai meningkat daripada RM67.19 juta pada 2020 kepada RM106 juta pada 2022, menunjukkan pembangunan wakaf semakin mendapat perhatian umum, khususnya dalam aspek pembangunan hartanah wakaf dan pengenalan produk-produk wakaf.

KUALA LUMPUR — Kerajaan dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) bersifat terbuka dalam apa jua langkah bagi membangunkan tanah wakaf di Malaysia, asalkan ia memberi manfaat kepada seluruh masyarakat dan menepati hukum syarak termasuk memenuhi niat pewakaf.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata selain itu, semua pembangunan tanah wakaf perlu mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang sedang berkuat kuasa seperti Kanun Tanah Negara.

Katanya dalam urusan mengawal selia pembangunan tanah wakaf di Malaysia bagi memacu ekonomi Islam, kerajaan sentiasa menunjukkan komitmen menerusi penyediaan peruntukan pembangunan dalam setiap Rancangan Malaysia.

“Di samping itu, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) selaku agensi Persekutuan yang membantu MAIN dalam urusan pembangunan wakaf turut menyediakan garis panduan dan manual tadbir urus wakaf seperti Manual Pengurusan Model Perundangan Wakaf.

“Kerjasama dan kolaborasi strategik turut digalakkan antara sektor awam dan swasta. Agensi Persekutuan seperti JAWHAR dan YWM (Yayasan Waqaf Malaysia) giat melaksanakan libat urus bersama semua MAIN dengan penglibatan sektor korporat dan badan bukan Kerajaan (NGO),” katanya dalam jawapan bertulis Dewan Negara pada Isnin.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya yang ingin tahu langkah kerajaan untuk mengawal selia pembangunan tanah wakaf dalam memacu ekonomi Islam serta statistik hasil wakaf harta dan wakaf tunai sepanjang 2022 hingga 2024.

Mohd Na’im berkata berdasarkan statistik, kutipan wakaf tunai meningkat daripada RM67.19 juta pada 2020 kepada RM106 juta pada 2022, menunjukkan pembangunan wakaf semakin mendapat perhatian umum, khususnya dalam aspek pembangunan hartanah wakaf dan pengenalan produk-produk wakaf.

Bagi kutipan dana Wakaf Tunai Malaysia di bawah YWM pula, beliau berkata ia berjumlah RM12.8 juta sepanjang tempoh 2022 hingga Mei lepas dengan hasil sumbangan adalah daripada masyarakat dan pihak korporat, sama ada melalui potongan gaji atau secara sekali beri (one-off).

Selain itu, menurutnya, kerjasama agensi Persekutuan dan negeri dalam mengurus aset-aset wakaf seperti The Grand Puteri Hotel di Terengganu dan Puteri Bay Hotel Melaka turut berjaya menjanakan pendapatan kasar berjumlah RM22.8 juta, sepanjang tempoh 2022 hingga Mei lepas.

Bagi Wilayah Persekutuan pula, Mohd Na’im berkata sehingga Jun 2024, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menguruskan 89 lot (64.67 ekar) hartanah wakaf yang terdiri dari 64 lot hartanah wakaf khas dan 25 lot hartanah wakaf am.

“Dalam konteks pengurusan hartanah wakaf, MAIWP menguruskan 38 premis hartanah wakaf sedia ada terdiri daripada 23 rumah (bertanah), 1 buah rumah (bukan bertanah), tiga lot kedai dan sebuah bangunan komersial.

“Selain premis, MAIWP juga menguruskan 51 lot tanah terdiri dari 21 lot tanah kosong, 12 lot tapak masjid, sembilan lot tapak surau atau madrasah, lima tapak perkuburan dan empat tapak sekolah,” katanya menambah perancangan pembangunan juga sudah dibuat ke atas 21 lot tanah kosong termasuk di Setiawangsa dan Setapak. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending