Connect with us

Terkini

Jawatankuasa gubal undang-undang Islam tidak perlu lantikan bukan Islam – Pakar Perlembagaan

Tiada keperluan melantik ahli jawatankuasa atau pakar perlembagaan bukan Islam untuk membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dun (Dewan Undangan Negeri) Untuk Menggubal Undang-Undang Islam.

Hidayah Sani

Published

on

Jawatankuasa gubal undang-undang Islam tidak perlu lantikan bukan Islam – Pakar Perlembagaan
Foto: Ahli Parlimen Beruas dari DAP, Datuk Ngeh Koo Ham (kiri) & Pakar Perlembagaan, Profesor Madya Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz (kanan).
  • “Saya fikir jawatankuasa ini adalah khusus tentang perundangan syariah dan ia tidak memerlukan lantikan wakil daripada mereka yang tidak menganut agama Islam…ia bukan mengenepikan pandangan pihak (bukan Islam) tapi ini adalah untuk kepentingan, kefahaman perundangan syariah bawah perlembagaan itu mengikut pandangan orang Islam. 
  • “Saya fikir sekiranya kita meletakkan seorang ahli jawatankuasa yang tidak menganut agama Islam ni mungkin akan menimbulkan rasa tidak selesa dalam umat Islam itu sendiri atau jawatankuasa yang terdiri daripada orang Islam itu bagi kepentingan Islam,” kata Pakar Perlembagaan, Profesor Madya Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.
  • Shamrahayu berkata semua pihak termasuk kelompok bukan Islam tidak seharusnya bimbang dengan perkara itu kerana beliau percaya jawatankuasa berkenaan akan melaksanakan tugas mengikut prinsip kedaulatan undang-undang dan ketertinggian perlembagaan. 
  • Beliau mengulas saranan Ahli Parlimen Beruas dari DAP, Datuk Ngeh Koo Ham yang menginginkan Kerajaan Madani melantik pakar perlembagaan bukan Islam bagi membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dun Untuk Menggubal Undang-Undang Islam.

KUALA LUMPUR — Tiada keperluan melantik ahli jawatankuasa atau pakar perlembagaan bukan Islam untuk membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dun (Dewan Undangan Negeri) Untuk Menggubal Undang-Undang Islam.

Pakar Perlembagaan, Profesor Madya Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata ini kerana sebarang perkara berkaitan perundangan syariah lebih baik hanya melibatkan orang Islam untuk memutuskannya.

Katanya, kepentingan undang-undang syariah ataupun penaksiran perlembagaan untuk syariah itu boleh dihayati individu Islam yang berkepakaran dalam bidang perundangan atau perlembagaan itu. 

“Saya fikir jawatankuasa ini adalah khusus tentang perundangan syariah dan ia tidak memerlukan lantikan wakil daripada mereka yang tidak menganut agama Islam… ia bukan mengenepikan pandangan pihak (bukan Islam) tapi ini adalah untuk kepentingan, kefahaman perundangan syariah bawah perlembagaan itu mengikut pandangan orang Islam. 

“…Pokoknya ialah saya nak rumuskan dalam urusan hal ehwal Islam, eloklah untuk diselesaikan oleh orang Islam atau kelompok orang Islam itu sendiri. 

“Saya fikir sekiranya kita meletakkan seorang ahli jawatankuasa yang tidak menganut agama Islam ni mungkin akan menimbulkan rasa tidak selesa dalam umat Islam itu sendiri atau jawatankuasa yang terdiri daripada orang Islam itu bagi kepentingan Islam,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau mengulas saranan Ahli Parlimen Beruas dari DAP, Datuk Ngeh Koo Ham yang menginginkan Kerajaan Madani melantik pakar perlembagaan bukan Islam bagi membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dun Untuk Menggubal Undang-Undang Islam.

Ahli Parlimen DAP itu berkata dalam mengharmonikan undang-undang syariah dengan Perlembagaan, adalah penting pandangan orang bukan Islam diambil kira supaya hak dan perlindungan yang diberikan Perlembagaan kepada orang bukan Islam serta asas negara ini tidak terjejas.

Mengulas lanjut, Shamrahayu berkata semua pihak, termasuk kelompok bukan Islam, tidak seharusnya bimbang dengan perkara itu kerana beliau percaya jawatankuasa berkenaan akan melaksanakan tugas mengikut prinsip kedaulatan undang-undang dan ketertinggian perlembagaan. 

“Kebimbangan ataupun rasa curiga dalam kalangan mereka yang tidak dilantik dalam jawatankuasa yang disebut secara nyata Yang Berhormat (Datuk Ngeh Koo Ham) iaitu pakar-pakar yang tidak menganut agama Islam untuk menyertai ini pada saya itu bukanlah satu keperluan.

“Dan seterusnya rasa curiga undang-undang syariah ini perlulah dihapuskan, kerana kalau hasil jawatankuasa ini mahu dijadikan undang-undang, maka setiap undang-undang itu adalah hak milik awam dan hakim ataupun nanti pihak-pihak yang mengatakan mereka mempunyai kepakaran dan berkepentingan dalam isu ini, mereka masih lagi boleh memberikan pandangan,” katanya.

Shamrahayu berharap semua pihak dapat menghormati keputusan menteri agama kerana beliau pastinya sedar tentang keperluan atau kepentingan bagi umat Islam membincangkan perkara itu melalui jawatankuasa yang hanya dianggotai kelompok beragama Islam. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) NATO perlu elak “double-standard” dalam isu Gaza, Ukraine – PM Sepanyol

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Sanchez berkata perkara itu penting untuk menyampaikan kepada semua pihak bahawa apa dipertahankan NATO bukan hanya undang-undang antarabangsa, tetapi pendirian yang konsisten.

Beliau juga menggesa gencatan senjata kekal dilakukan di Gaza supaya “malapetaka kemanusiaan” yang disaksikan di wilayah Palestin itu dapat dihentikan.

“Ia sangat penting untuk rakyat kita fahami bahawa apa yang kita pertahankan di Gaza dan di Ukraine bukan sahaja (berkenaan) undang-undang antarabangsa, tetapi kita (sendiri) ada kedudukan yang konsisten.

“Kedudukan konsisten politik jelas bahawa kita tidak mengamalkan dwistandard. 

“Jadi jika kita memberitahu rakyat kita bahawa kita menyokong Ukraine kerana kita mempertahankan undang-undang antarabangsa, ia sama dengan apa yang kita perlu lakukan terhadap Gaza,” kata Sanchez dalam klip video disiarkan Al Jazeera ketika berucap di Sidang Kemuncak NATO di Washington, Amerika Syarikat, semalam.

Media melaporkan Ketua NATO, Jens Stoltenberg dalam ucapan akhirnya di sidang sama langsung tidak menyebut mengenai serangan rejim Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Insiden itu berlaku ketika beberapa pemimpin memberi amaran bahawa berdiam diri mengenai situasi di Gaza boleh menjejaskan komitmen perikatan ketenteraan itu terhadap hak asasi manusia. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending