Connect with us

Terkini

Jangan benarkan kapal Israel berlabuh di Pelabuhan Klang – BDS Malaysia

Gerakan Boikot, Pelupusan dan Sekatan (BDS) Malaysia menggesa Kerajaan Madani menghalang kapal Israel daripada berlabuh di Pelabuhan Klang.

Wartawan TMT

Published

on

Jangan benarkan kapal Israel berlabuh di Pelabuhan Klang – BDS Malaysia
Foto: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
  • Gerakan Boikot, Pelupusan dan Sekatan (BDS) Malaysia menggesa Kerajaan Madani menghalang kapal Israel daripada berlabuh di Pelabuhan Klang.
  • Menurut BDS, kapal dimiliki syarikat perkapalan Israel, Zim Shipping itu dijadualkan berlabuh di Westport, Pelabuhan Klang pada 26 Disember ini.
  • Kebenaran berlabuh itu diberikan Kementerian Pengangkutan.
  • “Kami menggesa Menteri Pengangkutan untuk segera mengarahkan Pihak Berkuasa Pelabuhan Klang untuk tidak membenarkan kapal itu berlabuh.
  • “Kegagalan untuk berbuat demikian akan menunjukkan bahawa Kerajaan Malaysia tidak serius dalam menghentikan kekejaman dilakukan rejim zionis terhadap rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat,” kata BDS dalam hantaran di Instagram pada Selasa.

KUALA LUMPUR – Gerakan Boikot, Pelupusan dan Sekatan (BDS) Malaysia menggesa Kerajaan Madani menghalang kapal Israel daripada berlabuh di Pelabuhan Klang.

Menurut BDS Malaysia, kapal dimiliki syarikat perkapalan Israel, Zim Shipping itu dijadualkan berlabuh di Westport, Pelabuhan Klang pada 26 Disember ini.

Kebenaran berlabuh itu diberikan Kementerian Pengangkutan.

“Kami menggesa Menteri Pengangkutan untuk segera mengarahkan Pihak Berkuasa Pelabuhan Klang untuk tidak membenarkan kapal itu berlabuh.

“Kegagalan untuk berbuat demikian akan menunjukkan bahawa Kerajaan Malaysia tidak serius dalam menghentikan kekejaman dilakukan rejim zionis terhadap rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat,” kata BDS Malaysia dalam hantaran di Instagram pada Selasa.

Difahamkan, kapal milik syarikat Israel itu diberi kebenaran berlabuh oleh Kementerian Pengangkutan dengan alasan ia didaftarkan di negara lain.

“Bagaimanapun, memandangkan ia dimiliki syarikat Israel, sepatutnya ia tidak dibenarkan berlabuh kerana dasar Malaysia yang tidak seharusnya mempunyai hubungan dagang dengan Israel,” kata BDS Malaysia, turut membuat petisyen berhubung halangan kapal Israel berlabuh di Malaysia itu.

BDS Malaysia berkata gesaan menolak itu adalah selaras dengan dasar Malaysia yang tidak mempunyai hubungan perdagangan dengan negara haram berkenaan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Israel bom depot senjata berdekatan pangkalan udara Russia di Syria

Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
  • Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria. 
  • Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
  • Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.

Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.

Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria. 

Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.

Pertahanan udara Russia dan Syria dilaporkan memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit.

Terdapat dakwaan bahawa pertahanan udara memintas peluru berpandu di luar pantai Jableh, sebuah bandar di barat laut Syria, dengan anggaran 30 peluru berpandu dilancarkan.

Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.

Laporan tempatan lain mencadangkan sebuah pesawat Iran di lapangan terbang mungkin turut menjadi sasaran.

Israel yang sering menjalankan operasi terhadap sasaran berkaitan dengan Iran di Syria belum memberikan sebarang komen mengenai insiden letupan itu. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending