Connect with us

Terkini

Isu kuasai bahasa Melayu: LFL gagal fahami perlembagaan secara keseluruhan – Pakar Perlembagaan

Pengarah Lawyers for Liberty (LFL) disifatkan gagal memahami perlembagaan secara keseluruhan apabila beliau membidas kenyataan Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berhubung isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pakar Perlembagaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Madya Dr Muhammad Fathi Yusof (kiri) & Pengarah Lawyers for Liberty (LFL), Zaid Malek (tengah) & Pakar Perlembagaan, Datuk Prof Madya Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain (kanan).
  • Pengarah Lawyers for Liberty (LFL) disifatkan gagal memahami perlembagaan secara keseluruhan apabila beliau membidas kenyataan Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berhubung isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
  • Pakar Perlembagaan, Datuk Prof Madya Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata tidak sepatutnya seorang pengamal undang-undang mengeluarkan kenyataan sedemikian, sebaliknya beliau seharusnya menyokong tindakan pegawai imigresen dan kenyataan penuh Menteri KDN itu.
  • “Menteri tak terkeliru… Menteri memahami perlembagaan dengan amat baik sekali tetapi bagi pandangan saya peguam itu (Zaid Malek) yang terkeliru. Dia tidak memahami perlembagaan secara entirety. Dia gagal memahami perlembagaan secara entirety,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini semalam.
  • Pakar Perlembagaan UTM, Profesor Madya Dr Muhammad Fathi Yusof berkata insiden dikemukakan Menteri KDN itu merupakan realiti sebahagian rakyat Malaysia yang bukan sekadar tidak mampu berbahasa Melayu, malah gagal memahaminya ketika berkomunikasi.
  • Muhammad Fathi berkata situasi itu amat malang dan ibarat api dalam sekam yang boleh menimbulkan bahaya dalam konteks integrasi kaum dan perpaduan antara negara ini kerana bahasa merupakan satu faktor penting untuk menyatukan rakyat.
  • Kelmarin, LFL dilaporkan membidas Saifuddin kerana mempertahankan seorang pengawai imigresen mempersoalkan individu yang didapati tidak fasih berbahasa Melayu semasa mahu memperbaharui pasportnya di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Johor, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR —- Pengarah Lawyers for Liberty (LFL) disifatkan gagal memahami perlembagaan secara keseluruhan apabila beliau membidas kenyataan Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berhubung isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

Pakar Perlembagaan, Datuk Prof Madya Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata tidak sepatutnya seorang pengamal undang-undang mengeluarkan kenyataan sedemikian, sebaliknya beliau seharusnya menyokong tindakan pegawai imigresen dan kenyataan penuh Menteri KDN itu.

Wan Ahmad Fauzi berkata kenyataan menteri itu perlu disokong dan dijadikan iktibar kepada semua warganegara Malaysia serta hendaklah mereka menumpahkan taat setia kepada negara ini, termasuk berkebolehan berbahasa Melayu tanpa berkecuali.

“Menteri tak terkeliru… Menteri memahami perlembagaan dengan amat baik sekali tetapi bagi pandangan saya peguam itu (Zaid Malek) yang terkeliru. Dia tidak memahami perlembagaan secara entirety. Dia gagal memahami perlembagaan secara entirety,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini semalam. 

Wan Ahmad Fauzi berkata satu perkara menjelikkan dan tidak wajar apabila pemegang pasport Malaysia yang sememangnya warganegara, namun tidak boleh berbahasa Melayu yang merupakan identiti bangsa Malaysia.

Katanya, kelompok memahami undang-undang juga tidak sepatutnya menyokong sebarang tindakan atau kegagalan menghormati jati diri dan identiti bangsa Malaysia.

“Saya menyokonglah tindakan kerajaan, kalau boleh warganegara yang mohon pasport ke luar negara yang tak boleh bahasa Melayu memang wajar tidak diberikan pasport.

“Itu satu cara untuk menggalakkan mereka ini berbahasa Melayu dan beri motivasi dan jika sekiranya tindakan menghalang itu boleh dicabar undang-undang kerana tidak ada peraturan membenarkan, kerajaan perlu juga wujud satu polisi. 

“Masukkan sebagai polisi untuk menjelaskan lagi semangat perlembagaan untuk diberikan pasport ke luar negara sebab warganegara tu pertamanya dia mesti boleh berbahasa Melayu itu sendiri. 

“Barulah boleh pergi ke luar negara. Kalau tak better dia mengasahkan diri dia tu, biar ada identiti negara bangsa kita,” kata Wan Ahmad Fauzi.

Kelmarin, LFL dilaporkan membidas Saifuddin kerana mempertahankan seorang pengawai imigresen mempersoalkan individu yang didapati tidak fasih berbahasa Melayu semasa mahu memperbaharui pasportnya di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Johor, baru-baru ini.

Pengarahnya Zaid Malek berkata tiada keperluan bagi warganegara Malaysia yang secara rutin memohon pasport untuk menunjukkan kefasihan dalam berbahasa Melayu.

Beliau juga mendakwa Saifuddin terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.

Saifuddin pada 4 Disember lalu dilaporkan berkata, tindakan diambil pegawai berkenaan disebabkan kemungkinan wujud syak wasangka terhadap status kewarganegaraan individu terbabit.

Turut mengulas kenyataan Zaid, Pakar Perlembagaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Madya Dr Muhammad Fathi Yusof berkata insiden dikemukakan Menteri KDN itu merupakan realiti sebahagian rakyat Malaysia yang bukan sekadar tidak mampu berbahasa Melayu, malah gagal memahaminya ketika berkomunikasi.

Muhammad Fathi berkata situasi itu amat malang dan ibarat api dalam sekam yang boleh menimbulkan bahaya dalam konteks integrasi kaum dan perpaduan antara negara ini kerana bahasa merupakan satu faktor penting untuk menyatukan rakyat.

“Beliau (Zaid) sepatutnya melihat dari perspektif yang besar iaitu kepentingan bahasa bagi warganegara Malaysia sebagai faktor penyatu dan juga elemen yang menjadi identiti kepada negara. 

“…Masalah yang kita hadapi ialah warganegara yang tidak mempunyai kemampuan untuk menguasai bahasa Kebangsaan dan saya merasakan ini masalah kritikal yang perlu diberikan perhatian walaupun mungkin aspek kaedah digunakan pegawai imigresen berkenaan boleh dipertikaikan tetapi ia tidak menafikan tentang kepentingan bahasa Malaysia itu untuk dikuasai setiap warganegara,” katanya. 

Semalam, Saifuddin menasihati LFL supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia tidak pernah menolak permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Peneroka haram Israel bersenjata rampas biri-biri keluarga Palestin

Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
  • Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
  • Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
  • Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
  • Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur. 
  • Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.

Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.

Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.

Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.

Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.

Pihak berkuasa Israel dikatakan bersikap lembut dengan peneroka haram sebagai sebahagian usaha rasmi rejim untuk mempergiatkan aktiviti penempatan haram di wilayah Palestin yang diduduki.

Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur. 

Penempatan Israel dianggap haram di bawah undang-undang antarabangsa.

Ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat di tengah-tengah serangan Israel di Gaza yang telah membunuh hampir 41,300 warga Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak serangan rentas sempadan kumpulan Palestin Hamas pada 7 Oktober tahun lalu.

Sekurang-kurangnya 710 rakyat Palestin terbunuh dan hampir 5,700 lagi cedera akibat serangan tentera Israel di Tebing Barat sejak tempoh sama, demikian menurut Kementerian Kesihatan.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending