Connect with us

Antarabangsa

Israel akui sukar tewaskan Hamas

Menewaskan kumpulan pejuang Palestin, Hamas kekal elusif (samar), kata bekas Ketua Bahagian Perisikan Tentera Israel, Tamir Hayman.

Wartawan TMT

Published

on

Menewaskan Hamas kekal ‘elusif’ – Bekas Ketua Perisikan Tentera Israel
Foto: Bekas Ketua Bahagian Perisikan Tentera Israel, Tamir Hayman (kiri).
  • Menewaskan kumpulan pejuang Palestin, Hamas kekal elusif (samar), kata bekas Ketua Bahagian Perisikan Tentera Israel, Tamir Hayman.
  • Dalam siaran analisis Saluran 12 Israel semalam, Tamir mengakui masih banyak perlu dilakukan tentera rejim zionis di utara wilayah konflik itu.
  • “Kita mesti membeli masa kerana kita tidak mempunyai pilihan lain, (langkah) pencegahan serta keselamatan kita di Timur Tengah akan menjamin kemenangan besar. Kesimpulannya buat masa ini adalah kita masih jauh dari (aspirasi) itu,” katanya dipetik agensi berita Anadolu.
  • Tamir percaya menghapuskan Hamas adalah cabaran yang memerlukan 60 peratus keupayaan ketenteraan kumpulan pejuang Palestin itu dimusnahkan.

KUALA LUMPUR – Menewaskan kumpulan pejuang Palestin, Hamas kekal elusif (samar), kata bekas Ketua Bahagian Perisikan Tentera Israel, Tamir Hayman.

Dalam siaran analisis Saluran 12 Israel semalam, Tamir mengakui masih banyak perlu dilakukan tentera rejim zionis di utara wilayah konflik itu.

“Kita mesti membeli masa kerana kita tidak mempunyai pilihan lain, (langkah) pencegahan serta keselamatan kita di Timur Tengah akan menjamin kemenangan besar.

“Kesimpulannya buat masa ini adalah kita masih jauh dari (aspirasi) itu,” katanya dipetik agensi berita Anadolu.

Tamir percaya menghapuskan Hamas adalah cabaran memerlukan 60 peratus keupayaan ketenteraan kumpulan pejuang Palestin itu dimusnahkan.

Beliau berpendapat pertempuran di selatan Gaza “lebih rumit” memandangkan kawasan itu mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.

“Selepas bertambahnya sekitar sejuta orang yang berpindah dari utara Gaza ke selatan (wilayah itu) dengan kira-kira dua juta penduduk kini mendiami kawasan sekitar 200 kilometer persegi (kira-kira 78 batu persegi),” katanya.

Al Jazeera melaporkan sekurang-kurangnya 16,248 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 42,000 cedera sejak rejim zionis Israel melancarkan kempen ketenteraan besar-besaran di Gaza ekoran serangan rentas sempadan Hamas pada 7 Oktober lalu.

Di pihak negara haram Israel, 1,200 orang dilaporkan terkorban, demikian menurut angka rasmi. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Peneroka haram Israel bersenjata rampas biri-biri keluarga Palestin

Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
  • Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
  • Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
  • Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
  • Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur. 
  • Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.

Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.

Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.

Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.

Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.

Pihak berkuasa Israel dikatakan bersikap lembut dengan peneroka haram sebagai sebahagian usaha rasmi rejim untuk mempergiatkan aktiviti penempatan haram di wilayah Palestin yang diduduki.

Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur. 

Penempatan Israel dianggap haram di bawah undang-undang antarabangsa.

Ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat di tengah-tengah serangan Israel di Gaza yang telah membunuh hampir 41,300 warga Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak serangan rentas sempadan kumpulan Palestin Hamas pada 7 Oktober tahun lalu.

Sekurang-kurangnya 710 rakyat Palestin terbunuh dan hampir 5,700 lagi cedera akibat serangan tentera Israel di Tebing Barat sejak tempoh sama, demikian menurut Kementerian Kesihatan.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending