Connect with us

Antarabangsa

Ismail Haniyeh ke Mesir bincang gencatan senjata

Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh akan ke Mesir pada Rabu bagi membincangkan mengenai gencatan senjata dan pertukaran tebusan dengan rejim penjajah Israel berhubung perang di Gaza.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Ismail Haniyeh ke Mesir bincang gencatan senjata
Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kiri) & Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh (kanan).
  • Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh akan ke Mesir pada Rabu bagi membincangkan mengenai gencatan senjata dan pertukaran tebusan dengan rejim penjajah Israel berhubung perang di Gaza.
  • Haniyeh, yang berpangkalan di Qatar, dijadualkan bertemu dengan Ketua Perisikan Mesir, Abbas Kamel dan beberapa individu lain.
  • Sumber terdekat dengan Hamas pada Selasa memberitahu AFP bahawa perbincangan di Mesir itu akan turut menyentuh perkara lain, termasuk pengunduran tentera Israel di Gaza dan usaha menyalurkan bantuan kemanusiaan.

Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh akan ke Mesir pada Rabu bagi membincangkan mengenai gencatan senjata dan pertukaran tebusan dengan rejim penjajah Israel berhubung perang di Gaza.

Haniyeh, yang berpangkalan di Qatar, dijadualkan bertemu dengan Ketua Perisikan Mesir, Abbas Kamel dan beberapa individu lain.

Sumber terdekat dengan Hamas pada Selasa memberitahu AFP bahawa perbincangan di Mesir itu akan turut menyentuh perkara lain, termasuk pengunduran tentera Israel di Gaza dan usaha menyalurkan bantuan kemanusiaan.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada Selasa dilaporkan menghantar Ketua Perisikan Mossad, David Barnea ke Eropah bagi rundingan pembebasan tebusan mereka daripada Hamas.

Pada hari sama, Hamas memuat naik satu video memaparkan dua individu dipercayai tawanan Israel di bawah jagaan mereka.

Menerusi video itu, kedua-dua individu berkenaan merayu supaya Israel berusaha membebaskan mereka. – Agensi

Sumber: The Arab News

Author