Connect with us

Antarabangsa

ICC pergiatkan siasatan jenayah perang Israel-Palestin

Ketua Pendakwa Raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), Karim Khan berikrar untuk meningkatkan penyiasatan berkenaan dakwaan jenayah perang Palestin-Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Pendakwa Raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), Karim Khan.
  • Ketua Pendakwa Raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), Karim Khan berikrar untuk meningkatkan penyiasatan berkenaan dakwaan jenayah perang Palestin-Israel.
  • Perkara itu dimaklumkan semalam dalam pengakhiran lawatannya ke Israel dan wilayah konflik Palestin.
  • Karim Khan menegaskan lawatannya bukan “bersifat penyiasatan”, tetapi beliau berkesempatan untuk bercakap kepada mangsa di kedua-dua belah pihak.
  • “Tuduhan jenayah yang kukuh dalam konflik ketika ini, sepatutnya memerlukan pemeriksaan dan siasatan bebas yang tepat pada masanya,” katanya.
  • Difahamkan, kumpulan penyiasatan ICC pada ketika ini belum dapat memasuki Gaza atau melakukan penyiasatan di Israel yang mana rejim haram itu bukan dari kalangan negara ahlinya.

Ketua Pendakwa Raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), Karim Khan berikrar untuk meningkatkan penyiasatan berkenaan dakwaan jenayah perang Palestin-Israel.

Perkara itu dimaklumkan semalam dalam pengakhiran lawatannya ke Israel dan wilayah konflik Palestin.

Karim Khan menegaskan lawatannya bukan “bersifat penyiasatan”, tetapi beliau berkesempatan untuk bercakap kepada mangsa di kedua-dua belah pihak.

“Jabatan saya akan mempergiatkan usaha-usaha untuk mempercepatkan penyiasatan berkenaan situasi ini.

“Tuduhan jenayah yang kukuh dalam konflik ketika ini, sepatutnya memerlukan pemeriksaan dan siasatan bebas yang tepat pada masanya,” katanya dipetik South China Morning Post.

Bermula pada 2002, ICC merupakan mahkamah bebas dunia ditubuhkan untuk menyiasat kesalahan-kesalahan berat melibatkan pembunuhan beramai-ramai, jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan.

Difahamkan, kumpulan penyiasatan ICC pada ketika ini belum dapat memasuki Gaza atau melakukan penyiasatan di Israel yang mana rejim haram itu bukan dari kalangan negara ahlinya.

Setakat ini, lebih 15,200 maut di wilayah terkepung Gaza sepanjang lebih lapan minggu pertempuran dan pengeboman dahsyat tentera rejim pengganas Israel ke atas wilayah konflik itu.

Sumber: South China Morning Post

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending