Antarabangsa
Houthi serang kapal Israel, AS tubuh misi multinasional jaga keselamatan Laut Merah
Selepas Houthi di Yaman menyerang kapal-kapal Israel, Amerika Syarikat (AS) semalam mengumumkan penubuhan misi multinasional untuk menentang serangan kumpulan itu ke atas kapal-kapal dagang di Laut Merah.
- Selepas Houthi di Yaman menyerang kapal-kapal Israel, Amerika Syarikat (AS) semalam mengumumkan penubuhan misi multinasional untuk menentang serangan kumpulan itu ke atas kapal-kapal dagang di Laut Merah.
- Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin dalam kenyataan berkata, serangan Houthi membahayakan kelancaran perdagangan, membawa risiko kepada pelaut dan melanggar undang-undang antarabangsa.
- “Ini adalah cabaran antarabangsa yang memerlukan tindakan kolektif. Oleh itu, hari ini saya mengumumkan penubuhan Operasi Prosperity Guardian, satu inisiatif keselamatan serantau di bawah Pasukan Maritim Gabungan dan kepemimpinan Pasukan Petugas 153 yang menumpukan kepada keselamatan di Laut Merah,” kata Austin dipetik agensi berita Anadolu pada Selasa.
- Misi itu menghimpunkan 10 negara, termasuk UK, Bahrain, Kanada, Perancis, Itali, Belanda, Norway, Seychelles dan Sepanyol.
- Houthi sebelum ini melancarkan serangan peluru berpandu dan pesawat tanpa pemandu (UAV) ke atas kapal dagang Israel sebagai protes serangan rejim zionis ke atas Gaza, Palestin, sejak 7 Oktober lalu.
KUALA LUMPUR – Selepas Houthi di Yaman menyerang kapal-kapal Israel, Amerika Syarikat (AS) semalam mengumumkan penubuhan misi multinasional untuk menentang serangan kumpulan itu ke atas kapal-kapal dagang di Laut Merah.
Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin dalam kenyataan berkata, serangan kumpulan Houthi membahayakan kelancaran perdagangan, membawa risiko kepada pelaut dan melanggar undang-undang antarabangsa.
“Ini adalah cabaran antarabangsa yang memerlukan tindakan kolektif. Oleh itu, hari ini saya mengumumkan penubuhan Operasi Prosperity Guardian, satu inisiatif keselamatan serantau di bawah Pasukan Maritim Gabungan dan kepemimpinan Pasukan Petugas 153 yang menumpukan kepada keselamatan di Laut Merah,” kata Austin dipetik agensi berita Anadolu pada Selasa.
Misi multinasional itu menghimpunkan 10 negara, termasuk UK, Bahrain, Kanada, Perancis, Itali, Belanda, Norway, Seychelles dan Sepanyol.
Laut Merah merupakan laluan maritim penting yang menjadi asas kepada kebebasan pelayaran dan laluan perdagangan antarabangsa utama.
Houthi sebelum ini melancarkan serangan peluru berpandu dan pesawat tanpa pemandu (UAV) ke atas kapal dagang Israel sebagai protes serangan rejim zionis ke atas Gaza, Palestin, sejak 7 Oktober lalu.
Media antarabangsa melaporkan lebih 1.8 juta warga Palestin di Gaza dilaporkan hilang tempat tinggal dan lebih 19,700 penduduk di wilayah konflik itu, majoritinya kanak-kanak dan wanita, dibunuh rejim zionis Israel dalam serangan udara dan darat. – The Merdeka Times
Antarabangsa
Peneroka haram Israel bersenjata rampas biri-biri keluarga Palestin
Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
- Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
- Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
- Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
- Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
- Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur.
- Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.
Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
Pihak berkuasa Israel dikatakan bersikap lembut dengan peneroka haram sebagai sebahagian usaha rasmi rejim untuk mempergiatkan aktiviti penempatan haram di wilayah Palestin yang diduduki.
Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur.
Penempatan Israel dianggap haram di bawah undang-undang antarabangsa.
Ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat di tengah-tengah serangan Israel di Gaza yang telah membunuh hampir 41,300 warga Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak serangan rentas sempadan kumpulan Palestin Hamas pada 7 Oktober tahun lalu.
Sekurang-kurangnya 710 rakyat Palestin terbunuh dan hampir 5,700 lagi cedera akibat serangan tentera Israel di Tebing Barat sejak tempoh sama, demikian menurut Kementerian Kesihatan.
Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur. – The Merdeka Times
-
Terkini2 days ago
Individu promosi Bahasa Melayu patut disokong, bukannya diambil tindakan – Peguam
-
Antarabangsa3 days ago
Israel rekrut pelarian Afrika, janji status penempatan tetap
-
Terkini2 days ago
Aurad Muhammadiah wirid Al-Arqam difatwakan sesat, status pernikahan perlu disahkan pejabat agama – Mufti WP
-
Antarabangsa1 day ago
Syarikat penerbangan gantung penerbangan ke Israel