Antarabangsa
Houthi rekrut puluhan ribu rakyat Yaman berperang dengan Israel
Kumpulan Houthi merekrut puluhan ribu rakyat Yaman yang mahu berperang dengan rejim penjajah zionis Israel di Gaza.
- Kumpulan Houthi merekrut puluhan ribu rakyat Yaman yang mahu berperang dengan rejim penjajah zionis Israel di Gaza.
- Bagaimanapun, perkara itu mendatangkan kekhuatiran kepada pihak tertentu yang bimbang rekrut baharu itu akan diguna untuk menentang lawan Houthi di Yaman.
- Menurut pihak berkuasa kerajaan Yaman, berdasarkan pemerhatian pakar tentera dan politik, kumpulan Houthi dilihat memanfaatkan kemarahan masyarakat di negara itu terhadap serangan rejim Israel ke atas Gaza, untuk merekrut ahli.
- Terdahulu, kumpulan berkenaan telah menyerang kapal Israel dan Amerika Syarikat di Laut Merah.
- Susulan itu, beberapa syarikat perkapalan memutuskan untuk tidak menggunakan laluan berkenaan bagi tujuan perdagangan sekali gus memberikan kesan langsung kepada negara haram Israel.
Kumpulan Houthi merekrut puluhan ribu rakyat Yaman yang mahu berperang dengan rejim penjajah zionis Israel di Gaza.
Bagaimanapun, perkara itu mendatangkan kekhuatiran kepada pihak tertentu yang bimbang rekrut baharu itu akan digunakan untuk menentang lawan Houthi di Yaman.
Menurut pihak berkuasa kerajaan Yaman, berdasarkan pemerhatian pakar tentera dan politik, kumpulan Houthi dilihat memanfaatkan kemarahan masyarakat di negara itu terhadap serangan rejim Israel ke atas Gaza, untuk merekrut ahli.
“Ini adalah satu pembohongan Houthi. Mereka tidak mempunyai sumber ketenteraan, geografi dan sumber politik untuk menghantar sesiapa saja ke Gaza,” kata Penganalisis Tentera, Brig Jeneral Mohammed Al-Kumaim kepada Arab News pada Rabu.
Houthi menggalakkan penduduk di bawah wilayah pentadbirannya di utara Yaman untuk menyertai latihan ketenteraan bagi membantu Palestin menentang rejim penjajah Israel.
Pada Ahad, Houthi mengadakan perarakan ketenteraan bagi 20,000 rekrut baharunya di daerah Abes di wilayah utara Hajja, di mana puluhan ribu berpakaian tradisi negara itu mengangkat senjata dan mengibarkan bendera Yaman dan Palestin serta melaungkan slogan anti-Israel dan anti-Amerika.
Terdahulu, kumpulan berkenaan telah menyerang kapal Israel dan Amerika Syarikat di Laut Merah.
Susulan itu, beberapa syarikat perkapalan memutuskan untuk tidak menggunakan laluan berkenaan bagi tujuan perdagangan sekali gus memberikan kesan langsung kepada negara haram Israel.
Laut Merah bersambung dengan Terusan Suez di Mesir yang merupakan laluan utama bagi perdagangan antarabangsa. – The Merdeka Times
Antarabangsa
Pepijat ciri ‘Mirroring Apple’ berisiko dedah data pengguna iPhone
Amaran dikeluarkan kepada pengguna iPhone selepas pakar keselamatan siber menemui pepijat dalam ciri Mirroring Apple yang menyebabkan data mereka terdedah.
- Amaran dikeluarkan kepada pengguna iPhone selepas pakar keselamatan siber menemui pepijat dalam ciri ‘Mirroring Apple’ yang menyebabkan data mereka terdedah.
- Firma perisian keselamatan Sevco mendapati kelemahan itu apabila ia digunakan pada Mac keluaran kerja (work-issued Mac), berkongsi data telefon pintar dengan sistem IT syarikat.
- Mereka mengesahkan aplikasi pekerja telah disimpan pada rangkaian korporat yang diakses majikan.
- “Pepijat Apple ini adalah risiko privasi utama kerana ia boleh mendedahkan aspek kehidupan peribadi yang mereka (pengguna) tidak mahu berkongsi atau yang boleh menyebabkan mereka berisiko,” kata Sevco dalam satu kenyataan dipetik Daily Mail pada Selasa.
- Risiko itu termasuk mendedahkan aplikasi VPN (Rangkaian Peribadi Maya) di negara yang mengehadkan akses kepada Internet, aplikasi temu janji yang mendedahkan orientasi seksual mereka dalam bidang kuasa dengan perlindungan terhad atau akibat undang-undang atau aplikasi berkaitan dengan keadaan kesihatan yang mereka (pekerja) tidak mahu kongsikan.
Amaran dikeluarkan kepada pengguna iPhone selepas pakar keselamatan siber menemui pepijat dalam ciri Mirroring Apple yang menyebabkan data mereka terdedah.
Firma perisian keselamatan Sevco mendapati kelemahan itu apabila ia digunakan pada Mac keluaran kerja (work-issued Mac), berkongsi data telefon pintar dengan sistem IT syarikat.
Mereka mengesahkan aplikasi pekerja telah disimpan pada rangkaian korporat yang diakses majikan.
Pasukan keselamatan telah menggesa pengguna iPhone untuk berhenti menggunakan ciri pada komputer kerja dan syarikat untuk mengenal pasti mana-mana sistem IT perusahaan yang mengumpulkan inventori perisian daripada Mac sehingga Apple mengeluarkan “patch” baharu.
“Pepijat Apple ini adalah risiko privasi utama kerana ia boleh mendedahkan aspek kehidupan peribadi yang mereka (pengguna) tidak mahu berkongsi atau yang boleh menyebabkan mereka berisiko,” kata Sevco dalam satu kenyataan dipetik Daily Mail pada Selasa.
Risiko itu termasuk mendedahkan aplikasi VPN (Rangkaian Peribadi Maya) di negara yang mengehadkan akses kepada Internet, aplikasi temu janji yang mendedahkan orientasi seksual mereka dalam bidang kuasa dengan perlindungan terhad atau akibat undang-undang atau aplikasi berkaitan dengan keadaan kesihatan yang mereka (pekerja) tidak mahu kongsikan.
Apple pada 30 September lalu melaporkan ia telah mengeluarkan semula isu itu dan memberitahu Sevco pada 3 Oktober lalu bahawa ia akan menanganinya dalam kemas kini akan datang tidak lama lagi. – The Merdeka Times
-
Terkini22 hours ago
(VIDEO) Serbuan, rampasan jam tangan LGBT “keterlaluan” – Anwar
-
Terkini2 days ago
Suami wajib beri nafkah ikut kemampuan
-
Terkini1 day ago
Anwar kata serbuan jam tangan berunsur LGBT keterlaluan, Fadhli sedia tarik balik pujian
-
Antarabangsa20 hours ago
Lelaki Muslim terbunuh, 17 cedera insiden berkaitan festival keagamaan Hindu