Connect with us

Antarabangsa

Hospital medan UAE di Gaza mula beroperasi

Hospital medan bersepadu Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Gaza mula menyediakan perkhidmatan rawatan kepada penduduk Semenanjung Gaza pada Sabtu, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).

Wartawan TMT

Published

on

Hospital medan UAE di Gaza mula beroperasi
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Hospital medan bersepadu Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Gaza mula menyediakan perkhidmatan rawatan kepada penduduk Semenanjung Gaza pada Sabtu, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
  • Kemudahan itu sebahagian usaha UAE di bawah misi kemanusiaan ‘Gallant Knight’ 3′ bertujuan meringankan penderitaan rakyat Palestin selain menyokong sistem penjagaan kesihatan di Semenanjung Gaza.
  • Hospital itu dilengkapi 150 katil, bilik pembedahan untuk pelbagai jenis pembedahan seperti pembedahan am, pediatrik serta vaskular dan dikendalikan oleh pasukan perubatan UAE.
  • Kakitangan perubatan bertugas, termasuk tenaga terlatih dan berkelayakan dalam pelbagai bidang perubatan selain daripada sukarelawan perubatan.

GAZA: Hospital medan bersepadu Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Gaza mula menyediakan perkhidmatan rawatan kepada penduduk Semenanjung Gaza pada Sabtu, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).

Kemudahan itu adalah sebahagian daripada usaha UAE di bawah misi kemanusiaan ‘Gallant Knight’ 3′ yang bertujuan untuk meringankan penderitaan rakyat Palestin selain menyokong sistem penjagaan kesihatan di Semenanjung Gaza.

Foto: Hospital medan bersepadu Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Gaza.

Hospital itu dilengkapi 150 katil, bilik pembedahan untuk melakukan pelbagai jenis pembedahan seperti pembedahan am, pediatrik serta vaskular dan dikendalikan oleh pasukan perubatan UAE.

Selain itu, hospital berkenaan turut mempunyai unit rawatan rapi untuk orang dewasa dan kanak-kanak, jabatan anestesia dan klinik khusus, termasuk perubatan dalaman, pergigian, ortopedik, psikiatri, perubatan keluarga, pediatrik dan ginekologi.

Turut ditawarkan kemudahan imbasan CT, makmal, farmasi dan pelbagai perkhidmatan sokongan perubatan.

Kakitangan perubatan yang bertugas, termasuk tenaga terlatih dan berkelayakan dalam pelbagai bidang perubatan selain daripada sukarelawan perubatan.

Sementara itu, kumpulan keempat kanak-kanak Palestin yang cedera dan pesakit kanser tiba di UAE, selaras dengan arahan Presiden Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan.

Berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Al Arish Mesir, pesawat itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi, membawa 77 kanak-kanak yang sangat memerlukan bantuan perubatan, diiringi 43 ahli keluarga mereka.

Inisiatif itu bertujuan untuk menyediakan rawatan perubatan untuk 1,000 kanak-kanak yang cedera dan 1,000 pesakit kanser dari Semenanjung Gaza di hospital di UAE. – BERNAMA-WAM

Sumber: BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Russia haramkan pengambilan anak angkat bagi negara mesra transgender

Penggubal undang-undang Russia meletakkan sentuhan terakhir pada rang undang-undang yang akan menghalang pengambilan anak angkat bagi negara yang membenarkan prosedur penukaran jantina, kata Timbalan Speaker Duma (Parlimen Russia) Vasily Piskarev pada Isnin.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Penggubal undang-undang Russia meletakkan sentuhan terakhir pada rang undang-undang yang akan menghalang pengambilan anak angkat bagi negara yang membenarkan prosedur penukaran jantina, kata Timbalan Speaker Duma (Parlimen Russia) Vasily Piskarev pada Isnin.
  • RT melaporkan Piskarev yang mempengerusikan Jawatankuasa Duma mengenai Keselamatan dan Pembanterasan Rasuah, meneliti larangan itu pada November lalu, menyatakan ia memberi kesan terutamanya kepada negara anggota NATO.
  • Menurutnya, anak angkat perlu membesar “dalam keluarga biasa di mana ada bapa dan ibu,” katanya ketika itu.
  • “Dokumen itu berada di peringkat akhir semakan,” kata Piskarev semasa mesyuarat jawatankuasa parlimen pada Isnin.
  • Beliau berkata semua kementerian dan agensi berkaitan telah memberikan input mereka.
  • Inisiatif itu bertujuan melarang pengambilan kanak-kanak Russia oleh mana-mana negara yang membenarkan perubahan jantina “dalam sebarang format,” sama ada melalui pembedahan atau penggunaan penyekat akil baligh berbentuk kimia.
  • Russia melarang pasangan sejenis daripada mengambil anak angkat pada 2013 dan mengenakan sekatan ketat terhadap perubahan jantina tahun lalu.  

Penggubal undang-undang Russia meletakkan sentuhan terakhir pada rang undang-undang yang akan menghalang pengambilan anak angkat bagi negara yang membenarkan prosedur penukaran jantina, kata Timbalan Speaker Duma (Parlimen Russia) Vasily Piskarev pada Isnin.

RT melaporkan Piskarev yang mempengerusikan Jawatankuasa Duma mengenai Keselamatan dan Pembanterasan Rasuah, meneliti larangan itu pada November lalu, menyatakan ia memberi kesan terutamanya kepada negara anggota NATO.

Menurutnya, anak angkat perlu membesar “dalam keluarga biasa di mana ada bapa dan ibu,” katanya ketika itu.

“Dokumen itu berada di peringkat akhir semakan,” kata Piskarev semasa mesyuarat jawatankuasa parlimen pada Isnin.

Beliau berkata semua kementerian dan agensi berkaitan telah memberikan input mereka.

Inisiatif itu bertujuan melarang pengambilan kanak-kanak Russia oleh mana-mana negara yang membenarkan perubahan jantina “dalam sebarang format,” sama ada melalui pembedahan atau penggunaan penyekat akil baligh berbentuk kimia.

Amerika Syarikat (AS) dan ramai sekutunya menerima prosedur sedemikian beberapa tahun kebelakangan ini dan menggelarnya “pengesahan jantina”.

Ramai pegawai awam di seluruh barat berikrar menyokong perjuangan LGBT pada “Hari Antarabangsa menentang Homophobia, Biphobia & Transphobia” (IDAHOBIT) minggu lalu.

Russia melarang pasangan sejenis daripada mengambil anak angkat pada 2013 dan mengenakan sekatan ketat terhadap perubahan jantina tahun lalu.  

Gereja Ortodoks Russia sejak itu mencadang diharamkan pengambilan anak angkat peringkat antarabangsa oleh negara-negara yang membenarkan prosedur “perubahan jantina,” yang kemudiannya diberi perhatian Ahli Parlimen. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending