Connect with us

Antarabangsa

Didakwa beri tumpuan berlebihan etika Islam, Perancis hentikan dana sekolah Muslim

Kerajaan Perancis menghentikan pemberian dana kepada sebuah sekolah menengah Muslim terbesar di negara itu kerana didakwa memberi penekanan berlebihan terhadap nilai etika Islam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan Perancis menghentikan pemberian dana kepada sebuah sekolah menengah Muslim terbesar di negara itu kerana didakwa memberi penekanan berlebihan terhadap nilai etika Islam.
  • Sekolah Averroes di Lille berada di bawah pemerhatian pihak berkuasa selepas suruhanjaya perundingan mempersoalkan kurikulum sekolah menengah itu.
  • Menurut akhbar Le Parisien, suruhanjaya itu menyifatkan pengajaran etika Muslim adalah bertentangan dengan nilai republik Perancis.
  • Akhbar itu melaporkan pemeriksa dari suruhanjaya terbabit mengecualikan “penekanan berlebihan kepada Islam dalam kursus agama” dan kekurangan “kandungan LGBT” dalam kurikulum sekolah itu.

PERANCIS – Kerajaan Perancis menghentikan pemberian dana kepada sebuah sekolah menengah Muslim terbesar di negara itu kerana didakwa memberi penekanan berlebihan terhadap nilai etika Islam.

Sekolah Averroes di Lille berada di bawah pemerhatian pihak berkuasa selepas suruhanjaya perundingan mempersoalkan kurikulum sekolah menengah itu.

Menurut akhbar Le Parisien, suruhanjaya itu menyifatkan pengajaran etika Muslim di sekolah itu bertentangan dengan nilai republik Perancis.

Akhbar itu berkata pemeriksa dari suruhanjaya terbabit mengecualikan “penekanan berlebihan kepada Islam dalam kursus agama” dan kekurangan “kandungan LGBT” dalam kurikulum sekolah itu.

Pihak sekolah memaklumkan mereka akan memfailkan rayuan berhubung perkara itu kepada mahkamah pentadbiran, lapor TRT memetik Le Parisien pada Isnin.

Terdahulu, media melaporkan kerajaan Perancis melarang pemakaian abaya atau jubah labuh di sekolah.

Tindakan itu dialu-alukan kumpulan berhaluan kanan, namun kelompok berhaluan kiri menganggapnya penghinaan terhadap kebebasan awam.

Sumber: TRT

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati ke Israel

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.
  • Serangan itu merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu, sumber Hizbullah memberitahu Al Jazeera Arabic pada Khamis.
  • Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang dan menyebabkan 15 kebakaran.

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Menurut sumber Hizbullah kepada Al Jazeera Arabic semalam, serangan tersebut merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu.

Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang selain mengakibatkan 15 kebakaran.

Tentera Israel dalam hantaran di platform X berkata “banyak” serangan yang dilepaskan dapat dipintas namun ada diantaranya penyebab tercetusnya kebakaran.

Dalam satu kenyataan rasmi, Hizbullah berkata operasi itu “untuk menyokong ketabahan rakyat Palestin, keberanian dan penentangan penuh bermaruah mereka di Gaza selain tindak balas terhadap pembunuhan dilakukan Zionis di Jouaiyya.”– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending