Connect with us

Terkini

Desak gencatan senjata di Gaza, Maszlee utus surat kepada 19 pemimpin agama global

Pengerusi International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia mengutus surat kepada 19 pemimpin agama global merayu kebijaksanaan kolektif dan kuasa moral mereka untuk menggesa gencatan senjata segera di Gaza.

A.R. Khan

Published

on

Desak gencatan senjata di Gaza, Maszlee utus surat kepada 19 pemimpin agama global
Foto: Pengerusi International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia, Prof Dr Maszlee Malik.
  • Pengerusi International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia mengutus surat kepada 19 pemimpin agama global merayu kebijaksanaan kolektif dan kuasa moral mereka untuk menggesa gencatan senjata segera di Gaza.
  • Prof Dr Maszlee Malik berkata inisiatif peribadi itu bertujuan menggesa pemimpin agama global supaya keamanan dapat dicapai di wilayah konflik itu.
  • Perkara itu dinyatakan Maszlee dalam sidang media jam 11 pagi hari ini yang disiarkan secara langsung di Facebook.
  • Tokoh-tokoh berpengaruh yang disampaikan surat itu antaranya Mufti Besar Arab Saudi, Presiden Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa, Imam Besar Al-Azhar, Pope Francis, Dalai Lama, Ayatollah Ali Khamenei dan Ketua Rabbi Ephraim Mirvis.
  • Antara perkara utama dinyatakan adalah supaya pengaruh mereka digunakan dalam usaha menuntut keamanan dan bantuan kemanusiaan di Gaza, Palestin.

KUALA LUMPUR – Pengerusi International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia mengutus surat kepada 19 pemimpin agama global merayu kebijaksanaan kolektif dan kuasa moral mereka untuk menggesa gencatan senjata segera di Gaza.

Prof Dr Maszlee Malik berkata inisiatif peribadi itu bertujuan menggesa pemimpin agama global supaya keamanan dapat dicapai di wilayah konflik itu.

Perkara itu dinyatakan Maszlee dalam sidang media jam 11 pagi hari ini yang disiarkan secara langsung di Facebook.

Tokoh-tokoh berpengaruh yang disampaikan surat itu antaranya Mufti Besar Arab Saudi, Presiden Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa, Imam Besar Al-Azhar, Pope Francis, Dalai Lama, Ayatollah Ali Khamenei dan Ketua Rabbi Ephraim Mirvis.

Antara perkara utama dinyatakan adalah supaya pengaruh mereka digunakan dalam usaha menuntut keamanan dan bantuan kemanusiaan di Gaza, Palestin.

IAIS juga menzahirkan agenda nasional MADANI yang mempromosikan belas kasihan dan empati dengan gesaan supaya mereka menekankan gencatan senjata di Gaza.

Maszlee berkata usaha bersama diperlukan untuk menghentikan pembunuhan kanak-kanak dan orang awam, menamatkan pengeboman hospital dan sekolah, selain menghentikan pembunuhan beramai-ramai yang masih berleluasa di Gaza. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Pepijat ciri ‘Mirroring Apple’ berisiko dedah data pengguna iPhone

Amaran dikeluarkan kepada pengguna iPhone selepas pakar keselamatan siber menemui pepijat dalam ciri Mirroring Apple yang menyebabkan data mereka terdedah.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Amaran dikeluarkan kepada pengguna iPhone selepas pakar keselamatan siber menemui pepijat dalam ciri ‘Mirroring Apple’ yang menyebabkan data mereka terdedah.
  • Firma perisian keselamatan Sevco mendapati kelemahan itu apabila ia digunakan pada Mac keluaran kerja (work-issued Mac), berkongsi data telefon pintar dengan sistem IT syarikat.
  • Mereka mengesahkan aplikasi pekerja telah disimpan pada rangkaian korporat yang diakses majikan. 
  • “Pepijat Apple ini adalah risiko privasi utama kerana ia boleh mendedahkan aspek kehidupan peribadi yang mereka (pengguna) tidak mahu berkongsi atau yang boleh menyebabkan mereka berisiko,” kata Sevco dalam satu kenyataan dipetik Daily Mail pada Selasa.
  • Risiko itu termasuk mendedahkan aplikasi VPN (Rangkaian Peribadi Maya) di negara yang mengehadkan akses kepada Internet, aplikasi temu janji yang mendedahkan orientasi seksual mereka dalam bidang kuasa dengan perlindungan terhad atau akibat undang-undang atau aplikasi berkaitan dengan keadaan kesihatan yang mereka (pekerja) tidak mahu kongsikan.

Amaran dikeluarkan kepada pengguna iPhone selepas pakar keselamatan siber menemui pepijat dalam ciri Mirroring Apple yang menyebabkan data mereka terdedah.

Firma perisian keselamatan Sevco mendapati kelemahan itu apabila ia digunakan pada Mac keluaran kerja (work-issued Mac), berkongsi data telefon pintar dengan sistem IT syarikat.

Mereka mengesahkan aplikasi pekerja telah disimpan pada rangkaian korporat yang diakses majikan. 

Pasukan keselamatan telah menggesa pengguna iPhone untuk berhenti menggunakan ciri pada komputer kerja dan syarikat untuk mengenal pasti mana-mana sistem IT perusahaan yang mengumpulkan inventori perisian daripada Mac sehingga Apple mengeluarkan “patch” baharu.

“Pepijat Apple ini adalah risiko privasi utama kerana ia boleh mendedahkan aspek kehidupan peribadi yang mereka (pengguna) tidak mahu berkongsi atau yang boleh menyebabkan mereka berisiko,” kata Sevco dalam satu kenyataan dipetik Daily Mail pada Selasa.

Risiko itu termasuk mendedahkan aplikasi VPN (Rangkaian Peribadi Maya) di negara yang mengehadkan akses kepada Internet, aplikasi temu janji yang mendedahkan orientasi seksual mereka dalam bidang kuasa dengan perlindungan terhad atau akibat undang-undang atau aplikasi berkaitan dengan keadaan kesihatan yang mereka (pekerja) tidak mahu kongsikan.

Apple pada 30 September lalu melaporkan ia telah mengeluarkan semula isu itu dan memberitahu Sevco pada 3 Oktober lalu bahawa ia akan menanganinya dalam kemas kini akan datang tidak lama lagi. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending