Connect with us

Terkini

DAP gesa pilihan raya PBT diadakan semula di KL

Parti Tindakan Demokratik (DAP) menggesa Kerajaan Madani mengadakan semula pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di peringkat bandar raya Kuala Lumpur.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

DAP gesa pilihan raya PBT diadakan semula di KL
Foto: Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan, Tan Kok Wai.
  • Parti Tindakan Demokratik (DAP) menggesa Kerajaan Madani mengadakan semula pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di peringkat bandar raya Kuala Lumpur.
  • Ia susulan rombakan Kabinet baru-baru ini, yang menyaksikan pelantikan menteri bagi portfolio khusus untuk Wilayah Persekutuan.
  • Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan, Tan Kok Wai berkata cadangan dikemukakan itu bagi memperkukuh demokrasi di Wilayah Persekutuan.
  • “Dengan pelaksanaan pilihan raya PBT sudah lama tertangguh, prinsip ‘tiada cukai tanpa perwakilan’ perlu ditegakkan demi memastikan keberkesanan, bersih, dan kerajaan berorientasi rakyat dan menjadikan Kuala Lumpur bandar raya bertaraf dunia yang kita semua banggakan,” katanya dipetik Berita Harian ketika berucap pada Konvensyen DAP Wilayah Persekutuan di sini, semalam.

KUALA LUMPUR — Parti Tindakan Demokratik (DAP) menggesa Kerajaan Madani mengadakan semula pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di peringkat bandar raya Kuala Lumpur.

Ia susulan rombakan Kabinet baru-baru ini, yang menyaksikan pelantikan menteri bagi portfolio khusus untuk Wilayah Persekutuan.

Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan, Tan Kok Wai berkata cadangan dikemukakan itu bagi memperkukuh demokrasi di Wilayah Persekutuan.

Beliau berkata desakan secara konsisten parti itu supaya memansuhkan Kementerian Wilayah Persekutuan bagi mengelakkan campur tangan politik dalam pentadbiran Kuala Lumpur.

“Setahun yang lalu, di bawah Kerajaan Perpaduan, kementerian ini telah dimansuhkan dan diletakkan di bawah kuasa Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim). Kami menyokong langkah ini kerana ia ada merit.

“Hari ini, keadaan sudah berubah iaitu portfolio yang sama kini diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri di bawah menteri baharu,” katanya dipetik Berita Harian ketika berucap pada Konvensyen DAP Wilayah Persekutuan di sini, semalam.

Kok Wai yang juga Ahli Parlimen Cheras berkata, pelaksanaan semula pilihan raya PBT di Kuala Lumpur akan membawa kepada ibu negara yang mampan, mengamalkan tadbir urus cekap, bersih dan berpaksikan rakyat. 

“Dengan pelaksanaan pilihan raya PBT sudah lama tertangguh, prinsip ‘tiada cukai tanpa perwakilan’ perlu ditegakkan demi memastikan keberkesanan, bersih, dan kerajaan berorientasi rakyat dan menjadikan Kuala Lumpur bandar raya bertaraf dunia yang kita semua banggakan,” katanya.

Pada 8 Disember 2019,  DAP dilaporkan mengulangi tuntutan untuk mengembalikan pilihan raya PBT dengan menjadikannya antara lapan resolusi diluluskan pada Konvensyen Tahunan DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2019.

Pilihan raya PBT dituntut bagi membolehkan demokrasi diamalkan di peringkat akar umbi dan memastikan akauntabiliti PBT kepada rakyat.

Difahamkan, pilihan raya PBT di Malaysia digantung pelaksanaan pada 1960-an dan kemudian diganti dengan sistem lantikan ketua, iaitu datuk bandar majlis tempatan dan yang dipertua majlis, termasuk ahli majlis dilantik kerajaan. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *