Connect with us

Antarabangsa

Dalam sepuluh hari, 180 kenderaan tentera zionis Israel musnah – Abu Ubaida

180 kenderaan tentera zionis pengganas Israel dimusnahkan sepenuhnya atau sebahagiannya dalam tempoh sepuluh hari lalu, umum pejuang Hamas semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Jurucakap sayap tentera Hamas 'Briged Al-Qassam', Abu Ubaida.
  • 180 kenderaan tentera pengganas Israel dimusnahkan sepenuhnya atau sebahagiannya dalam tempoh sepuluh hari lalu, umum pejuang Hamas semalam.
  • Jurucakap sayap tentera Hamas ‘Briged Al-Qassam’, Abu Ubaida dalam ucapannya turut menekankan tindakan “Nazi” Israel yang terus menyerang dan melampiaskan dendam terhadap orang awam.
  • “Pendudukan Nazi (Israel) meneruskan pencerobohan ganas terhadap orang ramai dan melepaskan dendam ke atas orang awam.
  • “Pejuang kami terus menentang pasukan pendudukan dan mendatangkan kerugian ke atas (usaha) mereka,” katanya dipetik Roya News.

180 kenderaan tentera zionis pengganas Israel dimusnahkan sepenuhnya atau sebahagiannya dalam tempoh sepuluh hari lalu, umum pejuang Hamas semalam.

Jurucakap sayap tentera Hamas ‘Briged Al-Qassam’, Abu Ubaida dalam ucapannya turut menekankan tindakan “Nazi” Israel yang terus menyerang dan melampiaskan dendam terhadap orang awam.

“Pendudukan Nazi (Israel) meneruskan pencerobohan ganas terhadap orang ramai dan melepaskan dendam ke atas orang awam.

“Pejuang kami terus menentang pasukan pendudukan dan mendatangkan kerugian ke atas (usaha) mereka,” katanya dipetik Roya News.

Merujuk Israel sebagai “penjenayah,” Abu Ubaida menegaskan apa dikecapi rejim pengganas zionis di wilayah konflik itu hanyalah kemusnahan.

Tentera pendudukan haram itu menurutnya “terus gagal di medan perang selagi mana pencerobohan mereka diteruskan dan (oleh itu) kekecewaan mereka (cuma akan) meningkat. 

“Gencatan senjata menunjukkan kredibiliti kami dan tiada tawanan akan dilepaskan melainkan atas syarat-syarat kami,” katanya.

Abu Ubaida turut menegaskan apa bakal mendatang di masa hadapan adalah lebih dahsyat, mengesahkan ribuan pejuang masih menunggu giliran dalam pertempuran.

Ia merupakan ucapan terkini jurucakap Hamas itu dengan ucapan kali terakhir direkodkan sekitar 17 hari lalu.

Sumber: Roya News

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

14 negara gesa tindakan terhadap krisis makanan kritikal di Sudan

Jordan, UAE, Maghribi, Mauritania, Chad, Comoros, Guinea-Bissau, Seychelles, Senegal, Benin, Kenya, Sierra Leone Uganda, Mozambique dan Nigeria pada Selasa bersama-sama menyuarakan situasi keterjaminan makanan membimbangkan dan risiko berlakunya kebuluran di Sudan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • 14 negara termasuk Jordan, UAE, Maghribi dan Mauritania pada Selasa bersama-sama menyuarakan situasi jaminan makanan membimbangkan dan risiko berlakunya kebuluran di Sudan.
  • Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respons kepada laporan Klasifikasi Fasa Keselamatan Makanan Bersepadu (IPC) pada 27 Jun yang menyatakan kebimbangan terhadap tahap ketakjaminan makanan paling teruk di Sudan yang pernah dicatatkan, diperburukkan lagi dengan konflik dalaman empat belas bulan negara itu.
  • Menurut laporan itu, Sudan kini berdepan krisis yang belum pernah berlaku sebelum ini dengan 25.6 juta orang mengalami tahap ketakjaminan makanan yang tinggi, dan 14 kawasan berisiko kebuluran, lapor agensi berita Jordan, Petra.
  • Mereka turut menekankan kesan teruk yang bakal menimpa orang awam yang bakal memberi kesan kepada ribuan kanak-kanak yang mengalami kekurangan zat makanan (malnutrisi) akut yang kritikal.

Jordan, UAE, Maghribi, Mauritania, Chad, Comoros, Guinea-Bissau, Seychelles, Senegal, Benin, Kenya, Sierra Leone Uganda, Mozambique dan Nigeria pada Selasa bersama-sama menyuarakan situasi keterjaminan makanan membimbangkan dan risiko berlakunya kebuluran di Sudan.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respons kepada laporan Klasifikasi Fasa Keselamatan Makanan Bersepadu (IPC) pada 27 Jun yang menyatakan kebimbangan terhadap tahap ketidak jaminan makanan paling teruk di Sudan yang pernah dicatatkan, diburukkan lagi dengan konflik dalaman empat belas bulan negara itu.

Menurut laporan tersebut, Sudan kini berdepan krisis yang belum pernah berlaku sebelum ini dengan 25.6 juta orang mengalami tahap ketidak jaminan makanan yang tinggi, dan 14 kawasan berisiko kebuluran, lapor agensi berita Jordan, Petra.

Negara-negara tersebut menyatakan kegusaran terhadap penemuan laporan IPC, memetik “kemerosotan teruk” keterjaminan makanan. 

Mereka menekankan kesan teruk yang bakal menimpa orang awam, termasuk ribuan kanak-kanak yang mengalami kekurangan zat makanan (malnutrisi) akut yang kritikal.

Kenyataan itu menggariskan cabaran kemanusiaan yang disebabkan peningkatan ketidak jaminan makanan, dengan menekankan potensi berlakunya perpindahan, aliran pelarian, dan corak penghijrahan di Sudan dan sekitar negara jiran.

Mereka juga mengulangi gesaan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kepada pihak yang berperang supaya membenarkan dan memudahkan penyampaian bantuan kemanusiaan yang cepat, selamat dan berterusan kepada orang awam yang memerlukan termasuk dihapuskan birokrasi dan halangan lain-lain.

Pengeluaran visa dan permit perjalanan yang diperlukan pekerja kemanusiaan dan bekalan penting, juga harus dipermudahkan, selaras dengan resolusi 2736 yang diterima pakai pada 13 Jun 2024.

Negara-negara tersebut juga menggesa pihak yang bertelagah di Sudan supaya segera menghentikan keganasan, menegakkan undang-undang kemanusiaan antarabangsa, dan mematuhi resolusi Majlis Keselamatan PBB yang berkaitan.

Mereka juga menyeru semua pihak luar mengelak daripada memberikan sokongan ketenteraan atau material kepada kumpulan berkonflik, sebaliknya menyokong tindakan yang mengurangkan ketegangan kepada usaha perdamaian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending