Terkini
COVID-19: Tiada cadangan PKP walaupun kes meningkat – Menteri Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak bercadang untuk mengulangi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan COVID-19 meskipun berlaku peningkatan kes penyakit itu ketika ini, kata Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak bercadang untuk mengulangi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan COVID-19 meskipun berlaku peningkatan kes penyakit itu ketika ini, kata Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
- Dr Dzulkefly berkata ketika ini seluruh fasiliti kesihatan di bawah kementerian, termasuk hospital dan klinik kesihatan, bersedia menghadapi kemungkinan peningkatan jumlah pesakit ke wad berikutan peningkatan jangkitan wabak itu.
- “Agensi bukan KKM seperti hospital pengajian universiti, hospital angkatan tentera, sektor agensi swasta dan bukan kerajaan juga bersedia membantu dari segi kesiapsiagaan bantuan fasiliti bantuan, rawatan serta perkhidmatan kepada pesakit,” katanya ketika Sidang Media Khas Menteri Kesihatan yang disiarkan secara langsung di Facebook KKM, di sini hari ini.
- Dzulkefly turut memaklumkan jumlah kes COVID-19 meningkat 62.2 peratus iaitu 20,696 kes antara 10 hingga 16 Disember lalu.
KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak bercadang untuk mengulangi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan COVID-19 meskipun berlaku peningkatan kes penyakit itu ketika ini, kata Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Dr Dzulkefly berkata ketika ini seluruh fasiliti kesihatan di bawah kementerian, termasuk hospital dan klinik kesihatan, bersedia menghadapi kemungkinan peningkatan jumlah pesakit ke wad berikutan peningkatan jangkitan wabak itu.
Katanya, kesiapsiagaan kementerian terdiri daripada empat teras iaitu kecukupan akses, kelestarian rawatan, pengurusan pra-hospital dan kecemasan berkaitan wabak COVID-19.
“Agensi bukan KKM seperti hospital pengajian universiti, hospital angkatan tentera, sektor agensi swasta dan bukan kerajaan juga bersedia membantu dari segi kesiapsiagaan bantuan fasiliti bantuan, rawatan serta perkhidmatan kepada pesakit,” katanya ketika Sidang Media Khas Menteri Kesihatan yang disiarkan secara langsung di Facebook KKM, di sini hari ini.
Dzulkefly turut memaklumkan jumlah kes COVID-19 meningkat 62.2 peratus iaitu 20,696 kes antara 10 hingga 16 Disember lalu.
Katanya, 97 peratus daripada kes menunjukkan simptom ringan iaitu kategori 1 dan 2 yang tidak perlu dimasukkan ke hospital.
Sementara itu, Ketua Pengarah KKM, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata individu ingin mendapatkan suntikan dos penggalak tidak perlu menggunakan aplikasi MySejahtera bagi mengatur temujanji.
“Boleh walk in saja, nak temu janji pun boleh, kita bagi kemudahan untuk dapatkan vaksin tersebut,” katanya. – The Merdeka Times