Connect with us

Terkini

Cadangan Ahli Parlimen DAP dilihat permulaan campur tangan bukan Muslim dalam urusan Islam – Wan Fayhsal

Cadangan Ahli Parlimen DAP, Datuk Ngeh Koo Ham supaya Kerajaan Madani melantik pakar perlembagaan bukan Islam dalam Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi DUN (Dewan Undangan Negeri) Untuk Menggubal Undang-undang Islam disifatkan sebagai melampau dan tidak celik perlembagaan.

Hidayah Sani

Published

on

Cadangan Ahli Parlimen DAP dilihat permulaan campur tangan bukan Muslim dalam urusan Islam – Wan Fayhsal
Foto: Ketua Armada Bersatu Malaysia, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (kiri) & Ahli Parlimen DAP, Datuk Ngeh Koo Ham (kanan).
  • Cadangan Ahli Parlimen DAP, Datuk Ngeh Koo Ham supaya Kerajaan Madani melantik pakar perlembagaan bukan Islam dalam Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi DUN (Dewan Undangan Negeri) Untuk Menggubal Undang-undang Islam disifatkan sebagai melampau dan tidak celik perlembagaan.
  • Ketua Armada Bersatu Malaysia, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata sebagai seorang ahli parlimen, Koo Ham sepatutnya sedar bahawa urusan hal ehwal Islam terletak di bawah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.
  • Ahmad Fayhsal berkata undang-undang syariah perlu dirunding, diurus, ditadbir dan dikuatkuasakan individu Islam semata-mata di mana ia sama sekali tidak menyentuh kelompok bukan Islam.
  • “Cadangan Ngeh boleh menimbulkan kegusaran awam khususnya di kalangan umat Islam kerana keterlibatan orang bukan Islam dalam mengkaji kompetensi DUN dalam menggubal undang-undang Islam boleh dilihat sebagai suatu permulaan campur tangan oleh orang bukan Islam terhadap urusan agama Islam,” katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis.
  • “Apakah Ngeh sedar cadangan beliau ini boleh menimbulkan kebimbangan dalam kalangan orang Islam di negara ini? Ngeh perlu menarik semula cadangan karut ini dan memohon maaf secara terbuka!” kata Ahli Parlimen Machang itu.
  • Beliau mengulas saranan Koo Ham yang juga Ahli Parlimen Beruas yang menginginkan Kerajaan Madani melantik pakar perlembagaan bukan Islam bagi membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dun Untuk Menggubal Undang-Undang Islam.
  • Ahli Parlimen DAP itu berkata dalam mengharmonikan undang-undang syariah dengan Perlembagaan, adalah penting pandangan orang bukan Islam diambil kira supaya hak dan perlindungan yang diberikan Perlembagaan kepada orang bukan Islam serta asas negara ini tidak terjejas.

KUALA LUMPUR — Cadangan Ahli Parlimen DAP, Datuk Ngeh Koo Ham supaya Kerajaan Madani melantik pakar perlembagaan bukan Islam dalam Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi DUN (Dewan Undangan Negeri) Untuk Menggubal Undang-undang Islam disifatkan sebagai melampau dan tidak celik perlembagaan.

Ketua Armada Bersatu Malaysia, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata sebagai Ahli Parlimen, Koo Ham sepatutnya sedar bahawa urusan hal ehwal Islam terletak di bawah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.

Ahmad Fayhsal yang juga Ahli Parlimen Machang dari PN-Bersatu berkata, undang-undang syariah perlu dirunding, diurus, ditadbir dan dikuatkuasakan individu Islam semata-mata di mana ia sama sekali tidak menyentuh kelompok bukan Islam.

“Cadangan Ngeh boleh menimbulkan kegusaran awam khususnya di kalangan umat Islam kerana keterlibatan orang bukan Islam dalam mengkaji kompetensi DUN dalam menggubal undang-undang Islam boleh dilihat sebagai suatu permulaan campur tangan oleh orang bukan Islam terhadap urusan agama Islam.

“Sekiranya Ngeh benar-benar bimbang mengenai kompetensi DUN untuk menggubal undang-undang Islam, boleh sahaja beliau mencadangkan pakar-pakar perlembagaan yang beragama Islam. 

“Persoalannya mengapa Ngeh perlu mencadangkan pakar perlembagaan bukan Islam untuk menyertai Jawatankuasa ini?” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau mengulas saranan Koo Ham yang juga Ahli Parlimen Beruas yang menginginkan Kerajaan Madani melantik pakar perlembagaan bukan Islam bagi membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dun Untuk Menggubal Undang-Undang Islam.

Ahli Parlimen DAP itu berkata dalam mengharmonikan undang-undang syariah dengan Perlembagaan, adalah penting pandangan orang bukan Islam diambil kira supaya hak dan perlindungan yang diberikan Perlembagaan kepada orang bukan Islam serta asas negara ini tidak terjejas.

Susulan itu, Ahmad Fayhsal menggesa Koo Ham untuk menarik semula cadangan beliau yang disifatkan mengarut dan perlu memohon maaf secara terbuka.

“Jawatankuasa ini sudah pun mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) dan telah pun memulakan tugas mereka. 

“Apakah Ngeh sedar bahawa cadangan beliau ini boleh menimbulkan kebimbangan dalam kalangan orang Islam di negara ini? Ngeh perlu menarik semula cadangan karut ini dan memohon maaf secara terbuka!” kata Ahli Parlimen Machang itu. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

“Pengecut” tempelak KJ apabila Wan Fayhsal digantung 6 bulan susulan isu MAHB

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menempelak tindakan menggantung Ahli Parlimen Machang daripada Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan bermula hari ini,  sebagai “pengecut”.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (kiri) & Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (kanan).
  • Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menempelak tindakan menggantung Ahli Parlimen Machang daripada Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan bermula hari ini,  sebagai “pengecut”.
  • Ia susulan kenyataan Wan Fayhsal mengenai surat layang didakwa mengandungi maklumat berkaitan dalang sebenar di sebalik pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
  • Pengecut. Kamu mempermainkan dia (Wan Fayhsal) dengan mengatakan dia berbahasa jargon, tidak tahu apa-apa. 
  • “Akhirnya, kamu menyalahgunakan kuasa legislatif untuk mengusirnya selama enam bulan. Jelas sekali, dia sudah mengganggu kamu. 
  • “Boneka BlackRock. Harap duit Zionis itu berbaloi,” katanya menerusi hantaran di Instagram di sini hari ini dengan memuat naik tangkap layar satu ciapan X berkenaan artikel bertajuk, ‘Dewan Rakyat lulus usul gantung 6 bulan Wan Fayhsal’.
  • Wan Fayhsal ketika mengulas tindakan dikenakan terhadapnya itu menyatakan bahawa beliau ‘dipaksa mengundurkan diri’ dan langsung tidak diberi peluang untuk membela diri ketika usul menggantungnya di Dewan Rakyat hari ini.

KUALA LUMPUR — Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menempelak tindakan menggantung Ahli Parlimen Machang daripada Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan bermula hari ini,  sebagai “pengecut”.

Ia susulan kenyataan Wan Fayhsal mengenai surat layang didakwa mengandungi maklumat berkaitan dalang sebenar di sebalik pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Mengulas tindakan dikenakan terhadap Wan Fayhsal, Khairy menyifatkan pihak terbabit sebagai pengecut dan jelas menunjukkan mereka sebenarnya ‘terganggu’ dengan kenyataan Wan Fayhsal berkenaan isu dibangkitkan.

Khairy yang juga lantang mengkritik penjualan saham MAHB kepada syarikat pro zionis, BlackRock-Global Infrastructure Partners (GIP), secara sarkastik berharap adalah berbaloi pihak terbabit ‘menerima’ duit zionis.

Pengecut. Kamu mempermainkan dia (Wan Fayhsal) dengan mengatakan dia berbahasa jargon, tidak tahu apa-apa. 

“Akhirnya, kamu menyalahgunakan kuasa legislatif untuk mengusirnya selama enam bulan. Jelas sekali, dia sudah mengganggu kamu. 

“Boneka BlackRock. Harap duit Zionis itu berbaloi,” katanya menerusi hantaran di Instagram di sini hari ini dengan memuat naik tangkap layar satu ciapan X berkenaan artikel bertajuk, ‘Dewan Rakyat lulus usul gantung 6 bulan Wan Fayhsal’.

Foto: Tangkap layar hantaran KJ di Instagram beliau hari ini.

Artikel itu antaranya menyatakan usul menggantung Ahli Pembangkang itu dibuat melalui undi belah bahagi yang menyaksikan 110 Ahli Parlimen menyokong, 63 tidak bersetuju, tiga tidak mengundi dan 46 tidak hadir.

Menteri di Jabatan Perdana (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said ketika membentangkan usul itu berkata Dewan Rakyat memandang serius kenyataan Wan Fayhsal berhubung surat layang yang telah tular dan didakwa mengandungi maklumat dalang sebenar di sebalik pengambilalihan MAHB.

Azalina berkata Wan Fayhsal yang ketika itu membahaskan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) 2021 dan Tahun 2022 di Dewan Rakyat telah menamakan seorang pegawai dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai dalang.

Beliau berkata perbuatan itu telah memberi kesan buruk bukan sahaja kepada individu didakwa, tetapi juga secara umum pegawai agensi di bawah kementerian yang mungkin teraniaya kerana tuduhan tidak berasas itu.

Foto: Tangkap layar hantaran Wan Fayhsal di Facebook di sini hari ini.

Dalam pada itu, Wan Fayhsal ketika mengulas tindakan dikenakan terhadapnya menyatakan bahawa beliau ‘dipaksa mengundurkan diri’ dan langsung tidak diberi peluang untuk membela diri ketika usul menggantungnya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata kesan penggantungan itu beliau akan terlepas berbahas Belanjawan 2025 pada sidang Oktober ini.

Satu lagi titik hitam dalam demokrasi berparlimen negara. Saya langsung tidak diberi peluang untuk membela diri dalam Dewan tadi.

“Kesan daripada penggantungan ini ialah saya akan terlepas berbahas Belanjawan 2025 dalam sidang Oktober nanti.

“Machang dipaksa mengundurkan diri. Jumpa tahun depan,” katanya di Facebook hari ini. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending