Connect with us

Terkini

Berebut pujian bebas tawanan Israel, Netanyahu dan Gallant ‘tidak sebulu’

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu tidak mengadakan sidang akhbar bersama Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant, dengan media tempatan menyimpulkan berlakunya pertikaian antara mereka berdua.

Wartawan TMT

Published

on

Berebut pujian bebas tawanan Israel, Netanyahu dan Gallant ‘tidak sebulu’
Foto: Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant (kiri) & Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kanan).
  • Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu tidak mengadakan sidang akhbar bersama Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant, dengan media tempatan menyimpulkan berlakunya pertikaian antara mereka berdua.
  • Ditanya mengenai situasi tersebut, Netanyahu memberitahu dia telah mempelawa menteri pertahanan itu untuk mengadakan sidang akhbar bersama.
  • “Saya mencadangkan malam ini supaya menteri pertahanan mengadakan sidang akhbar bersama dan dia pun memutuskan apa yang diputuskannya,” kata Netanyahu dipetik agensi berita Anadolu pada Ahad.
  • Menurut akhbar berbahasa Ibrani Maariv, perselisihan Netanyahu dan Gallant semakin meruncing akibat peperangan yang berterusan.
  • Akhbar itu melaporkan Netanyahu mencegah anggota Kabinet Israel, termasuk Gallant dan Benny Gantz dari menerima pujian berkenaan kepulangan 110 tebusan warga Israel yang dibebaskan Hamas.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu tidak mengadakan sidang akhbar bersama Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant, dengan media tempatan menyimpulkan berlakunya pertikaian antara mereka berdua.

Ditanya mengenai situasi tersebut, Netanyahu memberitahu dia telah mempelawa menteri pertahanan itu untuk mengadakan sidang akhbar bersama.

“Saya mencadangkan malam ini supaya menteri pertahanan mengadakan sidang akhbar bersama dan dia pun memutuskan apa yang diputuskannya,” kata Netanyahu dipetik agensi berita Anadolu pada Ahad.

Menurut akhbar berbahasa Ibrani Maariv, perselisihan Netanyahu dan Gallant semakin meruncing akibat peperangan yang berterusan.

Akhbar itu turut melaporkan Netanyahu mencegah anggota Kabinet Israel, termasuk Gallant dan Benny Gantz dari menerima pujian berkenaan kepulangan 110 tebusan warga Israel yang dibebaskan Hamas.

Dalam beberapa hari kebelakangan ini, akhbar Yedioth Ahronoth melaporkan berlakunya perbezaan pendapat antara Netanyahu dan pegawai-pegawai tertinggi ketenteraan dalam penilaian dan perancangan serangan berterusan rejim Israel ke atas Gaza.

Netanyahu bagaimanapun cuba meredakan isu itu dengan mengatakan ia “penting untuk masyarakat awam mendengar kita”.

Selain itu, Netanyahu turut memaklumkan kepimpinan Israel sedang “bekerjasama” dalam peperangan terhadap Gaza.

Sumber: Agency Anadolu

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Peneroka haram Israel bersenjata rampas biri-biri keluarga Palestin

Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
  • Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
  • Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
  • Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
  • Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur. 
  • Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.

Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.

Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.

Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.

Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.

Pihak berkuasa Israel dikatakan bersikap lembut dengan peneroka haram sebagai sebahagian usaha rasmi rejim untuk mempergiatkan aktiviti penempatan haram di wilayah Palestin yang diduduki.

Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur. 

Penempatan Israel dianggap haram di bawah undang-undang antarabangsa.

Ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat di tengah-tengah serangan Israel di Gaza yang telah membunuh hampir 41,300 warga Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak serangan rentas sempadan kumpulan Palestin Hamas pada 7 Oktober tahun lalu.

Sekurang-kurangnya 710 rakyat Palestin terbunuh dan hampir 5,700 lagi cedera akibat serangan tentera Israel di Tebing Barat sejak tempoh sama, demikian menurut Kementerian Kesihatan.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending