Connect with us

Antarabangsa

Aktiviti gay, transgender punca jangkitan HIV melonjak di Filipina

Jangkitan penyakit HIV meningkat di Filipina dengan kumpulan pakar menyalahkan kegiatan temu janji secara dalam talian, pendidikan seks yang tidak menyeluruh dan sikap konservatif menjadi antara penyebab kepada peningkatan tersebut.

Wartawan TMT

Published

on

Aktiviti gay, transgender punca jangkitan HIV melonjak di Filipina
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Jangkitan penyakit HIV meningkat di Filipina dengan kumpulan pakar menyalahkan kegiatan temu janji secara dalam talian, pendidikan seks yang tidak menyeluruh dan sikap konservatif menjadi antara penyebab kepada peningkatan tersebut.
  • Biarpun merekodkan kurang satu peratus daripada lebih 110 juta penduduknya yang didiagnos HIV, data Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menunjukkan Filipina menjadi satu daripada negara yang merekodkan kadar jangkitan tinggi.
  • Pihak berkuasa Filipina memberi amaran jumlah penduduk yang disahkan positif HIV setiap tahun meningkat dan jumlah kes boleh menjadi lebih dua kali ganda sehingga 400,000 kes menjelang 2030.
  • Gelombang jangkitan baharu HIV di negara ini melibatkan banyak golongan gay dan wanita transgender dengan kebanyakannya adalah remaja.

MANILA: Jangkitan penyakit HIV meningkat di Filipina dengan kumpulan pakar menyalahkan kegiatan temu janji secara dalam talian, pendidikan seks yang tidak menyeluruh dan sikap konservatif menjadi antara penyebab kepada peningkatan tersebut.

Biarpun merekodkan kurang satu peratus daripada lebih 110 juta penduduknya yang didiagnos HIV, data Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menunjukkan Filipina menjadi satu daripada negara yang merekodkan kadar jangkitan tinggi.

Pihak berkuasa Filipina memberi amaran jumlah penduduk yang disahkan positif HIV setiap tahun meningkat dan jumlah kes boleh menjadi lebih dua kali ganda sehingga 400,000 kes menjelang 2030.

Gelombang jangkitan baharu HIV di negara ini melibatkan banyak golongan gay dan wanita transgender dengan kebanyakannya adalah remaja.

“Situasi ketika ini amat membimbangkan dan menunjukkan kita masih gagal mengawal penularan HIV,” kata penasihat untuk Program Bersatu PBB bagi HIV/AIDS (UNAIDS) di Filipina, Van Phillip Baton.

Katanya, virus maut itu boleh merebak dalam kalangan penduduk awam jika tiada tindakan diambil segera.

Kumpulan pakar memaklumkan, aplikasi temu janji secara dalam talian menjadi antara platform yang menyumbang kepada peningkatan jangkitan HIV.

Pakar menyatakan, aplikasi seperti itu memudahkan masyarakat mencari pasangan untuk melakukan seks bebas tanpa perlindungan.

Dalam erti kata lain, sikap tidak ambil peduli merupakan faktor paling penting dalam penularan HIV dalam kalangan masyarakat.

Kajian kesihatan seksual yang dilakukan oleh Institut Populasi di Universiti Filipina pada 2021 menunjukkan lebih satu per tiga penduduk negara ini yang berusia 15 hingga 24 tahun tidak percaya bahawa menggunakan kondom boleh mengurangkan risiko dijangkiti HIV.

“Ini bermaksud, lebih banyak maklumat perlu disalurkan kepada masyarakat bagi memperbetulkan anggapan mereka mengenai HIV,” ujar seorang profesor di institut tersebut, Vicente Jurlano. – AFP

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Yahya Sinwar ‘keluar’ lawat kawasan, keluarga tebusan Israel selar kegagalan rejim

Keluarga tawanan perang warga Israel yang ditahan di Gaza mengecam kerajaan Israel atas kegagalan mengembalikan keluarga mereka yang ditawan lebih enam bulan di Gaza.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Hamas di Gaza, Yahya Sinwar.
  • Keluarga tawanan perang warga Israel yang ditahan di Gaza mengecam kerajaan Israel atas kegagalan mengembalikan keluarga mereka yang ditawan lebih enam bulan di Gaza.
  • Perkara itu terjadi setelah perang dahsyat ke atas wilayah terkepung itu dicetuskan dengan dakwaan bertujuan untuk membawa keluarga mereka pulang.
  • MEMO melaporkan perkara itu berlaku ketika tersebarnya berita bahawa Ketua Hamas di Gaza, Yahya Sinwar datang melawat “kawasan yang menyaksikan pertempuran senjata antara kumpulan penentangan dan tentera pendudukan Israel, di mana dia dilaporkan bertemu dengan beberapa pejuang pergerakan di darat”.
  • Keluarga itu berkata Sinwar berada di jalanan, manakala “tebusan merana di ruangan bawah tanah,” menggambarkan situasi itu sebagai “imej kegagalan Israel”.
  • “Berita tentang keluarnya Al-Sinwar ke jalan-jalan di Gaza disahkan dan didedahkan sumber risikan yang boleh dipercayai bahawa dia muncul dari terowong, di mana mereka yang diculik ditempatkan,” kata keluarga itu sambil menambah bahawa jika orang yang diculik bukan keutamaan kerajaan, “tidak akan ada penebusan, dan tidak akan ada kemenangan”.

Keluarga tawanan perang warga Israel yang ditahan di Gaza mengecam kerajaan Israel atas kegagalan mengembalikan keluarga mereka yang ditawan lebih enam bulan di Gaza.

Perkara itu terjadi setelah perang dahsyat ke atas wilayah terkepung itu dicetuskan dengan dakwaan bertujuan untuk membawa keluarga mereka pulang.

MEMO melaporkan perkara itu berlaku ketika tersebarnya berita bahawa Ketua Hamas di Gaza, Yahya Sinwar datang melawat “kawasan yang menyaksikan pertempuran senjata antara kumpulan penentangan dan tentera pendudukan Israel, di mana dia dilaporkan bertemu dengan beberapa pejuang pergerakan di darat”.

Keluarga itu berkata Sinwar berada di jalanan, manakala “tebusan merana di ruangan bawah tanah,” menggambarkan situasi itu sebagai “imej kegagalan Israel”.

“Berita tentang keluarnya Al-Sinwar ke jalan-jalan di Gaza disahkan dan didedahkan sumber risikan yang boleh dipercayai bahawa dia muncul dari terowong, di mana mereka yang diculik ditempatkan,” kata keluarga itu sambil menambah bahawa jika orang yang diculik bukan keutamaan kerajaan, “tidak akan ada penebusan, dan tidak akan ada kemenangan”.

Ribuan penunjuk perasaan Israel turun ke jalanan pada Sabtu menuntut pilihan raya baharu dan menggesa kerajaan mengambil langkah selanjutnya untuk mengembalikan 133 tawanan perang yang ditahan di Gaza. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending