Connect with us

Antarabangsa

36 tentera zionis Israel maut, 72 kenderaan musnah sepanjang tiga hari lalu

Briged Al-Qassam, sayap ketenteraan Hamas membunuh 36 tentera rejim penjajah Israel dan memusnahkan 72 kenderaan tentera zionis, sama ada sepenuhnya atau sebahagiannya, sepanjang tiga hari lalu di Gaza.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

36 tentera zionis Israel maut, 72 kenderaan musnah sepanjang tiga hari lalu
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Briged Al-Qassam, sayap ketenteraan Hamas membunuh 36 tentera rejim penjajah Israel dan memusnahkan 72 kenderaan tentera zionis, sama ada sepenuhnya atau sebahagiannya, sepanjang tiga hari lalu di Gaza.
  • Pengumuman itu dinyatakan Jurucakap Al-Qassam, Abu Ubaida yang disiarkan di Telegram, memaklumkan kumpulan itu turut menyebabkan “kecederaan kepada berpuluh-puluh tentera Israel” yang lain.
  • Perkara itu bertepatan dengan peningkatan pertempuran dari pelbagai arah dari kawasan utara sehingga ke bahagian selatan wilayah konflik itu.
  • “Pejuang-pejuang juga berjaya merampas peralatan dan barangan rejim Israel selepas menyasar dan bertempur dengan mereka pada jarak dekat.
  • “Operasi penembak tepat turut diadakan ke atas kumpulan rejim Israel,” kata Abu Ubaida dipetik agensi berita Anadolu.

Briged Al-Qassam, sayap ketenteraan Hamas membunuh 36 tentera rejim penjajah Israel dan memusnahkan 72 kenderaan tentera zionis, sama ada sepenuhnya atau sebahagiannya, sepanjang tiga hari lalu di Gaza.

Pengumuman itu dinyatakan Jurucakap Al-Qassam, Abu Ubaida yang disiarkan di Telegram, memaklumkan kumpulan itu turut menyebabkan “kecederaan kepada berpuluh-puluh tentera Israel” yang lain.

Perkara itu bertepatan dengan peningkatan pertempuran dari pelbagai arah dari kawasan utara sehingga ke bahagian selatan wilayah konflik itu.

“Pejuang-pejuang juga berjaya merampas peralatan dan barangan rejim Israel selepas menyasar dan bertempur dengan mereka pada jarak dekat.

“Operasi penembak tepat turut diadakan ke atas kumpulan rejim Israel,” kata Abu Ubaida dipetik agensi berita Anadolu.

Abu Ubaida turut menyatakan sasaran dan kaedah serangan dijalankan kumpulan pembebasan Palestin itu.

“Briged Al-Qassam menyasarkan markas komandan, mengebom himpunan ketenteraan menggunakan pengeboman meriam, peluru berpandu jarak dekat merentasi semua zon tempur dan melancarkan serangan roket ke arah pelbagai sasaran,” katanya.

Al Jazeera melaporkan sekurang-kurangnya 18,787 warga Gaza terbunuh dalam serangan zionis Israel sejak 7 Oktober lalu, manakala angka semakan semula kematian di Israel berjumlah 1,147 maut. – The Merdeka Times

Sumber: Anadolu Agency

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *