Antarabangsa
357,000 rumah rosak, musnah akibat serangan tentera rejim pengganas Israel di Gaza
Jumlah rumah mengalami kerosakan atau dimusnahkan sepenuhnya oleh tentera rejim pengganas Israel di Gaza mencecah 357,000 unit kediaman sejak bermulanya serangan tentera Israel ke atas wilayah konflik itu.
- Jumlah rumah mengalami kerosakan atau dimusnahkan sepenuhnya oleh tentera rejim pengganas Israel di Gaza mencecah 357,000 unit kediaman sejak bermulanya serangan tentera Israel ke atas wilayah konflik itu.
- Angka itu berdasarkan Infografik agensi berita Anadolu yang memaparkan jumlah bangunan pada kategori bangunan rosak ataupun bangunan hancur sepenuhnya dari 7 Oktober lalu sehingga 6 Disember 2023.
- Bagi kategori bangunan disahkan hancur sepenuhnya, ia terdiri daripada 52,000 bangunan kediaman, 121 bangunan kerajaan, 100 masjid dan 69 sekolah-sekolah.
- Bangunan mengalami kerosakan tanpa perincian jelas tahap pemusnahannya pula terdiri daripada 305,000 unit kediaman, 275 sekolah-sekolah, 192 masjid dan tiga gereja.
Jumlah rumah mengalami kerosakan atau dimusnahkan sepenuhnya oleh tentera rejim pengganas Israel di Gaza mencecah 357,000 unit kediaman sejak bermulanya serangan tentera Israel ke atas wilayah konflik itu.
Angka itu berdasarkan Infografik agensi berita Anadolu yang memaparkan jumlah bangunan pada kategori bangunan rosak ataupun bangunan hancur sepenuhnya dari 7 Oktober lalu sehingga 6 Disember 2023.
Bagi kategori bangunan disahkan hancur sepenuhnya, ia terdiri daripada 52,000 bangunan kediaman, 121 bangunan kerajaan, 100 masjid dan 69 sekolah-sekolah.
Bangunan yang mengalami kerosakan tanpa perincian jelas tahap pemusnahannya pula terdiri daripada 305,000 unit kediaman, 275 sekolah-sekolah, 192 masjid dan tiga gereja.
75 hospital dan pusat kesihatan direkodkan sudah tidak lagi beroperasi di wilayah konflik itu dengan jumlah mereka yang terusir kini mencecah 1.5 Juta individu.
Rekod bersumberkan Pejabat Media Kerajaan Tempatan Gaza itu turut menunjukkan peratusan kediaman penduduk awam yang telah dihancurkan di wilayah itu sebanyak 61 peratus. – The Merdeka Times
Antarabangsa
Lubnan haramkan alat kelui dari pesawat
Lubnan mengharamkan alat kelui dan walkie-talkie dari penerbangan ke dan dari Beirut, lapor Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA).
- Lubnan mengharamkan alat kelui dan walkie-talkie dari penerbangan ke dan dari Beirut, lapor Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA).
- Sekatan itu dilakukan selepas 37 individu terbunuh dan kira-kira 3,000 cedera apabila peranti komunikasi tanpa wayar (alat kelui) digunakan anggota Hizbullah meletup di seluruh Lubnan sepanjang Selasa dan Rabu, dipercayai didalangi Israel.
- “Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut Rafic Hariri pada Rabu mengeluarkan arahan baharu melarang penumpang membawa alat kelui dan walkie-talkie di dalam mana-mana pesawat,” kata Ketua Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Lubnan, Faid El Hassan dipetik NNA pada Khamis.
- Larangan baharu itu terpakai kepada semua jenis bagasi dan kargo.
- Setakat ini, Israel tidak mengesahkan atau menafikan penglibatannya, namun beberapa media melaporkan agensi pengintip Israel Mossad bertanggungjawab dalam insiden letupan alat komunikasi di Lubnan itu.
- The New York Times yang memetik sumber berkata Mossad menubuhkan firma palsu di Hungary untuk menghasilkan alat kelui yang dikompromi di bawah perjanjian pelesenan dengan syarikat Taiwan.
Lubnan mengharamkan alat kelui dan walkie-talkie dari penerbangan ke dan dari Beirut, lapor Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA).
Sekatan itu dilakukan selepas 37 individu terbunuh dan kira-kira 3,000 cedera apabila peranti komunikasi tanpa wayar (alat kelui) digunakan anggota Hizbullah meletup di seluruh Lubnan sepanjang Selasa dan Rabu, dipercayai didalangi Israel.
“Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut Rafic Hariri pada Rabu mengeluarkan arahan baharu melarang penumpang membawa alat kelui dan walkie-talkie di dalam mana-mana pesawat,” kata Ketua Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Lubnan, Faid El Hassan dipetik NNA pada Khamis.
Larangan baharu itu terpakai kepada semua jenis bagasi dan kargo.
Media antarabangsa melaporkan Hizbullah memilih menggunakan alat kelui sebagai kaedah komunikasi berteknologi rendah yang dikatakan ‘selamat’ kerana bimbang Israel menggodam telefon pintar mereka dan menggunakannya untuk pengawasan.
Setakat ini, Israel tidak mengesahkan atau menafikan penglibatannya, namun beberapa media melaporkan agensi pengintip Israel Mossad bertanggungjawab dalam insiden letupan alat komunikasi di Lubnan itu.
The New York Times yang memetik sumber berkata Mossad menubuhkan firma palsu di Hungary untuk menghasilkan alat kelui yang dikompromi di bawah perjanjian pelesenan dengan syarikat Taiwan. – The Merdeka Times
-
Terkini2 days ago
Individu promosi Bahasa Melayu patut disokong, bukannya diambil tindakan – Peguam
-
Antarabangsa3 days ago
Israel rekrut pelarian Afrika, janji status penempatan tetap
-
Terkini2 days ago
Aurad Muhammadiah wirid Al-Arqam difatwakan sesat, status pernikahan perlu disahkan pejabat agama – Mufti WP
-
Antarabangsa1 day ago
Syarikat penerbangan gantung penerbangan ke Israel