Connect with us

Terkini

Tidak perlu takut, Islam tidak pernah memaksa mana-mana pihak menerima Islam – PM

Perdana Menteri berkata beliau menyedari ada pihak berasa runsing sehingga wujud dakwaan kononnya beliau cuba untuk mengislamisasikan negara.

Adam Tan

Published

on

Tidak perlu takut, Islam tidak pernah memaksa mana-mana pihak menerima Islam – PM
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

KUALA LUMPUR – Rakyat berbilang agama dan kaum di Malaysia tidak perlu takut dengan pengamalan nilai-nilai Islam selaku Agama Persekutuan di negara ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata beliau menyedari ada pihak berasa runsing sehingga wujud dakwaan kononnya beliau cuba untuk mengislamisasikan negara.

“Saya tidak menafikan memang ada percubaan untuk memberi kefahaman Islam yang lebih dan mengamalkannya,” kata Anwar dalam Kolokium Madani Perkhidmatan Awam di Putrajaya International Convention Centre (PICC), semalam.

Menegaskan perkara itu tidak perlu dikhuatiri, Anwar berkata Malaysia menerima Islam sebagai Agama Persekutuan dan mengambil nilai agama Islam sebagai asas kehidupan serta Islam tidak memaksa mana-mana pihak menerima agama Islam.

Katanya, nilai kemanusiaan universal dalam Islam dan rahmatan lil alamin (rahmat untuk seluruh alam) boleh dimanfaatkan untuk semua orang.

“Jadi saya ambil kesempatan ini untuk menjawab kebimbangan beberapa rakan.

“Kalau sekadar kebimbangan takpa, tapi celaan itu (dakwaan islamisasi) tidak dapat diterima kerana tidak ada maksud kita sama sekali untuk memaksa menerima agama kita tetapi yang penting adalah nilai,” kata Perdana Menteri.

Anwar berkata Islam membawa nilai wasathiyah (kesederhanaan), memberi rahmat kepada semua orang serta menunjukkan toleransi kepada semua kaum dan agama dalam negara kita. – The Merdeka Times

Sumber: Youtube – Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending