Terkini
Tentera rejim Israel bunuh dua lagi wartawan Palestin dalam serangan udara
Tentera rejim pengganas Israel membunuh dua lagi wartawan Palestin dalam siri pengeboman serangan udara di Gaza City dan utara wilayah Gaza.
- Tentera rejim pengganas Israel membunuh dua lagi wartawan Palestin dalam siri pengeboman serangan udara di Gaza City dan utara wilayah Gaza.
- Menurut agensi berita rasmi Palestin WAFA, serangan udara Israel ke atas sebuah rumah di Gaza City menyebabkan sejumlah penduduk Palestin terkorban, termasuk seorang wartawan wanita, Alaa’ Taher al-Hasanat.
- Seorang wartawan wanita yang lain, Ayat Khaddoura, juga menjadi mangsa serangan udara penjajah Israel ke atas rumahnya di bandar Beit Lahia di utara Gaza.
- Khaddoura memaklumkan bahawa tentera Israel melepaskan bom fosforus putih ke atas Beit Lahia untuk mendesak penduduknya keluar meninggalkan bandar itu.
Tentera rejim pengganas Israel membunuh dua lagi wartawan Palestin dalam siri pengeboman serangan udara di Gaza City dan utara wilayah Gaza.
Menurut agensi berita rasmi Palestin WAFA, serangan udara Israel ke atas sebuah rumah di Gaza City menyebabkan sejumlah penduduk Palestin terkorban, termasuk seorang wartawan wanita, Alaa’ Taher al-Hasanat.
Seorang wartawan wanita yang lain, Ayat Khaddoura juga menjadi mangsa serangan udara penjajah Israel ke atas rumahnya di bandar Beit Lahia di utara Gaza.
Menurut agensi berita itu, Khaddoura bersiaran langsung di Al-Ghad TV sejurus sebelum pengeboman itu sambil berkata menerusi televisyen, “ini mungkin video terakhir saya”.
Beliau memaklumkan bahawa tentera Israel melepaskan bom fosforus putih ke atas Beit Lahia untuk mendesak penduduknya keluar meninggalkan bandar itu.
“Syahidnya Alaa’ al-Hasanat dan Ayat Khaddoura dalam serangan udara Isnin lalu meningkatkan jumlah wartawan yang syahid kepada 62 sejak bermulanya serangan keganasan (Israel ke atas Gaza),” kata kenyataan Jabatan Media Kerajaan Palestin di Gaza dipetik agensi berita Anadolu.
Rejim Israel melancarkan serangan udara dan darat tanpa henti di Gaza berikutan serangan balas kumpulan pembebasan Palestin, Hamas pada 7 Oktober lalu.
Terkini, Al Jazeera melaporkan lebih 14,100 warga Palestin terbunuh di Gaza sejak 7 Oktober lalu, manakala di Israel, kiraan rasmi mangsa kematian disebabkan Hamas kekal pada sekitar 1,200 maut.
Sumber: Agency Anadolu
Terkini
Bertenang, warga Palestin tetamu kita – Menteri Agama
Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
- “Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
- “Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
- Terdahulu, tular di media sosial sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
- Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan.
KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
“Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
“Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
Mohd Na’im turut mengajak semua rakyat berdoa supaya rakyat Palestin diberikan kekuatan, kesabaran dan ketenangan.
Katanya, kerajaan akan terus berusaha dan memberi perhatian khusus terhadap perkara itu supaya insiden sedemikian tidak berulang.
Terdahulu, tular di media sosial tindakan sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan anggota pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan. — The Merdeka Times
-
Antarabangsa3 days ago
Arab Saudi, Qatar, UAE, Bahrain dan Kuwait tidak benar AS guna pangkalan udara serang Iran
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Saham MAHB: BlackRock sah miliki GIP – ARMADA BERSATU
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Profesor Iran ‘sekolahkan’ wartawan Sky News
-
Antarabangsa2 days ago
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia