Connect with us

Terkini

Tentera penjajah zionis bunuh rakyat sendiri di festival muzik

Angkatan Pertahanan Israel (IDF) didakwa membunuh warganegara sendiri dalam serangan pertama perang antara Palestin-Israel pada 7 Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Tentera penjajah zionis bunuh rakyat sendiri di festival muzik
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Angkatan Pertahanan Israel (IDF) didakwa membunuh warganegara sendiri dalam serangan pertama perang antara Palestin-Israel pada 7 Oktober lalu.
  • Laporan media Israel, Haaretz mendedahkan, hasil siasatan dan penilaian kematian orang awam Israel di sebuah festival muzik berkemungkinan disebabkan oleh tentera Israel yang melepaskan tembakan menerusi helikopter tempur IDF.
  • “Hasil siasatan daripada Majlis keselamatan Israel mendapati Hamas tidak mempunyai pengetahuan awal tentang Festival Muzik Nova yang berlangsung ketika itu,” katanya.
  • Yasmin Porat, 44, yang juga warga Israel, tentera rejim zionis itu telah melepaskan tembakan kepada beberapa orang awam Israel yang berada disitu.

TEL AVIV: Angkatan Pertahanan Israel (IDF) didakwa membunuh warganegara sendiri dalam serangan pertama perang antara Palestin-Israel pada 7 Oktober lalu.

Laporan media Israel, Haaretz mendedahkan, hasil siasatan dan penilaian kematian orang awam Israel di sebuah festival muzik berkemungkinan disebabkan oleh tentera Israel yang melepaskan tembakan menerusi helikopter tempur IDF.

“Hasil siasatan daripada Majlis keselamatan Israel mendapati Hamas tidak mempunyai pengetahuan awal tentang Festival Muzik Nova yang berlangsung ketika itu.

“Penilaian itu berdasarkan soal siasat terhadap pejuang Hamas dan siasatan polis terhadap insiden itu.

“Antara lain, ia mendedahkan bahawa pejuang Hamas berniat untuk menyusup ke lain berhampiran sempadan Gaza dan bukan ke menyasarkan Festival Muzik itu,” ujar Hareetz yang memetik hasil siasatan itu.

Penemuan itu itu menguatkan lagi hujah bahawa ramai orang awam Israel yang telah dibunuh oleh tentera negara itu.

Sementara itu, dakwaan tersebut diperkukuh lagi dengan perkongsian salah seorang mangsa daripada serangan pejuang Hamas di festival muzik tersebut.

Advertisement

Yasmin Porat, 44, yang juga warga Israel, tentera rejim zionis itu telah melepaskan tembakan kepada beberapa orang awam Israel yang berada disitu.

“Mereka (tentera Israel) menghapuskan semua orang, termasuk tebusan.

“Terdapat tembakan yang sangat berat dan juga bedilan daripada kereta kebal,” katanya dalam satu sesi temu bual bersama stesen radio Israel.

Selain itu, Yasmin juga berkongsi pengalaman sewaktu menjadi tebusan kumpulan pejuang Hamas.

Beliau menyifatkan sepanjang tempoh menjadi tebusan, Hamas telah menjaganya dan tebusan lain dengan baik, sambil mempamerkan nilai-nilai kemanusian yang tinggi.

Sumber: Astro Awani

Advertisement

Author

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending