Connect with us

Antarabangsa

Separuh hospital di Gaza tidak lagi beroperasi akibat bedilan rejim zionis Israel

Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan separuh daripada hospital di Semenanjung Gaza tidak lagi beroperasi selepas alami kerosakan akibat bedilan bom dan serangan rejim Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Separuh hospital di Gaza tidak lagi beroperasi akibat bedilan rejim zionis Israel
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Kesihatan Palestin sahkan separuh daripada hospital di Semenanjung Gaza tidak lagi beroperasi selepas alami kerosakan akibat bedilan bom dan serangan rejim Israel.
  • Menteri Kesihatan Palestin, Mai Al-Kaila juga berkata, perangkaan terkini kementerian itu merekodkan lebih 10,500 orang terbunuh di Gaza termasuk dengan 192 pekerja perubatan dan 36 penyelamat yang terkorban dalam misi bantuan dan menyelamat.
  • “Setakat ini, terdapat 192 syuhada dalam kalangan kru perubatan dan 36 dalam kalangan kru penyelamat, dan berpuluh-puluh syuhada dalam kalangan kakitangan organisasi antarabangsa.”
  • “50 ambulans telah diserang, 40 daripadanya telah hilang sepenuhnya perkhidmatan. 18 daripada 35 hospital tidak boleh beroperasi lagi akibat dibom seperti Hospital Beit Hanoun atau Hospital al-Ahli kerana telah kehabisan bahan api,” katanya.

GAZA: Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan separuh daripada hospital di Semenanjung Gaza tidak lagi beroperasi selepas alami kerosakan akibat bedilan bom dan serangan rejim Israel.

Menteri Kesihatan Palestin, Mai Al-Kaila juga berkata, perangkaan terkini kementerian itu merekodkan lebih 10,500 orang terbunuh di Gaza.

Tambahnya, jumlah kematian itu termasuk dengan 192 pekerja perubatan dan 36 penyelamat yang terkoban dalam misi bantuan dan menyelamat.

“Setakat ini, terdapat 192 syuhada dalam kalangan kru perubatan dan 36 dalam kalangan kru penyelamat, dan berpuluh-puluh syuhada dalam kalangan kakitangan organisasi antarabangsa.

“50 ambulans telah diserang, 40 daripadanya telah hilang sepenuhnya perkhidmatan. 18 daripada 35 hospital tidak boleh beroperasi lagi akibat dibom seperti Hospital Beit Hanoun atau Hospital al-Ahli kerana telah kehabisan bahan api,” katanya.

Beliau juga berkata, peperangan yang bermula 7 Oktober lalu di dalam Israel dan kini memasuki bulan kedua, menyebabkan krisis kemanusiaan yang semakin mengerikan di dalam kawasan Palestin yang terkepung dan tiada penghujungnya.

Sementara itu, wakil UNFPA Dominic Allen berkata gencatan senjata segera disokong oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan agensi utamanya.

Tambahnya 89 petugas dari agensi PBB untuk pelarian Palestin (URWA) terkorban menjadikannya sebagai rekod kehilangan nyawa tertinggi dalam satu operasi dalam sejarah badan dunia itu.

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Kudis merebak dalam kalangan tahanan Palestin

Palestinian Prisoners’ Society (PPS) melaporkan jangkitan secara meluas penyakit kulit yang merebak dalam kalangan warga Palestin di penjara-penjara Israel dilihat oleh peguam dan bekas tahanan yang dibebaskan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Palestinian Prisoners’ Society (PPS) melaporkan jangkitan secara meluas penyakit kulit yang merebak dalam kalangan warga Palestin di penjara-penjara Israel dilihat oleh peguam dan bekas tahanan yang dibebaskan.
  • Penyakit paling umum adalah kudis, jangkitan yang sangat menular disebabkan kutu kecil, katanya.
  • Penyebarannya lebih diburukkan dengan keadaan kebersihan yang teruk, kesesakan dan bekalan air terhad di penjara-penjara Israel yang menurut kumpulan itu khususnya di fasiliti padang pasir Negev dan Megiddo, Israel.
  • Kumpulan terbabit mendakwa Israel membiarkan tahanan yang dijangkiti tanpa rawatan bahkan memindahkan mereka ke kawasan lain dalam penjara di mana penyakit itu boleh disebarkan, tindakan yang menurutnya merupakan “jenayah perubatan”.

Palestinian Prisoners’ Society (PPS) melaporkan jangkitan secara meluas penyakit kulit yang merebak dalam kalangan warga Palestin di penjara-penjara Israel dilihat oleh peguam dan bekas tahanan yang dibebaskan.

Penyakit paling umum adalah kudis, jangkitan yang sangat menular disebabkan kutu kecil, katanya.

Penyebarannya lebih diburukkan dengan keadaan kebersihan yang teruk, kesesakan dan bekalan air terhad di penjara-penjara Israel yang menurut kumpulan itu khususnya di fasiliti padang pasir Negev dan Megiddo, Israel.

Kumpulan terbabit mendakwa Israel membiarkan tahanan yang dijangkiti tanpa rawatan bahkan memindahkan mereka ke kawasan lain dalam penjara di mana penyakit itu boleh disebarkan, tindakan yang menurutnya merupakan “jenayah perubatan”.

Terdahulu, CNN mendedahkan seksaan ngeri Israel dengan informasi penyaksian penderaan sistemik dilakukan rejim zionis terhadap tahanan warga Palestin di fasiliti tahanan mereka. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending