Connect with us

Antarabangsa

Sempadan Rafah dibuka untuk pemindahan warga asing, 30 mangsa cedera

Lintasan Rafah antara Semenanjung Gaza dan Mesir dibuka semula pada Isnin untuk membenarkan pemindahan warga asing, mereka yang memiliki dua kewarganegaraan dan rakyat Palestin yang cedera, kata kerajaan Hamas dan seorang pegawai Mesir.

Wartawan TMT

Published

on

Sempadan Rafah dibuka untuk pemindahan warga asing, 30 mangsa cedera
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Lintasan Rafah dibuka semula pada Isnin untuk membenarkan pemindahan warga asing, mereka yang memiliki dua kewarganegaraan dan rakyat Palestin yang cedera, kata kerajaan Hamas dan seorang pegawai Mesir.
  • Terminal itu dibuka selama tiga hari pada Rabu, Khamis dan Jumaat minggu lalu bagi membolehkan berpuluh-puluh rakyat Palestin yang cedera dan ratusan pemegang pasport asing menyeberang sebelum ia ditutup Sabtu dan Ahad di tengah-tengah pertikaian mengenai laluan ambulans.
  • Sumber dalam kerajaan Hamas berkata, lintasan itu dibuka semula selepas perjanjian dengan Israel – dijamin dengan pengantaraan oleh Mesir – untuk membenarkan pemindahan 30 orang yang cedera.

Ismailia, Mesir: Lintasan Rafah antara Semenanjung Gaza dan Mesir dibuka semula pada Isnin untuk membenarkan pemindahan warga asing, mereka yang memiliki dua kewarganegaraan dan rakyat Palestin yang cedera, kata kerajaan Hamas dan seorang pegawai Mesir.

Terminal itu dibuka selama tiga hari pada Rabu, Khamis dan Jumaat minggu lalu bagi membolehkan berpuluh-puluh rakyat Palestin yang cedera dan ratusan pemegang pasport asing menyeberang sebelum ia ditutup Sabtu dan Ahad di tengah-tengah pertikaian mengenai laluan ambulans.

Sumber dalam kerajaan Hamas berkata, lintasan itu dibuka semula selepas perjanjian dengan Israel – dijamin dengan pengantaraan oleh Mesir – untuk membenarkan pemindahan 30 orang yang cedera.

Enam ambulans tiba di bahagian Mesir di lintasan itu pada Isnin untuk membawa rakyat Palestin yang cedera ke hospital, kata seorang pegawai sempadan kepada AFP.

Ambulans itu diikuti oleh kumpulan pertama individu yang mempunyai dua kewarganegaraan minggu ini, tambah pegawai Mesir itu.

Rumah Putih pada Ahad mengumumkan lebih 300 rakyat Amerika, penduduk Amerika Syarikat dan keluarga mereka dipindahkan dari Semenanjung Gaza.

Kira-kira 100 warga Britain juga dapat keluar dari Semenanjung Gaza melalui lintasan Rafah, kata kerajaan United Kingdom pada Isnin.

Mesir berkata, ia akan membantu memindahkan kira-kira 7,000 warga asing melalui lintasan itu.

Penutupan dua hari Rafah berlaku selepas serangan maut Israel mengenai ambulans yang menuju ke sempadan, menurut Bulan Sabit Merah Palestin dan kementerian kesihatan yang dikendalikan Hamas.

Menteri Kesihatan Mesir Khaled Abdel Ghaffar berkata, Kaherah “terkejut bahawa ambulans menjadi sasaran sambil membawa kanak-kanak yang cedera… dan wanita.”

Tentera Israel berkata, ia menyasarkan ambulans yang digunakan oleh “sel pengganas Hamas.”

Kementerian kesihatan di Semenanjung Gaza yang dikendalikan Hamas pada Isnin berkata, angka kematian akibat pengeboman Israel di wilayah Palestin, melebihi 10,000.

Tentera Israel meningkatkan serangan darat mereka di Gaza sebagai sebahagian daripada tindak balas tentera terhadap serangan Hamas 7 Oktober yang menurut pegawai membunuh 1,400 orang, kebanyakannya orang awam, dengan lebih 240 orang dijadikan tebusan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati ke Israel

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.
  • Serangan itu merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu, sumber Hizbullah memberitahu Al Jazeera Arabic pada Khamis.
  • Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang dan menyebabkan 15 kebakaran.

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Menurut sumber Hizbullah kepada Al Jazeera Arabic semalam, serangan tersebut merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu.

Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang selain mengakibatkan 15 kebakaran.

Tentera Israel dalam hantaran di platform X berkata “banyak” serangan yang dilepaskan dapat dipintas namun ada diantaranya penyebab tercetusnya kebakaran.

Dalam satu kenyataan rasmi, Hizbullah berkata operasi itu “untuk menyokong ketabahan rakyat Palestin, keberanian dan penentangan penuh bermaruah mereka di Gaza selain tindak balas terhadap pembunuhan dilakukan Zionis di Jouaiyya.”– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending