Connect with us

Antarabangsa

Russia kecam rejim Israel ancam guna nuklear di Gaza

Russia mengecam kenyataan Israel mengenai “pilihan” penggunaan senjata nuklear di Gaza yang dikeluarkan oleh Menteri Warisannya, Amichay Eliyahu, baru-baru ini.

Wartawan TMT

Published

on

Russia kecam rejim Israel ancam guna nuklear di Gaza
Foto: Jurucakap Kementerian Luar Russia, Maria Zakharova.
  • Russia mengecam kenyataan Israel mengenai “pilihan” penggunaan senjata nuklear di Gaza yang dikeluarkan oleh Menteri Warisannya, Amichay Eliyahu, baru-baru ini.
  • Jurucakap Kementerian Luar Russia, Maria Zakharova berkata, kenyataan yang telah ditarik balik oleh Eliyahu itu adalah sama sekali tidak boleh diterima.
  • “Kami mendapati kenyataan ini provokatif, sama sekali tidak boleh diterima.
  • “Kenyataan sedemikian membayangkan bahawa seluruh penduduk Gaza sedang diancam dengan senjata nuklear. Adakah itu ancaman pembunuhan beramai-ramai?,” tegasnya.

MOSCOW – Russia mengecam kenyataan Israel mengenai “pilihan” penggunaan senjata nuklear di Gaza yang dikeluarkan oleh Menteri Warisannya, Amichay Eliyahu, baru-baru ini.

Jurucakap Kementerian Luar Russia, Maria Zakharova berkata, kenyataan yang telah ditarik balik oleh Eliyahu itu adalah sama sekali tidak boleh diterima.

“Kami mendapati kenyataan ini provokatif, sama sekali tidak boleh diterima.

“Kenyataan sedemikian membayangkan bahawa seluruh penduduk Gaza sedang diancam dengan senjata nuklear. Adakah itu ancaman pembunuhan beramai-ramai?” tegasnya.

Tambah beliau, kenyataan tidak masuk akal itu telah mengesahkan pemilikan senjata nuklear oleh Israel.

“Ia bukan sahaja dengan jelas mengesahkan pemilikan senjata nuklear tetapi juga menunjukkan kesediaan (Israel) untuk mempertimbangkan secara serius penggunaan nuklear dalam senario tidak sesuai,” tambahnya.

Israel secara luas diketahui mempunyai senjata nuklear namun tidak pernah mengakuinya.

Terdahulu, Eliyahu memberitahu radio Kol Barama Israel bahawa dia tidak berpuas hati sepenuhnya dengan skala serangan Israel ke atas Gaza dan menjatuhkan beberapa jenis bom atom akan menjadi “satu pilihan”.

Dia kemudian menarik balik kenyataannya itu dengan kononnya ia adalah “metafora” sahaja. – Agensi

Sumber: Berita RTM

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati ke Israel

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.
  • Serangan itu merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu, sumber Hizbullah memberitahu Al Jazeera Arabic pada Khamis.
  • Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang dan menyebabkan 15 kebakaran.

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Menurut sumber Hizbullah kepada Al Jazeera Arabic semalam, serangan tersebut merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu.

Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang selain mengakibatkan 15 kebakaran.

Tentera Israel dalam hantaran di platform X berkata “banyak” serangan yang dilepaskan dapat dipintas namun ada diantaranya penyebab tercetusnya kebakaran.

Dalam satu kenyataan rasmi, Hizbullah berkata operasi itu “untuk menyokong ketabahan rakyat Palestin, keberanian dan penentangan penuh bermaruah mereka di Gaza selain tindak balas terhadap pembunuhan dilakukan Zionis di Jouaiyya.”– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending