Connect with us

Terkini

Rujuk semula perancangan Jawatankuasa Sivil dan Syara’ tangani isu pertindihan Syariah dan Sivil – Mujahid

Kerajaan digesa merujuk semula perancangan Jawatankuasa Sivil dan Syara’ di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi menangani isu pertindihan di antara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil, kata bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.

Avatar

Published

on

Foto: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.
  • Kerajaan digesa merujuk semula perancangan Jawatankuasa Sivil dan Syara’ di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi menangani isu pertindihan di antara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil, kata bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.
  • “Fokus Jawatankuasa Sivil dan Syara’ ialah melihat pertembungan Sivil-Syariah secara struktural perundangan, menyeragamkan Undang-undang Jenayah Syariah Negeri-negeri yang didapati berbeza-beza hukuman walaupun dari perlakuan jenayah yang sama. 
  • “Penyeragaman Undang-undang Jenayah Syariah seluruh negeri akan menyelesaikan pertikaian hukuman yang berbeza antara negeri dari jenayah syariah yang sama. 
  • “Selain itu, Jawatankuasa ini turut memperkenalkan konsep rehabilitatif dalam perundangan Syariah yang tidak diperuntukan sebelum ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook semalam. 
  • Mujahid berkata matlamat akhir jawatankuasa itu ialah menyediakan satu draf Undang-undang Jenayah Syariah secara menyeluruh dengan menutup segala kemungkinan kelompongan undang-undang yang berpotensi dicabar secara berperlembagaan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa merujuk semula perancangan Jawatankuasa Sivil dan Syara’ di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi menangani isu pertindihan di antara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil, kata bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.

Mujahid berkata dasar Gagasan Negara RAHMAH pada 2018-2020 sebelum ini turut memfokuskan isu perundangan dengan memperkukuhkan peranan jawatankuasa itu bagi mengharmonikan isu pertindihan antara Syariah dan Sivil. 

Katanya, pelbagai inisiatif telah digerakkan dengan melibatkan pakar dari pelbagai disiplin perundangan untuk menyelesaikan isu tersebut secara menyeluruh. 

“Fokus Jawatankuasa Sivil dan Syara’ ialah melihat pertembungan Sivil-Syariah secara struktural perundangan, menyeragamkan Undang-undang Jenayah Syariah Negeri-negeri yang didapati berbeza-beza hukuman walaupun dari perlakuan jenayah yang sama. 

“Penyeragaman Undang-undang Jenayah Syariah seluruh negeri akan menyelesaikan pertikaian hukuman yang berbeza antara negeri dari jenayah syariah yang sama. 

“Selain itu, Jawatankuasa ini turut memperkenalkan konsep rehabilitatif dalam perundangan Syariah yang tidak diperuntukan sebelum ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook semalam. 

Mujahid berkata matlamat akhir jawatankuasa itu ialah menyediakan satu draf Undang-undang Jenayah Syariah secara menyeluruh dengan menutup segala kemungkinan kelompongan undang-undang yang berpotensi dicabar secara berperlembagaan.

“Jawatankuasa ini bertanggungjawab menyediakan draf terakhir sebagai piawaian yang terpakai dirujuk oleh negeri-negeri untuk dipinda di Dewan Undangan Negeri masing-masing,” katanya. 

Pada 21 November lalu, kerajaan mengumumkan penubuhan satu jawatankuasa khas yang diperakui Majlis Raja-Raja dalam usaha untuk mengangkat martabat Mahkamah Syariah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata  jawatankuasa itu akan meneliti dan berbincang dengan mufti serta semua pihak berkaitan bagi mendapatkan pandangan supaya ada peraturan yang boleh dilaksanakan dalam meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Penubuhan jawatankuasa khas ini berhubung notis petisyen difailkan peguam Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman yang mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019

Mujahid berkata penubuhan jawatankuasa khas bagi meneliti isu perundangan Sivil dan Syara’ amat dialu-alukan pihaknya, namun kerajaan diharapkan dapat merujuk kembali perancangan dibuat Jawatankuasa Sivil dan Syara’ bagi menyambung usaha sejak 2018-2020 yang terbantut kerana kemelut ‘Langkah Sheraton’ Februari 2020. 

“Kita tak perlu mencipta “roda baharu” dalam menangani isu konflik perundangan Syariah dan Sivil dan dengan ini dapat membantu Kerajaan Madani hari ini mempercepatkan solusi konflik Syariah-Sivil.

Selaku mantan Menteri Agama yang bertanggungjawab dalam isu ini, saya mengharapkan isu pertindihan ini dinoktahkan dan supaya tiada pihak yang boleh mengeksploitasikan isu pertindihan ini untuk mencapai kepentingan politik sempit mereka,” katanya. — The Merdeka Times

Sumber: Facebook Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Bertenang, warga Palestin tetamu kita – Menteri Agama

Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
  • Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
  • Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
  • “Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
  • “Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
  • Terdahulu, tular di media sosial sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
  • Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan.

KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.

“Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.

“Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.

Mohd Na’im turut mengajak semua rakyat berdoa supaya rakyat Palestin diberikan kekuatan, kesabaran dan ketenangan.

Katanya, kerajaan akan terus berusaha dan memberi perhatian khusus terhadap perkara itu supaya insiden sedemikian tidak berulang.

Terdahulu, tular di media sosial tindakan sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.

Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan anggota pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending